in ,

Drama Sempena Awal Muharram di TV9

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan satu detik penting dalam sejarah islam. Kita dapat sama-sama menghayati erti penghijrahan sebenar dan mengimbas kembali bagaimana besarnya pengorbanan Rasulullah S.A.W. Kita sering lupa untuk bermuhasabah diri apabila kita tersasar daripada jalannya. Sempena Awal Muharram yang bakal menjelang November ini, menerusi Skrin Di 9, TV9 membawakan anda dua telefilem menarik iaitu Dia Yang Terpilih dan Hadiah Dari Syurga. Dua telefilem ini bakal menyentuh hati dan dapat memberi kesedaran tersendiri mengenai makna sebenar hijrah diri seorang insan.

Dia Yang Terpilih,
4 November 2013 (Isnin)
Nur Hikmah redha dengan ketentuan Allah kerana dilahirkan sebagai anak luar nikah. Hinaan yang diterima Mak Ngah dan Mak Su yang menganggap dia seperti kucing kurap dan tidak layak hidup menyeksakan dirinya. Hanya neneknya saja yang menjadi pelindung dan kekuatan untuk terus tinggal di rumah itu. Sifatnya yang sering mengalah itu diambil kesempatan Mak Ngah dan Mak Su . Keprihatinan Cikgu Haiman sedikit sebanyak memberi kekuatan untuk Nur bangkit dan membuktikan dia tidak seburuk dan selemah yang disangkakan. Pelakon: Puteri Chichi, Faeza Elai, Ku Fridah Ku Shafie, Azhan Rani, Izreen Azminda, Shah Iskandar dan Heri Aszmo.

Drama TV9

Hadiah Dari Syurga
5 November 2013 (Selasa)
Mengisahkan keluarga Imam Wazir yang dihormati, berdepan dengan cabaran mendidik anak sulung mereka, Rania, ke jalan yang benar. Rania memberontak kerana merasakan kedua ibu-bapanya lebih sayang pada adiknya Aisyah yang lebih baik pekertinya, pandai serta taat pada agama. Suatu hari Rania tiba-tiba berhijrah dengan menutup aurat, namun perubahannya itu hanya topeng demi menutup kandungannya yang semakin membesar. Rania melahirkan bayi itu secara rahsia dan meninggalkan bayi itu di depan surau. Namun, bayangan dosa mengekorinya apabila bapa Rania mengambil bayi itu sebagai anak angkat. Kehadiran Pelakon: Ana Dahlia, Dato’ Jalaluddin Hassan, Lydiawati, Fahrin Ahmad dan Ezlisa Loy.

Jika anda inginkan satu naskah lengkap yang mempunyai pengajaran disamping kelainan jalan cerita yang menjadikan telefilem ini lebih menarik pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton dua telefilem ini pada 4 dan 5 November, jam 8.30 malam istimewa untuk anda di TV9. Untuk maklumat lanjut sila layari www.tv9.com.my.

Drama TV9

Drama TV9

Drama TV9

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kolaborasi Melissa Indot & Arabyrd Dalam You & Me

Senarai Persembahan di MTV EMA 2013