in ,

Drama Songkok Memey Suhaiza & Mubarak Majid

Nilai Kasih Sayang ditonjolkan RTM Dalam Drama Bersiri Songkok Di TV1

Mustafa, seorang pembuat songkok tradisional. Namun tiada seorang pun dari zuriatnya yang mahu diperturunkan bakatnya itu. Arus pemodenan dan cara pemikiran anak anaknya yang kaya dengan IT membuatkan mereka alpa dan lupa bahawa jasa songkoklah yang membesarkan dan memberi mereka pelajaran hinggalah dapat mengenal dunia yang serba canggih yang menjadi teras hidup mereka kini. Namun Mustafa tidak berdendam malah jauh sekali berkecil hati dengan sikap anak-anaknya itu.

Chong Lee rakan sedari zaman mudanya amat memahami perasaan temannya itu. Dia tahu bertapa bermaknanya songkok pada Mustafa. Dia juga tahu bertapa kerana songkok buatan tangan Mustafa itu juga telah menyelamatkan nyawanya suatu masa dahulu.

drama Songkok

Tanpa diduga anak Chong Lee, Chong Wu atau lebih senang dipanggil Wu seakan jatuh cinta dengan seni membuat songkok yang halus lagi teliti oleh mustafa itu. Setelah berkali kali Chong Lee memujuk teman rapatnya agar menerima Wu sebagai anak muridnya akhirnya Mustafa bersetuju.

Begitu kisah yang melatari drama bersiri Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk Songkok, setiap Jumaat, jam 3.30 petang mengisi slot Kasturi di TV1. Dibintangi oleh Mubarak Majid, Fadilah Mansor, Z.Zamrie, Memey Suhaiza, Ng Hung Shen, Irfan Roslan, Chomat Samad dan Taha Wahid sepanjang 13 episod siarannya, Songkok sarat memaparkan nilai kasih sayang tidak kira bangsa, agama mahupun budaya di samping ikatan kekeluargaan yang kuat dalam watak yang diketengahkan.

Kisahnya bermula dengan memaparkan situasi gerai songkok Mustafa lengang, sesepi surau dikampung yang diduduki Mustafa dan isterinya Ziaton itu. Hanya segelintir golongan tua yang memenuhi jemaah disurau itu. Dan kebanyakan warga belia seperti anak-anak Mustafa, Daris dan Iwan yang telah berhijrah kebandar bagi mengejar kehidupan yang lebih menjamin masa hadapan mereka atau sebenarnya mengejar materialistik dan kebendaan. Kini yang tinggal bersama Mustafa dan Ziaton hanyalah anak tunggal perempuan mereka iaitu Zara.

Zara yang sedang belajar ditingkatan lima juga turut berikrar untuk menjejak langkah seperti abang-abangnya untuk meninggalkan kampung dan mahu bergelar warga kota. Dia agak malu dengan karenah ayahnya yang sering bercakap dan menceritakan kisah kisah merdeka kepada setiap orang yang ditemuinya. Ini kerana dibelakang Mustafa ramai yang mencemuhnya.

Maka bermulalah hidup Wu sebagai pembuat songkok. Ramai teman Wu mencemuh Wu kerana berjinak dalam bidang yang jauh tersasar dari budaya dan kepercayaan mereka itu. Namun Wu tidak memperdulikan kata kata hinaan mereka itu. Jauh disidut hatinya, Wu sedar bertapa dia dan terutama sekali bapanya terhutang nyawa pada Mustafa dan songkoknya itu.

Pada satu malam tanpa diduga, Daris dan Iwan pulang kerumah Mustafa. Tujuan mereka Cuma satu, iaitu untuk membawa Mustafa, Ziaton dan Zara tinggal bersama mereka dibandar. Daris dan Iwan menyatakan mereka mahu membalas budi ayah mereka dan mahu ibubapa serta adik kesayangan mereka mengecapi kemewahan yang dinikmati mereka di ibukota itu. Namun niat murni mereka itu tidak dipersetujui oleh Mustafa.

Antara memenuhi hasrat seorang anak yang mahu menyenangkan ibu dan bapanya atau perniagaan songkok yang telah sebati dalam hidupnya apakah yang menjadi pilihan Mustafa? Saksikan kesudahannya dalam Songkok, setiap Jumaat, jam 3.30 petang di TV1.

babak dalam Songkok

drama bersiri Songkok

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Showdown 2011 Top 11 Crews Step It Up

Pengalaman Luar Biasa Ke Konsert Katy Perry Brisbane Australia