Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Drama Senja Permai Lakonan Ainul Aishah, Erin Ezzryn



SENJA PERMAI DI ASTRO PRIMA
Di sebalik komuniti yang tidak sedamai seperti yang disangka

Permai, sedamai namanya. Namun bagai ada barah yang merobek perlahan-lahan mengalirkan cerita tentang tiga keluarga, Rahman, Nik Mazlan dan Hairi.

Bermula Disember ini, Astro Prima dengan bangganya mengajak para penonton untuk merungkai dan mendalami konflik dan rahsia yang dilalui oleh tiga buah keluarga dengan kisah masing-masing yang menetap di sebuah kawasan perumahan yang sama iaitu Senja Permai.

Menurut Pengurus Saluran Astro Prima; Encik Nizam Sani berkata, “Kami gigih dalam terus memastikan para penonton terus disajikan dengan pelbagai kisah dan genre drama yang pelbagai bagi memberi variasi kepada penonton-penonton kami. Maklum balas yang kami terima, mendapati para penonton yang majoritinya datang dari mereka yang berkeluarga bukan sahaja menggemari genre komedi tetapi juga kisah-kisah konflik  keluarga seharian.

Oleh itu, kami ingin memperkenalkan sebuah lagi drama bersiri yang akan membawa para penonton terus terpaku untuk mengetahui kisah-kisah yang akan berlaku kepada ketiga-tiga buah keluarga ini pada setiap episod terutama sekali apabila klimaks sesebuah episod itu sengaja dibiar seolah-olah tergantung bagi menimbulkan unsur suspen dan sifat  ingin tahu.

Elemen-elemen melankolik dan lucu di dalam setiap episod juga dilihat mampu mengalirkan air mata dan mencuit hati penonton apabila kisah-kisah tiga keluarga ini dikupas dengan teliti bagi mewujudkan kesempurnaan drama bersiri ini.

Saya percaya drama ini mampu dijadikan sebagai rutin harian bagi setiap ahli keluarga untuk menontonnya di samping mengambil iktibar dan pengajaran bagi setiap kejadian dan masalah yang berlaku. ”

Kisah tiga buah keluarga ini bermula dengan Rahman (lakonan Norman Hakim) yang mengambil keputusan untuk kembali ke tanahair bersama isterinya Shazlina (lakonan Marissa Yasmin) dan anak-anak mereka; Danial (lakonan Aeril Zafrel) dan Yasmine (lakonan Nurul Elfira Loy) selepas lapan tahun mencari rezeki di dalam bidang perbankan di kota New York. Zahirnya keluarga Rahman nampak tenang, namun ada konflik yang membakar. Shazlina yang pernah menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki Barat telah meninggalkan parut yang amat dalam di jiwa Rahman. Sejak kembali ke Kuala Lumpur, soal kecurangan Shazlina ditanam sama sekali, namun itulah barahnya. Shazlina sering merasa dipinggirkan, lalu membangkitkan azamnya untuk bekerja semula. Danial dan Jasmine pula sejak awal membangkang untuk kembali ke Kuala Lumpur dan meninggalkan kehidupan yang lebih berwarna di New York. Maka, Senja Permai seolah-olah “neraka” buat mereka. Dalam pada itu, Danial mempunyai minat yang mendalam terhadap muzik namun tidak direstui Rahman. Tidak lama kemudian, sinar Senja Permai mula terbit buat Danial apabila dia makin meminati Ayeesha, anak kepada jiran mereka Nik Mazlan.  Sayangnya Ayeesha sudah berpunya. Jasmine pula mengalami masalah untuk menyesuaikan diri di tempat baru dari segi bahasa, sekolah dan kawan-kawan sehingga sering menjadi mangsa buli. Dia berasa begitu terasing dan seringkali merancang untuk pulang ke kota New York.

Sementara itu, seiring namanya yang bermaksud singa, Nik Mazlan (lakonan Hafizuddin Fadzil) adalah seorang ayah yang tegas kepada tiga anaknya, Ayeesha (Ainul Aishah), Adeena (lakonan Lisa Loy) dan Ameena (lakonan Erin Ezzryn) serta suami kepada Khaleeda (lakonan Dian P.Ramlee). Konflik awal buat dirinya ialah dia tidak dihormati oleh seorang pegawai wanitanya, Laila, sekaligus mencabar egonya. Dia enggan mengakui kelemahan, namun hari demi hari, Nik Mazlan mula merasai keserasian dengan Laila yang membuatkan isterinya, Khaleeda rasa terpinggir. Lantas Khaleeda mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran yang akhirnya merungkai rahsia besar Nik Mazlan. Ayeesha pula menjalinkan hubungan dengan lelaki berumur dan ini amat tidak disenangi Nik Mazlan dan Khaleeda. Adeena, anak kedua mereka yang berjiwa romantik, telah jatuh cinta pandang pertama pada Danial. Berusaha keras untuk mencurahkan rasa cinta pada Danial, namun cintanya bukan sahaja tidak dibalas malah Adeena merasakan diri dikhianati apabila Danial menjalinkan hubungan dengan orang yang rapat dengannya. Manakala, Ameena, anak yang paling dimanjai keliru antara persahabatan dan percintaan.

Kisah di Senja Permai ini tidak lengkap tanpa watak Hairi (lakonan Faizal Hussien) seorang ahli perniagaan berjaya yang kelihatan baik hati, alim dan pemurah. Namun hakikatnya, Hairi adalah seorang yang licik memperdaya ramai orang melalui skim cepat kayanya. Sikap baik hati dan pemurah hanyalah topeng kepada kejahatannya. Hairi laparkan penghormatan, kekayaan dan nama. Baginya status adalah segala-galanya. Namun, kasihnya terhadap isteri tercinta, Mimi (Zarina Zainuddin) amat tulen. Mimi umpama permata Hairi. Mimi, berusia lewat 20-an, juga dahagakan status. Mimi sanggup melakukan apa saja untuk menyertai golongan elit dan ternama. Walaupun beberapa kali dipinggirkan dan menjadi bahan jenaka, Mimi tetap berusaha. Hairi dan Mimi belum dikurniakan anak, namun itu tidak pernah menjadi konflik perhubungan mereka.

Pelbagai kisah yang berlegar di sekitar keluarga Nik Mazlan, Rahman dan Hairi akan dirungkai secara teliti dalam setiap episod yang pasti akan membuat penonton terpaku untuk menyaksikan kesudahan setiap konflik yang berlaku

Jangan lupa untuk saksikan Senja Permai, drama bersiri yang akan bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 9.00 malam bermula pada 28 Disember 2009 ini, hanya di Astro Prima!

Sila layari laman web www.astro.com.my/senjapermai untuk mengetahui perkembangan terkini watak-watak dan jalan cerita drama bersiri ini.

Tags: ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Ainul Aishah Muncul Single Terbaru Don’t Worry Honey
  • Gambar Ainul Aishah di Karpet Merah ABP 2009
  • Erin Malek Histeria Gara-Gara Durja Ningsun
  • Ainul Aishah dan Azma Aizal Yusoof Berduet Rakam Lagu
  • Gambar Ainul Aishah di Pelancaran Drama Spa Qistina
  • Gambar Erin Malek di Malam Penghargaan Metrowealth
  • Eksklusif Gambar Terbaru Keluarga Erin Malek
  • Ainul Aishah Lancar Single Pertama The Old Him
  • Erin Malek Dapat Hadiah iPhone 3GS & Beg GUCCI
  • Happy Birthday Erin Malek



    • Hamba Allah

      Layan je lah…

    • cha

      ooo lisa loy 2 adeq dak elfira loy ruper nyer..patut la aq tngok cite snje permai 2 muke dyorg ad iras2
      *cha_isa*

    • http://habbo QueenNabilah91

      saya minat elisha ngan elfira loy je??hehehe

    • izzati

      aeril zafril tue umr bpe erk????????

    • diana

      lakonan watak ameena tu namanya bukan erin ezzryn,nama watak ameena tu ialah erynne erynna.

    • cynta

      yg jd ameena tu nma dia bkn ke erynne erynna??
      Npe kt dlm tu jd nye lain?.. Jauh benor bunyinye..
      Patutnye pihak pnerbitan drama kna peka dgn nama artis,ia bleh mgelirukn peminat..

    • su

      i follow up this stories.but dnt like acting as wife norman hakim n daughter.hate!!like take onother actors

    • http://yahoo.com liyana96

      wah…bagos ar ezlisa ngan elfira blakon…

    • nina

      ya allah hensem nye lah.. danny tuu saya suka tengok cerita ni

    • zac efron

      wow aeril its look so very hensem&style and spoting aeril its hensem!!!!!

    • fatin

      layannnnnn………….

    • cha

      aq mnyampah tngok muke elfira loy,,,so ngade2
      ezlisa loy plak cam kerek n belagak
      memg 2 pon…………perkh…cehh!!

    • syamirah aishah

      best gleww drama ni..congrats…

    • http://www.yahoo.com ikmal

      wajah elfira loy..sebijik mcm budak kelas aku,,

    • http://vie-story.blogspot.com Vyy

      suka tengok elfira loy and Aeril Zafrel !
      diorang cute >.<

    • http://www.izzatysapran@gmail.com nurul izzaty

      jgn lupe call pulak yerrrr..aeril zafrel cute,cute,cute
      kacak,kacak,kacak,ada style,happy go lucky…
      smoga sukses dlm lakonan dan dunia seni tauu,aeril cute..
      nk couple blh x???klau sesapa dpt couple ngan aeril,bestlahhh..dah lah cute,comel,kacak,happy go lucky,sporting,style pulak tu..
      nk myspace ngan e-mil bleh x???aeril umur bperr errrkkk???klau sudi bls
      msj saya nieee,baru bleh phone saya tauuu..

    • http://www.izzatysapran@gmail.com nurul izzaty

      :) cute nyerrrr… :) kacak nyerrr… :) aeril zafrel..

    • http://www.izzatysapran@gmail.com nurul izzaty

      :) comel nyerrr..aeril zafrel..

    • z@hid@h…..

      bestnyerrrrrrrrrrrrrr???????????????????

    • cha

      dy ptut d gandingkan dgan aq..bkan bdak kerek 2 kan..
      kan???kan??/kan????

    • sya97

      best la citer ny… i ske tgk aeril…
      cute,kacak,hensem..
      ley bg email x…
      reply la yer…

    • nur sabrina

      aq suka sgt tgk aeril berlakon die hensem gilerrrrrrrrrr !!!!!!!!

    • syahirah

      minat lisa loy..and aeril zafre

    • jasmin

      drama ne bagus tapi tak suka dengan lakonan isteri kpada norman hakim..caranya bercakap tuu terlalau banyak berfikir sebelum bercakap dan terlalu banyak emm…yaaa…but man!….why….ok bosan leer dgn dailog mcm tu jeer…tapi saya suka jln cerita keluarga nik mazlan dan terhibur dengan lawak sedikit dripada keluarga hairi….

    • ainika muzaffar

      skew sngt tngok cite nie..wt la smbongan senjapermai ag..plz2 astro =>

    • farah

      tahniah..drama yg hebat…
      klaw bley wat la smbungan cte ni k…
      kmi 1 fmily minat cta ni…
      bez…

    • fikri

      saya mint kpada elisa,dia sngt cute,tpi syng dia tk sbaya dngn saya,13 tahun

    • fikri

      sya sukakan elisa,blh brjmpa.

    • fikri

      cute nyer …lisa loy,i like you…..

    • elida

      minat r gan aeril zafrel…u are so cute..cam ne nak tgok gambar u yek…pelakon at senja permai suma nya best,hope senja permai ada ulangan kat astro prima..

    • http://yahoo Ek@95

      herrmmm lisa loy nie adk el ker?aq igt dye kakak si el nie..coz lbh tggi n lbh mtg dr el..but pape pn lisa loy ttp comel..hrp2 ad smbngn senja permai..

    • chuare

      hensemny airel zafrel!!luv u,,

    • fify

      hye aeril..bleh knl x..

    • shuhada aziz

      airil tu bkn cute sgt pon..jgn taksub sgt..kehenseman x kekal lama.. tok aku ensem lg.. yg elfira loy plak jagala batas2 prgaulan.. hang ngan airil x dak ikatn prsaudaraan.. prhatian kpd girl2 yg meminati airil, sedarla bhw kcntikn luaran x secntik kcntikn dalaman.. klu stkat nk couple tgok ensem bek x yah….x bahagia pon…,crla yg tulus ikhlas,, lg satu jagala akhlak insyaAllah prmpuan @Llaki yg baik akn mndpt pasangan yg baik.. assalamualaikum…yg baik dtg drpd ALLAH, yg buruk dtg dari diri saya sendiri…

    • amirah

      the loy siblings are so cute…

    • FIKRI

      SAYA BERUMUR 13THN,SAYA SUKAKAN LISA LOY,WHAT YOU THINK ABOUT ME.

    • fatin

      saya rasa fikri tak sesuai langsung dgn elisa loy sebab die dah ramai girrlfreind.

    • SITI NUR IZZATI

      CERITA BEST SANGAT LA……

    • E-IS

      SAYA SUKA DANIAL DALAM CERITA NI, SEBAB DIA HANDSOME LA…….

    • E-is

      gila habis….

    • http://yahoo Ek@95

      aduuuhhh korang nie..hensem sgt ker airel zafrel tu aq tgk base jek..abah aq lg hensem..i think ape yg shuhada ksi tau tu ad btlnye gaklakn..aq bknnye alim sgt..



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK