in

Drama Siri Hawaii Five O di TV2

DRAMA BERSIRI INGGERIS KLASIK POPULAR : HAWAII FIVE-O MULAI 5 MAC 2011 DI TV2

TV2 sememangnya popular di kalangan penonton kerana menyajikan program-program Inggeris yang hebat dan memenuhi citarasa penonton tanpa mengira umur. Namakan sahaja beberapa slot yang diingati terutama slot Cinema On 2, Friday Nite On 2, Saturday Nite On 2 dan sebagainya. Kesemuanya saban minggu menghidangkan filem-filem hebat dengan pelbagai genre termasuklah aksi, penyiasatan, perubatan dan sebagainya.

Terbaharu mengisi malam minggu anda sebuah drama bersiri klasik, Hawaii Five-O yang bakal menemui penonton mulai 5 Mac 2011, setiap Sabtu, jam 9.00 malam di TV2 yang sarat dengan unsur-unsur penyiasatan penuh mendebarkan dalam cubaan menyiasat dan menyesaikan jenayah yang timbul menerusi setiap episod.

Hawaii Five-O pernah ditayangkan sekitar bulan September 1968 hingga April 1980 ini salah satu siri terpanjang polis yang disiarkan secara berterusan dalam sejarah televisyen AS. Malah menariknya, ia berlatarkan sepenuhnya lokasi di Hawai. Momen-momen menarik keindahan pemandangan diletakkan sebagai daya penarik selain barisan pelakon dan watak yang dibawakan.

Daya tarikan lain adalah plot menarik dan urutan judul dan tema muzik sepanjang episod siarannya. Keaslian terserlah kerana penggambarannya menggunakan banyak penduduk Pulau tempatan sebagai watak undangan dalam menjayakan setiap siri ini.

Watak Jack Lord sebagai Steve McGarrett, Ketua Polis Elit yang menyiasat tentang jenayah terancang, pembunuhan, cubaan membunuh, ejen-ejen asing dan pelbagai lagi jenis jenayah. Kemunculan pelakon popular lain seperti James MacArthur yang bertindak sebagai watak pembantu di samping pelakon tempatan seperti Kam Fong, Zulu, Al Harrington dan Herman Wedemeyer. Kesemua mereka melakonkan watak sebagai ahli pasukan Five-O.

Siri ini terkenal dengan para pelakon undangan yang muncul dalam episod termasuk Helen Hayes, Ricardo Montalban, Leslie Nielsen, Herbert Lom, Hume Cronyn dan ramai lagi. Antara lain McGarrett menjiwai watak sebagai musuh dan kumpulan Wo Fat – agen Merah China yang bertanggung jawab atas seluruh Teater Asia Pasifik yang dijayakan wataknya oleh Khigh Diegh.

Kepada anda yang gemarkan rancangan penyiasatan dan merindui lakonan Jack Lord, pastikan anda tidak melepaskan peluang menonton drama bersiri 22 episod ini setiap Sabtu, jam 9.00 malam hanya di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Contest Win a Date with Asian Tycoon

Program Candawara Aktif 5