Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Drama SinDarEla Lakonan Sharifah Amani Bront Palarae



Shahrul Ezad Mohameedin atau lebih dikenali dengan nama Ezad kembali meletop dengan drama berantai terbaru arahannya, SinDarElla terbitan Radius One Sdn Bhd. Budiey rasa tidak sabar untuk menonton drama yang akan memenuhi slot Lestari di TV3 ini sebab dah minat sangat dengan cara Ezad ni mengarah drama. Setiap drama di bawah arahan Ezad memang tidak mengecewakan Budiey. Pasti puas hati punya. Apatah lagi, setelah kejayaan dan sambutan hangat dari penonton drama Emil Emilda dan Kerana Cintaku Saerah, Budiey yakin drama yang mengisahkan cinta 3 segi ini akan sekali lagi melonjakkan nama Shahrul Ezad sebagai pengarah drama yang begitu prolifik dan kreatif.

Apa yang menarik sangat sehingga Budiey tidak sabar untuk menonton drama 26 episod ini? Yea, Budiey diberitahu bahawa drama ini buat pertama kalinya mengabungkan lakonan mantap Syarifah Amani dan Bront Palarae (pelakon filem Anak Halal). Sebenarnya, pengambaran drama ini akan bermula pada 26 Disember ini. Kebanyakan shooting akan diadakan di Kolej swasta, Lim Kok Wing.

Oh ya, nama tajuk drama ini walaupun semacam streotaip dan rasanya korang dapat meneka jalan ceritanya yang menyamai cerita orang biasa yang berkahwin dengan golongan DiRaja. Tetapi mengapa ditulis SinDarEla? Huhu, sebenarnya ianya menggabungkan 3 watak utama dalam drama ini iaitu, Sin lakonan Bront, Dar lakonan Remy Ishak dan Ela lakonan Syarifah Amani. Unikkan?

Tengku Haidar adalah tengku mahkota, katanya akan bercinta dengan Ela. Isma Yusoof yang juga pernah berlakon dalam drama Sutun 2, Emil Emilda dan Kerana Cintaku Saerah pun ada berlakon dalam drama ini. Kali ini, Isma membawa watak bernama Butang; seorang pencuci di kolej dengan karakter psiko, pelik, gila-gila, misteri dengan rambut ala serabut kena angin taufan. Stailo la kononnya. Huhu… apabila dengar Isma akan bawa watak macam ni, lagilah Budiey tak sabar nak tengok. Butang nanti akan jadi penggoda yang menyukai Nor Naema lakonan Noorkhiriah (pelakon yang baru menang award di Anugerah Skrin 2007!). Naema ni pula kawan baik pada si ZoEla. Ntah camna, si Naema ni teruja nak kenal sangat dengan Butang ni. Mungkin dia suka Butang sebab budak cleaner ni sangat misteri kot.

Menyentuh sinopsis drama SinDerElla ini, korang pun boleh teka sendiri camna perjalanan cerita ini tetapi harus diingat bahawa plot dan garapan pastinya mengikut kreativiti Ezad sendiri. Dikatakan akan ada watak ibu tiri bernama Tengku Zohara yang akan dipegang oleh Ifa Raziah. Tengku Zohara ada 3 orang anak bernama Wan Sharmila lakonan Tasya dan Eira Syazira lakonan Tushee. Pelakon lain, Mustafa Kamal, Nadia Aqilah, Syarifah Sofia, Tam Suhaimi, Syarifah Aleya dan ramai lagi. Selebihnya kena tunggu tayangannya di TV3 pada bulan Februari 2008 ini!

Yang menariknya lagi?
- Syarifah Amani kena naik scooter dalam drama ni. Syarifah Aleya; kakak pada Nani yang baru kawin tu pun ada gak.
- Isma Yusoof pula selalu pegang kameranya ke hulur ke hilir. Dia suka ambik gambar orang dari jauh macam paparazi la kononnya.

Sama-sama kita tunggu… kepada semua pelakon, selamat menghafal skrip dan bersedia untuk lakonkan yang terbaik! Budiey teringin sekali untuk mengikuti pengambaraan you all… Insyallah kalau ada peluang, Budiey akan turun ke lokasi pengambaran untuk tengok sendiri korang berlakon. Good luck Ezad!

kredit poster: Isma Yusoof sebagai pereka poster. Terima kasih Isma!

[tags]drama sinderela, cinderalla story, cinta 3 segi, sinopsis drama sindarela, syarifah amani cinta que, akhir, kritik drama, bf syarifah amani, ezad exists, isma yusoof profile, designer malaysia, poster drama sinderella, Mustafa Kamal, Nadia Aqilah, Syarifah Sofia, Tam Suhaimi, Syarifah Aleya, ella n the boys, ifa raziah botox, noorkhiriah menang awards, tushee, tasya scandal[/tags]

Tags: , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Website RadiusOne, Klip Video Amylea, Lagu Tema Sindarela
  • Gambar Nor Khiriah, Syarifah Amani & Isma Yusoof dalam SinDarEla
  • Poster Drama Rona Roni Makaroni Lakonan Isma Yusoof
  • RONA RONI MAKARONI MALAM NI
  • Peraduan Pelancaran Drama Rona Roni Makaroni
  • Sharifah Amani & Liyana Jasmay di Festival Filem Malaysia 23
  • Drama Tiramisu
  • Gambar Seksi Sharifah Amani di Anugerah Skrin 2009
  • Gambar Gavin Stenhouse Kekasih Sharifah Amani
  • Drama Bella Lakonan Elly Mazlein Raih 2.6 Juta Penonton



    • tom

      Wan Sharmila lakonan Tasya dan Eira Syazira lakonan Tushee
      -saya rasa tasya lakonan wan sharmila dan tushee lakonan eira syazira

      syarifah aleya adik syarifah amani?
      -aleya is nani’s eldest sister. kan yg baru kawin tu…

    • http://www.suhaimy.org amy

      tak sabr juga nak tengok ni. mesti best ni

    • http://orestes7.multiply.com/music orestes

      best2

    • badiuzaman

      wait n see

    • badiuzaman

      kali ni lagu apa pulak nak dijadikan lagu tema??

    • http://www.rjuna.net Rjuna

      Poster dia sangat kreatif, tak sabar nak menonton

    • cute apple

      poster dia sgt menarik… mesti crita dia pun gerek kan!
      Hope u dapat gie that lokasi…
      so leh kasi feed back menarik key…
      im waitin…

    • noris ishak

      best ker??
      rasanya kalau tukar heroin dah confirm best!!
      kalau minah tu yang jd heroin,,,
      HAMPEH!!!

    • &jl

      ahahahah NORIS IAHAk.. r u jelous with her ..?? OMG plss la die belakon best okey !!! sure korang x ske die sbb die penah ader hall dlu kan.. sukati die lahh wak lu nak kater die x best ..!! KAMU kot if jd pelakon org x nk tgk langsung OKEY

    • CUPID GIRL

      drama 2 best gilerrrrrrr .lawak oo sharifah amani blakon. die blakon memang besh. kalau tertinggal satu episod memang menyesal giler

    • mama didi

      eh web site mana ek nak tgk cite nih
      surat kaba ader siarkan bahwa leh tgk dlm web
      miss 2 episod ler
      isk..isk… :(

    • yurika

      erm saya nak tajuk lagu bila sinderela habis tue la….

    • DEJA

      Klo nk tgk drama sindarela tu ..g le website http://www.tv3.com pas tu klik kat SINDARELA ..

    • madidlife

      tak sabar nak tengok zoela ngan tengku hussein bercinta………tak sukela watak ayu tu…..pandai giler brlakon dpn zoela…..mcm pompuan tak ade dignity

    • nazira

      sape tahu tajuk lagu penutup cte sinderela???

    • ikah

      best gler..cute nyer zoey tu

    • lady_carlorino

      Citer ni memang best… at the same time ada pengajaran yang tersendiri…

    • Theola

      best giler drama ne…

    • feyzah

      best giler citer sindarela!!!! amani cunn arrr……..

    • http://sss cpunk

      lakonan eira syazira tue best kan???

    • sayebudakbaek

      ak ske z0e ngn hussein kt ending cter nntih…bru sy0k..huhu..cayalah br0nt…u’re d great…hoh0

    • http://Myspace.com.my BUJANG_KLASIK

      kesian tasya lakonan Wan Sharmila ,Wan Sharmila satu satunya artis wanita malaysia yang mempunyai suara yang halus beruntunglah Encik Fazli Baharom mempunyai isteri seperti Beliau saya harap agar Pihak media memberi publisiti kepada beliau Wan Sharmila adalah Pewaris lakonan Wan Maimunah kerana Wan Maimunah adalah ibu saudara beliau

    • http://Myspace.com.my BUJANG_KLASIK

      ramai Artis Artis popular lahir di Zaman Era Kegemilangan Allahyarham Sudirman Haji Arshad contohnya Fasha Sandha,Siti Nordiana,Eliza Af3, Sariyanti,dan ramai lagi yang kebanyakan nya lahir era 80 an 1984 palig hot benarlah seperti lagu Allahyarham sudirman Haji Arshad HILANG BERGANTI yang patah kan tumbuh yang hilang kan berganti sedangkan Beliau tiada pengganti sehingga sekarang

    • http://Myspace.com.my BUJANG_KLASIK

      Shahrulezad adalah idola skrip saya saya ada banyak idea kalau nak menghasilkan skrip kalau encik ezad baca blog nie saya ingin bekerja dengan Radiusone tapi bukan jadi pelakon tapi jadi pembantu angkat barang krew production saya juga punya impian jadi pengarah atau setidak tidaknya jadi penulis skrip negara kita sedang ketandusan penulis skrip yang kreatif saya ingin belajar dari encik nombor saya 0172658208 nama saya Nizam dan bekerja di Petronas Jalan sungai tua selayang lama

    • http://myspace BUJANG_KLASIK

      apa kata kalau Sariyanti di gabungkan dengan Wan Sharmila serta semua pelakon kisah kaisara berlakon d bawah arahan Shahrulezad manalah tau box Office maksud saya apa kata kalau semua pelakon popular bergabung dalam satu filem seperti Telefilem Neon yang menghimpunkan 100 pelakon popular

    • http://myspace BUJANG_KLASIK

      belum lagi kisah tentang pekerja pekerja atau pengusaha Stesen minyak di jadikan slot drama bersiri seperti spanar jaya Bas Kontraktor dan lain lain sekiranya jadilah saya harap agar encik Shahrulezad bikin satu drama tersebut

    • Iman

      citenye bestlah cume Hussin 2 je…. lambat giler nak tackel Zoela… TAPI epis0d yang last 2 memang best… kan bagus klau ade sambungannye…..

    • xXYaNaXx

      besh…

    • balqish

      bes giler siut citer nie..
      1 family aq ske tgk citer nie…
      MALATOP!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    • aku jahat

      gua pling suke lakonan makcik mary ngn ank die yg gemok tu, faizul…klaka siot….hahahahaha
      pecah perot gua gelak….respek a diorng!!

    • http://zaty_gurl92@yahoo.com zaty

      humm… memang suke sangat ngan ctew SINDARELA
      nie taw…!!! en best if ade smbongan part 2..!! but..
      nak pelakon yg same larh.. baru arh best..!!!

    • alyn_

      nk ckp gk ni..kte pn ske cter 2…
      skong kate ‘zaty’ cmfirm klu de part 2..
      x miss 2 tgk cter ni…
      huhuhuuuuu………

    • alyn_

      nk ckp gk ni..kte pn ske cter 2…
      skong kate ‘zaty’ cmfirm BEZ klu de part 2..
      xmiss 2 tgk cter ni…
      huhuhuuuuu………..

    • Tabuan

      How can i get in touch with Nadia Aqilah ?
      Lakonan dia bagus… dlm cerita Sindarela, Emil Emilda dan latest
      Merah Puteh.
      she dun have da looks but she know how to carry herself well.
      Sexy ~ :-)

    • budop

      best giler r bro…

    • lisa

      best crita tu…romantik dan wow …suka la watak zoela couple dengan tengku haidar(namanya remy kan)…yg hensem! sama mcm dlm crita nur Qaseh



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK