Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Drama Seram Jangan Tegur… Lagi



Ikuti perjalanan hidup Natasya, yang dibelenggu kejadian-kejadian mistik yang mengancam kehidupan beliau bersama orang tersayang. Segalanya bermula setelah Natasya terlibat dengan kemalangan jalan raya lalu terbaring koma dan dalam keadaan tidak berdaya itu, dia telah dihantui perkara-perkara misteri dan aneh. 

Natasya, digambarkan sebagai seorang yang hidup serba moden dan urban bersama suami dan tidak mempercayai benda – benda yang tahyul, bakal membawa penonton setia TV3 menyelami misteri kehidupannya menerusi slot Seram berjudul Jangan Tegur… lagi yang akan bersiaran mulai 19 November 2009, setiap hari Khamis, jam 9.30 malam, di TV3.

Drama 13 episod ini dibintangi oleh Rabecca Nur Islam (Natasya), Eizlan Yusuf (Kamal), Puteri Mardiana (Baizura), Aida Aris (Dr Maria), Norliana Samsudin (Tina) dan Danny X Factor (Halim). Di bawah pengarahan Ismail Bob Hasim dan diterbitkan oleh Metrowealth International Group Sdn Bhd (MIG), Jangan Tegur … lagi adalah karya yang diadaptasikan dari filem popularnya, Jangan Tegur yang telah pun ditayangkan pada awal tahun ini.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama, Nurul Aini Abu Bakar, “Filem Jangan Tegur mempunyai kekuatan dan keunikan tersendiri sehingga berjaya menarik perhatian penontonnya dengan kutipan tiket sebanyak RM4.6 juta di Malaysia dan Singapura. Melihatkan impak filem ini yang berkesan, TV3 yakin drama bersiri Jangan Tegur … lagi arahan Ismail Bob Hashim pasti menjanjikan sesuatu yang lebih menarik dan lebih seram.

Selain dari jalan cerita, barisan pelakon dan keberkesanan skrip, lokasi penggambaran juga memainkan peranan yang penting untuk melahirkan suasana debar dan seram kepada penonton di mana sebuah hospital lama di Sungai Buloh dijadikan lokasi utamanya selain di Hulu Langat, Selangor.”

Jangan Tegur … lagi mengisahkan tentang Natasya dan Kamal merupakan sepasang suami isteri yang hidup serba moden dan kebaratan yang baru pulang dari berbulan madu. Apabila Natasya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang menyebabkan dia jatuh koma. Selama tempoh koma itu, dia telah bermimpi tentang seorang wanita aneh yang bernama Baizura.

Kehidupannya mula berubah apabila mendapati dia mampu melihat makhluk-makhluk ghaib di sekitarnya. Natasya amat pasti bahawa kejadian-kejadian misteri ini ada kiatan dengan Baizura. Kamal berusaha membawanya pergi berubat walaupun tidak mempercayai benda-benda khurafat ini.

Masalah baru pula berlaku apabila suaminya, Kamal, menunjukkan tanda-tanda bahawa beliau juga didatangi hantu dan makhluk ghaib. Dengan bantuan keluarga, bermacam-macam cara Natasya cuba memulihkan Kamal, tetapi keadaan Kamal tidak berubah.

Kamal sendiri tidak percaya dirinya disihir, malah, menghabiskan masa dengan Dr. Maria untuk mencari punca saintifik permasalahannya. Hubungan rumah tangga Kamal dan Natasya semakin bermasalah selepas itu, malah, mereka hampir bercerai.

Apabila mengetahui perbuatan Nastasya yang melibatkan ilmu mistik, ibu dan bapa mentuanya marah terhadapnya dan Kamal pula enggan menerima Natasya lagi dan menuduhnya lupa diri. Mereka sekeluarga terus menghalau Natasya daripada bertemu Kamal.

Natasya benar-benar hendak berputus asa, dan memulakan hidup baru secara sendirian. Namun, roh Baizura enggan melepaskannya, dan terus mengganggu hidupnya. Selepas mengharungi pelbagai pengalaman bersama, apakah kesudahan drama menarik ini dan sampai bilakah roh Baizura akan terus menghantui Natasya? Sama-sama kita saksikan kesudahan drama seram ini!

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Jangan Tegur
  • Filem Jangan Tegur Lakonan Julia Ziegler
  • Video Sebalik Tabir Behind The Scenes Filem Jangan Tegur
  • Movie Day Out Bersama Pembaca Sensasi Selebriti Filem Jangan Tegur
  • Gambar Sekitar Promosi Filem Jangan Tegur di Singapura
  • Info Tentang Filem Jangan Tegur
  • Kereta Milik Penerbit Jangan Tegur Rempuh Pekerja Lebuh Raya
  • Sinopsis Filem Jangan Tegur Sinematografi Indra Che Muda
  • Drama SAKA Lakonan Juliana Ibrahim Nasir Bilal Khan di TV3
  • EKSKLUSIF: Sekitar Pengambaran Filem Jangan Tegur Arahan Pierre Andre



    • cute

      tgk mlm td best giler cite ni…. seram gak…….

    • nurul

      memang citer seram, tapi skrg nie banyak la pulak citer hantu mantu

    • http://- scha ibrahim

      scha x nak komen coz scha mmg suke sangat cite jangan tegur lagi.cume last episod ni scha x dapat nak tgk coz scha keja shift petang.klu blh scha nak tv3 rewind smula cite nie.neway thank you.



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK