Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Drama Siri Kami Lakonan Liyana Jasmay, Zeyna, Ezani & Nas



KAMI – Perintis Drama Muzik Terkini Kugiran Terbaik
Nantikan kemunculan KAMI – The Series di 8TV bermula 5 September 2007 ini, setiap hari Rabu jam 10.00 malam. Siri drama mini keluaran 8 episod ini dibintangi oleh anak-anak muda berbakat besar hasil garapan penerbit tempatan yang bakal menjadi pelopor dunia seni. Dibawakan oleh Nokia, siri drama baru ini merupakan salah satu daripada intipati bagi projek – KAMI yang diterbitkan oleh Redfilms untuk stesen hip 8TV. Ia mengisahkan bagaimana sekumpulan anak muda mengharungi pelbagai cabaran untuk menubuhkan band mereka sendiri.

MUZIK TERKINI SEBUAH SIRI BARU
KAMI merupakan hasil tulisan dan arahan Fizzi dan Fendi yang ditulis berdasarkan pengalaman dan pemerhatian mereka setelah beberapa tahun berkecimpung di dalam dunia muzik ‘underground’. Bekerjasama dengan Lina Tan, Penerbit Eksekutif yang menjadi tulang belakang Redfilms, maka terhasillah KAMI – The Series, sebuah cerita yang mengisahkan tentang perjalanan hidup 5 sekawan iaitu Lynn, Ali, Sofie, Abu dan Adii yang mempunyai minat yang mendalam terhadap muzik.

Menurut Lina Tan, “KAMI – The Series merupakan satu revolusi baru bagi rancangan bersiri; dari sinematografinya hinggalah ke jalan ceritanya. Ia berkisar tentang dunia social dan isu semasa yang dilalui oleh remaja masa kini. Kesemua individu yang terlibat dalam projek KAMI, baik dari pelakon, penulis, pengarah, penajanya NOKIA, 8TV dan Monkey Bone; semuanya memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan mesej kami”

Penceritaan setiap watak memainkan peranan penting seterusnya kepada penubuhan kugiran dan perjuangan muzik yang mereka bawakan. Setiap watak di dalam drama ini melalui pelbagai pengalaman pahit manis sebagai remaja yang memperjuangkan muzik underground, bagaimana mereka menghadapi pelbagai rintangan daripada keluarga dan masyarakat, tekanan dari pelbagai pihak dan juga konflik peribadi dikalangan remaja yang semakin meningkat remaja.

Pengilham bersama, Fizzi dan Fendi menerangkan konsep dan idea di sebalik KAMI, “Kita semua pernah melalui zaman remaja. Walaupun setiap individu mempunyai pengalaman yang berbeza, tiada siapa dapat menafikan bahawa bukannya mudah menjadi remaja di zaman ini. KAMI merupakan sesuatu yang kami ingin tonjolkan mengikut persepsi kami. Kami ingin membawa penonton mendekati realiti sebenar kehidupan remaja yang disatukan melalui muzik dan bukan rekaan semata-mata.”

“Salah satu matlamat KAMI, ialah untuk memberi panduan kepada setiap remaja bagi menghadapi segala isu yang membelenggu remaja masa kini. Lynn, Ali, Sofie, Abu dan Adii masing-masing mempunyai impian sendiri selain berhadapan dengan rintangan di rumah dan juga sekolah. Siri ini pasti akan menyentuh hati penonton. Dalam masa yang sama kami juga ingin memberi sedikit cahaya baru bagi industri muzik bebas; salah satu cara untuk band-band tempatan memperkenalkan muzik mereka di samping dapat mencungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan ke khalayak.”

Drama 30 minit ini akan memperkenalkan penonton, watak-watak yang juga akan membintangi KAMI the MOVIE, filem yang dijadualkan keluar pada tahun 2008, yang juga mengisahkan mengenai perjuangan kugiran-kugiran ‘underground’, pengalaman-pengalaman mereka sehingga kini. KAMI – The Series menggabungkan jalan cerita yang membawa mesej yang serius dengan jalinan muzik yang baik, di masukkan sedikit unsur-unsur lawak dan juga babak-babak yang menyayat hati. Penonton dan peminat juga berpeluang menyaksikan penampilan khas pelakon-pelakon handalan yang diundang berlakon di dalam drama siri ini sebagai ahli keluarga pelakon remaja KAMI – The Series.

Antara pelakon Kami The Series ialah Liyana Jasmay, Juliana Sophie bt Johari Evans, Zeyna, Nas Muammar Zar dan Syarul Ezani Bin Mohamed Ezzuddeen (Ezani).

Jangan lepaskan peluang menonton KAMI – The Series bermula 5 September 2007 pada setiap hari Rabu jam 10.00 malam hanya di 8TV. ‘Muzik terkini. Kugiran-kugiran terbaik. Sebuah siri baru’

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web: www.projekkami.com

gambar pelakon kami

[tags]kami the siries, drama bersiri 8tv, nokia nseries, gambar telefon bimbit nokia, nokia technology, blog nokia, duta nokia, nokia embassadors, lina tan, underground muzik, Liyana Jasmay, Juliana Sophie bt Johari Evans, Zeyna, Nas Muammar Zar, Syarul Ezani Bin Mohamed Ezzuddeen (Ezani), nipple slip, fesyen bertudung, bachan, blog nana, gambar siti mandi, lubang puki, elyana dunia baru, tahi ayam, cara bersolek, kami the siries, drama bersiri 8tv, nokia nseries, gambar telefon bimbit nokia, nokia technology, blog nokia, duta nokia, nokia embassadors, lina tan, underground muzik, gossip Liyana Jasmay, gambar pelakon Kami, kami the movie, Juliana Sophie bt Johari Evans, Zeyna[/tags]

Tags: ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Profile Zeyna Pelakon Drama Bersiri KAMI
  • Profile & Biodata Liyana Jasmay Pelakon Malaikat Maut
  • Apa Lagi Bakat Liyana Jasmay Ada?
  • Gambar Liyana Jasmay di Red Carpet FFM24
  • Gambar Liyana Jasmay di Anugerah Juara Lagu 26
  • Sharifah Amani & Liyana Jasmay di Festival Filem Malaysia 23
  • Gambar Liyana Jasmay di Anugerah Bintang Popular 2010
  • Liyana Jasmay di Konsert Jelajah 11 Era
  • Liyana Jasmay di Giant Tambun, Perak
  • Liyana Jasmay di Jelajah Era di Nilai, Negeri Sembilan



    • matt_otak2

      aku mnat gler r cter ni….
      tp aku lg ske kat lyn..mke dye cute r..
      kne ngan gaya rmbut dye..rse cm nk kapel
      je ngan dye..hehehehe…….luv u lyn…

    • anep

      aq mnat gler la cter ni.aq x jmpa la cd kami kt area jb nih.ssah gler.

    • zatie

      urmm.. cter nie mmg bez gler.. mmg ssuai tok rmaja cam kteowg..

    • lobo

      leh awalkan ckit siaran tak….

    • -izz-

      aq tak penah miss cte kami coz bezz sangat so aq mntk buat kami2 plak supaye fans kami tak boring…!!

    • bet cni

      kami is da best drama i had watch.even now kami is over,but we all as da big fan cannot wait mo longer kami da movie…i love kami sooo much

    • kami kite hang aku kau mu

      ngape x de smbungan lg ni yg x syok ni klau ade msti syok.
      ble nak ade smbungan ye ni yg bengang ni hiiiiiiiiiii

    • tuyuzz

      elow

    • tuyuzz

      cite plng bez pnah den tengok… adii cute abiss…. bile nk ade smbngn die?
      ~~

    • hafiz

      saya bknla peminat muzik indie, tp bile saya dh tgk cite KAMI saya minat dgn muzik indie. jln crite KAMI pn menarik dn blh di jadikan pengajaran. saya harap KAMI the series teruskn citenyee…. idup muzik indie…

    • jepon

      salam..yup,cte kami mst dkekalkn..jln cter yg mnarik..ade pngjaran die..so,pd sape2 yg xmnt kt muzik indie ni..btter tgk cter ni…cmfirm!!mst mnt pyer lpas 2!!wasalam…

    • taiko

      bes giloooooo

    • ice

      citer KAMI bez giler.. setuju ngn hafiz coz now i dah mule mint ngn music indi pas tgk citer ni.. i baru je download citer ni coz before this tak sempt tgk. duk asrama, pas tu pegi kolej,.. mmg tak sempat tgk tv. n now rase cm dah jauh kene tinggl… so, can’t wait to watch KAMI the movie plak ni..

    • kisee

      tak logik, mane boleh gi sekolah ngn rambut panjang macam ali tu. kalau aku cikgu disiplin sekolah dia, mmg aku dah tarah rambut dia sampai botak, tak pun kasi tarah macam rambut si abu tu..

    • zul_liyana jasmay

      liyana cerita (kami) yg awk berlakon tu best gile… lah,sy nak berlakon gan awk bleh x?

    • zulaikha

      hallu…, saya benar2 teruja utk meyaksikan filem kami the movie, peh bessssst sesangat,liyana jasmay i luv u,ezani,juliana,zayanah n nas t,korang memang gempaq gilerrrrr,congratulation wat u all sume.

    • fantaghirow

      law ada continued story kt 8tv lagi bessssssssssssssssssst…korang memang macthing ,ada keserasian,lyn n ali u all mcm ada chamesstry

    • hawari n shafa

      best lah citer dia…. rugi tak tgk, semua ada…sedih,hapy n kelakar giler pun ada gak.. bgslah kalou tgk dgn awek.. mesti tak ruginya…

    • eida

      i LOVE ‘kami’

    • dedek

      4 da 1st tme i saw tis series,wow…i like it damn much..but,i only got 6 epsd of its series…can smbody pls send me da others series..i dun 1 2 miz any of its…i like tis series more than sh3 movies….

    • Shahrul

      filem kami ke kamu ke kita ke.. semua tuh tu tak penting yg penting liyana jasmay.. haha! pewittt..

    • amy skyroses

      yang laki2 tu jgn lebih2.. marah aku.. berlakon2 gak.org lain takpe liyana jasmay jangan ko..

    • kidik

      memang best!

    • kidik

      best kami.

    • http://e.m.o_90@yahoo.com takim

      kami memang gempak gleeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeerrrrrrrrrrrrrrr ah…..bla nak tyng lg?????????????

    • brokelone

      hye guys…minat sgt ngn kami ne…even movie nya….syok..but so sad after abu passed away…truskan la muve ne…we all x sabar nak tgu ne…i love kami…

    • http://sharon_alek@yahoo.com Luna…

      ak mint sgt kmi…
      bez ar cter die…
      kmi da movie gler …
      abu passed away….
      plakon smua cun2…
      huhuhuh,,,
      lagu Guris bez….

    • nattlie

      i love kami sangat2..very fanatic…
      pelakon yang i suke..ezani..exctly mcm ex bf i dulu..sweet..and skali pandang die senyum..ur heart easy melts..

    • farah

      gosh…where can get this full series…borink gile nih…!!!!!!!

    • poo133

      Check out the new website http://www.tonton.com.my
      Where there are more than 30,000+ hours of great video content installed~
      Movies , Dramas + TV Series…. everything you see it on TV, they’ve got it!!
      Experience the new way of watching TV!
      Register and watch TV wherever & Whenever You want it!!

    • http://- hopkins

      superb citer ni

    • melly

      sye tk bosan tgok cite ni b’ulg kli.
      bg sye cite ni byk bg pengajaran to all teneger.
      congrat yg wat cite ni.
      ily <3

    • luguayo

      tahniah wat pengarah n semua yg mnjyakn drama KAMI ini. Sye sngt trtarik sejak prtama kli mnonton drama ini. wlupun umo sye bru 11 thn ktika prtma kli mnonton filem ini, ttpi sye amt brminat krana ia mmparkan kisah-kisah remaja skrg. Tahniah lg skli diucapkan,



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK