in ,

Drama Popular Sunny Girl Dalam Slot Hito Idol

Drama popular dalam slot Hito Idol Eksklusif di 8TV

Tayangan Perdana di Televisyen Malaysia (Pre-Astro) Hito Idol SUNNY GIRL
Tarikh siaran: 18 Februari 2012 – 19 Mei 2012
Hari / Masa: Sabtu, 6.30 petang – 8.00 malam
Bahasa: Mandarin
Total episod: 14 x 90 minit

Berita baik untuk penggemar slot popular ‘Hito Idol’! 8TV bakal menyiarkan drama popular Taiwan SUNNY GIRL yang dibintangi oleh pelakon popular Taiwan antaranya Wu Chun, Rainie Yang, Zi Yan, dan Zhang Jun Ning.

Drama ini berkisarkan tentang Sunshine gadis miskin yang tinggal bersama nenek beliau di sebuah kampung. Ibu bapa Sunshine yang tidak bertanggungjawab telah meninggalkan hutang yang banyak kepada beliau. Si pemungut hutang pula telah memberi dua pilihan kepada Sunshine iaitu menjadi orang gaji di sebuah keluarga jutawan atau dipenjarakan.

Drama popular dalam slot Hito Idol

Sunshine akhirnya bersetuju untuk bekerja sebagai pembantu rumah Yaxin seorang CEO sebuah syarikat kecantikan. Bagaikan sebuah kisah dongeng, Sunshine dan Yaxin saling jatuh cinta.

Konflik timbul apabila Yaxin dibelot Gun Fei yang merupakan rakan baik beliau. Sementara itu Angela yang cemburu dengan perhubungan Yaxin dan Sunshine cuba mencari jalan memutuskan hubungan cinta mereka berdua.

Drama ini sarat dengan konflik dan drama tetapi turut menyelitkan unsur komedi yang pasti membuat penonton terus melekat di kaca televisyen masing-masing. Apakah yang bakal terjadi kepada percintaan Yaxin dan Sunshine? Apakah rancangan Gun Fei dan Angela untuk mencapai impian masing-masing?

“Drama ini pasti dinanti-nantikan peminat kerana barisan pelakon yang membintangi drama hebat ini. Jalan cerita yang kemas dan menarik, semestinya membuatkan anda tidak sabar menanti kesudahan drama ini,” kata Cik Airin Zainul, Pengurus Besar 8TV dan ntv7.

Tandakan kalendar anda, saksikan drama popular SUNNY GIRL setiap Sabtu jam 6.30 petang hingga 8.00 malam bermula 18 Februari 2012 secara PERCUMA, eksklusif di saluran hip 8TV!

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan rancangan kegemaran anda secara percuma hanya di 8TV. 8TV boleh ditonton menerusi saluran Astro 708. Anda juga boleh menonton program-program 8TV di laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my atau ikuti kami menerusi www.facebook.com/8TVfb , www.twitter.com/8tv dan www.youtube.com/8tvaddicts

Drama popular dalam slot Hito Idol

Drama popular dalam slot Hito Idol

Drama popular dalam slot Hito Idol

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Evanescence di KL Live Malam Ini

Promo Seats Available AirAsia’s Asia On Sale