in

Drama Siri Antarabangsa di ntv7 Tahun 2012

2012 – Permulaan Yang Hebat dan Tahun Yang Tepat buat ntv7

Tahun baru 2012 bakal membawa lembaran baru dan lebih keceriaan kepada penonton ntv7 kerana stesen itu akan terus menyiarkan judul siri-siri hit antarabangsa mahupun tempatan serta rancangan-rancangan baru tidak kira hasil anak watan mahupun keluaran negara asing.

Yang pasti ntv7 akan terus komited dalam menyediakan kandungan rancangan yang terbaik khas buat penonton untuk mengukuhkan lagi tarikannya kepada masyarakat Cina dan penonton urban. Selain menyajikan musim terbaru judul rancangan popular tempatan dan luar negara, ntv7 juga sudah bersedia untuk menyiarkan kandungan rancangan-rancangan baru dan lebih segar buat tontonan seisi keluarga.

Fighting Spiders 2

Sebagai stesen televisyen Malaysia, ntv7 akan terus menyokong rancangan terbitan tempatan. Antaranya V Squad (siri pengembaraan istimewa buat kanak-kanak), Rooftops (siri muzikal yang mengetengahkan penyanyi muda berbakat), rancangan berbahasa Cina seperti drama bersiri, The Descendant, rancangan realiti, Aunty Must Go Crazy dan sitkom Love Compulsory.

ntv7 juga berharap akan lebih mendekati komuniti ramai melalui acara Karnival Yuan. Tahun ini juga ntv7 akan menantikan larian amal Feel Good Run yang bakal dilaksanakan buat kali kedua slepas mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan. Acara sebegini bukan sahaja membawa keseronokan malah membentuk kehidupan yang lebih sihat buat rakan-rakan dan ahli keluarga. Perancangan dalam mengadakan anugerah Golden Awards akan lebih intensif agar penganjurannnya pada tahun yang berikutnya menjadi lebih meriah dan besar daripada sebelum ini.

Rancangan bersiri hit dari Amerika Syarikat yang bakal menjengah penonton tahun hadapan ialah drama yang berkisar tentang juruterbang dan atendan kapal terbang, Pan Am dan sebuah siri epik penuh pengembaraan, Terra Nova. Judul siri hit yang akan terus bersiaran di ntv7 pula ialah Two And A Half Men, Glee, Bones, Private Practice, Grey’s Anatomy, Fringe, Lie To Me, The Mentalist dan Drod Dead Diva dengan musim baru. Sitkom berbahasa Inggeris terkenal daripada Singapura, Fighting Spiders turut kembali dengan musim terbaru di TV Malaysia tentunya di ntv7.

Rancangan tempatan yang telah berjaya menarik ramai penonton seperti siri dokumentari, Magseven, rancangan realiti usikan dan jenaka, Wakenabeb, siri paranormal, Seekers dan kuiz ilmiah, The Mandarin Battle Star pastinya akan memenuhi kehendak penonton masa kini. Antara kandungan rancangan berbahasa Cina yang akan dikekalkan ialah rancangan bual bicara Mars vs Venus serta rancangan majalah mengenai gaya hidup di dalam Women’s Zone akan diteruskan dalam memberi perkembangan terbaru tentang isu semasa di Malaysia.

Slot TVB yang sering dinantikan setiap hari Selasa hingga Rabu malam akan menyiarkan beberpapa lagi drama bersiri hebat seperti A Pillow Case Of Mystery II, Gun Metal Grey, The Season Of Fate, Sisters Of Pearl, The Stew Of Life, dan A Watchdog’s Tales. Slot Be Fabulous Forever (BFF) pada sebelah pagi pula akan membariskan rancangan kegemaran ramai – The Oprah Winfrey Show, The Martha Steward Show, The Rachael Ray Show, Bella dan The Breakfast Show yang akan menemani siang hari anda. Begitu juga dengan drama bersiri Korea yang dikekalkan di dalam bahasanya sendiri tanpa dialih suara.

ntv7 juga akan memperkenalkan beberapa rancangan kanak-kanak termasuklah Unggun Api, sebuah siri kisah hantu yang disasarkan buat penonton cilik ini. Begitu juga dengan kartun kegemaran adik-adik di rumah, TMNT (Teenage Mutant Ninja Turtles), Casper Scare School, dan Pop Pixie.

Rangkuman rancangan yang akan disajikan pada tahun hadapan dan pada penghujung tahun ini ialah:

ntv7 (judul siri yang kembali dengan musim baru) – Two And A Half Men (Musim ke-9), Grey’s Anatomy (Musim ke-8), CSI Miami (Musim ke-7), How I Met Your Mother (Musim ke-6), Bones (Season 6), America’s Got Talent (Season 5), Fringe (Season 4), Private Practice (Musim ke-4), The Mentalist (Musim ke-3), Lie To Me (Musim ke-3), Drop Dead Diva (Musim ke-2), Glee (Musim ke-2), Fighting Spiders (Musim ke-2), Seekers (Musim ke-9), Wakenabeb (Musim ke-5), Take Me Out (Musim ke-2), Magseven (Musim ke-2), e7, Women’s Zone, Mandarin Battle Star, Mars vs Venus, Time FM

ntv7 (judul baru) – Pan Am, Terra Nova, New Girl, The Cape, Alphas, Nikita, Minute To Win It, V Squad, Rooftops, Unggun Api, The Descendant, Law of Attraction, Secrets for Sale, Aunty Must Go Crazy, Love Compulsory, Kungfu Panda – Legend of Awesomesness, TMNT (Teenage Mutant Ninja Turtles), Transformers Prime, Casper Scare School, Class of the Titans, Pop Pixie, Stella & The Celestials, Make Way for Noddy

Untuk maklumat lebih lanjut, layari www.ntv7.com.my atau www.tonton.com.my. Juga ikuti perkembangan terbaru tentang ntv7 di Twitter dan Facebook.

Two And A Half Men

Pan Am

outputartwork

Rooftop

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DiGi Anjur Siri Konsert Jelajah Desa

Kenneth Ma & Joyce Tang Media Prima TV Networks Screenings 2012