in

Drama Perempuan Istimewa Syawal Di TV2

DRAMA PEREMPUAN ISTIMEWA SYAWAL DI TV2

Menerusi saluran Dunia Ria, TV2, RTM akan menyajikan drama terbaik bagi memenuhi citarasa para penonton. Pada 25 September 2009, Jumaat jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari menerusi slot Panggung RTM di TV2 drama Perempuan akan menemui penonton. Drama ini menampilkan pelakon seperti Dira Abu  Zahar, Syed Ali, Zoey Tan, Tony Eusoff, Syed Aiman, Rozie Rashid,  Azri Iskandar, Khatijah Tan dan  Zila Bakarin.

Mengisahkan tentang dua perempuan yang mempunyai latar belakang kehidupan berbeza, berlainan agama dan dugaan dalam hidup mereka. Dua perempuan ini telah dipertemukan dalam ruang perasaan secara rohani, namun tidak pernah bersua secara nyata. Dua perempuan ini pada hakikatnya ingin mencari bahagia dalam kehidupan masing-masing. Namun, Ramadan tahun ini memberi hidayah serta petunjuk kepada mereka. Pengalaman yang dilalui selama ini telah menjadi pengajaran bagi dua perempuan ini.

Namun, apakah pengalaman lalu benar-benar akan merubah hidup dua perempuan ini? Kehadiran Syawal begitu dinantikan oleh dua perempuan ini dan Syawal sebagai hari kemenangan telah mengubah hakikat diri mereka berdua secara keseluruhan. Satu perubahan yang diredhai, yang diserikan oleh hidayah dari Allah pastinya diinginkan oleh mereka.

Jangan lepaskan peluang menonton kesudahan drama ini yang pasti akan meruntun jiwa anda. Ikuti drama khas Syawal menerusi  slot Panggung RTM dalam Perempuan yang bersiaran pada hari Jumaat, 25 September 2009 jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengahari di TV2.

Zoey Tan & Dira pegang watak utama

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rabbani, Ina Naim & Far East Dalam Daurah NMI Khas Raya

Las Vegas Musim Ke-4