Drama Raya, Abang! Mak Panggil Balik Lakonan Isma Yusoof
Bagi sesetengah artis, kehadiran bulan Ramadan al-Mubarak adalah masa untuk mereka berehat dan menghabiskan masa bersama keluarga. Selain berehat, ramai juga artis kena hadir untuk rakaman program raya dan sesi fotografi untuk majalah keluaran raya. Oh ya, Fara Fauzana ada buat rakaman untuk Joget Lambak Bersama Fara di Sri Pentas TV3. Jarang sekali kita lihat penyanyi punya banyak tempahan show pada bulan puasa. Kalau ada pun, mungkin bagi penyanyi nasyid yang lazimnya dijemput untuk menghiburkan peminat di majlis berbuka puasa. Bagi kumpulan nasyid, bulan puasa begini menjadi lubuk emas atau bulan rezeki yang melimpah ruah bagi mereka.
Terlanjur bercakap pasal rezeki, teringat saya pada Isma Yusoof, pemegang watak Jenal dalam drama bersiri Samarinda, Kerana Cintaku Saerah. Khabarnya, pintu rezeki Isma Yusoof terbuka di bulan Ramadan apabila dilamar oleh Cinequip Production untuk berlakon dalam Abang! Mak Panggil Balik!, sebuah drama sempena hari raya Aidil fitri nanti.

Dua perkara yang buat Budiey teruja. Pertama, Isma Yusoof akan bergandingan dengan pemenang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-20 iaitu Rusdi Ramli. Dalam drama arahan Shahrulezad ini, Rusdi Ramli (watak Harun) membawa Isma Yusoof (watak Budi) ke Keramat untuk mencari sesuatu. Kedua, watak yang dipegang oleh Isma adalah bukan calang-calang orang yang boleh bawa iaitu watak seorang pemuda dari Indonesia yang berhijrah ke Malaysia. Bagaimana persediaan Isma untuk bawa watak mat Indon dengan real-serealnya? Kalau cakap dalam loghat Kelantan memang sure boleh punya sebab Isma kan berasal dari Kelantan. Lagipun dalam drama Sutun 2 pun, Isma guna loghat Kelate. Samada menjadi real ke tidak Isma cakap Indon, sama-sama kita tengok nanti ya.


Puteri Fateen Nasuha, comel pula dalam drama ni.
Dengar citer, pengambaran drama ini diadakan di sekitar Segamat, Ulu Klang dan Kuala Lumpur. Buat peminat Isma Yusoof, jangan lupa untuk menyaksikan drama yang turut dilakonkan oleh Ku Faridah, Wan Sharmila dan Puteri Fateen Nasuha (pelakon drama Raksasa di TV3) ini akan ditayangkan di TV9 pada malam raya pertama, jam 9 malam.


kredit foto: cinequip production
[tags]drama raya, aidilfitri filem drama, program tv raya, abang! mak panggil balik, isma yusoof gambar, ku faridah pic, wan sharmila, gossip rusdy ramli, gambar perkahwinan rusdi ramli, ffm, joget lambak lirik, adam, loghat kelate, sutun 2 youtube, minah indon aksi, mat indon kuala lumpur, drama raya, aidilfitri filem drama, program tv raya, abang! mak panggil balik, isma yusoof gambar[/tags]
Tags: Drama, Isma Yusoof, Rusdi Ramli
Tags: Drama, Isma Yusoof, Rusdi Ramli, abang! mak panggil balik, aidilfitri filem drama, drama raya, ffm, gambar perkahwinan rusdi ramli, gossip rusdy ramli, isma yusoof gambar, ku faridah pic, loghat kelate, mat indon kuala lumpur, minah indon aksi, program tv raya, sutun 2 youtube, wan sharmilaClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





September 18th, 2007 at 7:52 pm
mcm best je…
x sabar nk tengok lak…
September 19th, 2007 at 2:01 pm
crite psl isma yusoof lg…. cukup-cukup dahlah dok puji si isma tur… puji atau citer psl org lain lah pulak budiey oiiii… boringlah….
September 20th, 2007 at 1:05 pm
sape isma tu?
September 27th, 2007 at 12:37 pm
tuu aaa..isma lagi..aku ingat aku sorang jer yg nmpak isma jer dlm ni….kami tau isma tu pandai berlakon..tak salah pun nak promote kwn sendiri…tp kasi lah citer psl org lain jgk..huhuhuhu
October 16th, 2008 at 2:48 am
CERITA PALING KELAKAR RAYA DALAM ABAD NIE YANG PERNAH AKU TONTON SELEPAS ERA CERITA SAMBAL DAN SENARIO
January 7th, 2009 at 3:03 pm
name die same la cam name kite…..anyway caya la dik… kecik2 dah berbakat kn….
April 30th, 2009 at 1:34 pm
hehheheheheh…..citer nie x lawak langsung pun citer nie sbnrnya besa besa jak x lwan citer p ramlie…
May 16th, 2009 at 12:36 pm
hahaha… aku ske gler tgk cter arahan isma ni… MERAH PUTIH… klako time mak merah panggil tukang gaji die…”kak gayah….!!!!!!!” haha. watak Mulan pun i like beb… pandai minah tuh blakon… dolu masuk gangstarz… pe ek name kumpulan dia?
September 10th, 2009 at 8:28 pm
cite mcm best tp mane ade masa nak tengok…. raya kan mestila tengah melawat sanak saudara kan. tayang hari lain….. tak dapat den nak tengok. mkin kat http://www.tv9 ade ulangan kot… harap2 sngat