• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Drama Osman Baku Arahan Rahim Razali

3
  • by Budiey
  • in Drama · TV2
  • — 3 Oct, 2012

13 Episod “Osman Baku” Ajak Penonton Betulkan Bahasa Secara Santai Di TV2

Bayangkan semasa anda berjalan lalu terpandang kain rentang yang pasang di tepi jalan yang tertulis “Kempen Menderma Dadah”. Apakah yang bermain di minda anda? Pastinya ia membawa maksud negatif sedangkan hakikatnya penyebaran makluman mahu mengajak orang ramai melakukan kebaikan dengan menderma darah.

Cuba mengajak orang ramai peka terhadap kesalahan ejaan dan bahasa rojak yang dianggap memudahkan dalam kehidupan seharian, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan drama rantaian bertajuk “Osman Baku” yang menemui penonton mulai 2 Oktober 2012, setiap Selasa, jam 9.30 malam menerusi saluran TV2.

Dilakonkan watak utamanya oleh Dato’ Rahim Razali yang membawa watak Osman Baku, drama 13 episod ini turut menampilkan pelakon Nur Maslina, Kaza, Sheila Mambo, Achong, Jegan, Tan Ting dan Syawal AF.

Osman_Baku_Poster

SINOPSIS DRAMA OSMAN BAKU

Mengisahkan pesara guru Bahasa Melayu, Osman Baku yang menjalani kehidupan sehariannya setelah bersara daripada mengajar. Sudah menjadi aktiviti rutinnya untuk ke warung kopi Ali Mamak sambil ditemani dua teman baiknya, Chan dan Samy.

Sesuatu yang menjadi kepantangan bagi Osman Baku apabila ada orang yang menggunakan bahasa rojak atau bahasa slanga dalam perbualan mahupun ejaan. Sebagai guru Bahasa Melayu, dia selalu menggunakan bahasa baku hingga dia mendapat gelaran Osman Baku oleh Kudin, pemuda yang selalu mencetuskan kacau bilau di kampung mereka.

Satu hari Osman Baku mengamuk besar setelah mendengar perbualan orang kampung yang duduk di kedai kopi menggunakan bahasa rojak dan slanga berbual sesama mereka. Maka bertempiaranlah semua orang bila melihat Osman Baku mengamuk termasuklah Kudin yang termasuk ke dalam longkang lalu ditertawakan teman-temannya. Itulah titik mulanya Kudin menyimpan dendam terhadap Osman Baku.

Chan dan Samy bimbangkan soal Osman Baku yang sukar mengawal kemarahannya lalu memperkenalkannya dengan seorang pakar psikiatri, Dr. Jaapar. Meskipun pada mulanya dia berkeras tidak mahu namun akhirnya hati Osman Baku terpujuk juga untuk berubat.

Pada masa sama Osman Baku berperang dengan perasaan sendiri bila anak gadisnya, Milah nekad melarikan diri bila Osman Baku menolak pilihan hatinya, Manap yang datang meminang. Apatahlagi sebelum ini beberapa orang pemuda yang meminang Milah juga mengalami situasi sama. Semuanya berpunca daripada sikap ego Osman Baku yang mahukan jodoh anaknya menggunakan bahasa Melayu yang tepat dalam kehidupan seharian. Milah nekad tinggal di bandar apatahlagi dia sudah diterima mengajar di sana.

Kudin pula tidak sudah-sudah membuat angkara. Dia sengaja menaburkan pelbagai fitnah mahu memburuk-burukkan Osman Baku. Osman Baku yang sedang runsing tidak dapat melakukan apa-apa. Kemarahan Kudin tambah membuak bila Timah, wanita yang diminatinya seringkali bertegur sapa dengan seterunya itu. Hakikatnya Timah simpati dengan nasib menimpa Osman Baku dan berniat mahu menyatukan semula lelaki itu dengan anaknya, Milah.

Kemuncaknya bila Kudin cuba ‘memerangkap’ Osman Baku dan Milah yang dikatakan berdua-duaan di rumah. Namun sebenarnya ketika itu Manap yang tanpa diduga merupakan anak Timah turut berada dalam rumah. Tindakan Kudin nyata memalukan dirinya sendiri. Lalu apakah kesudahannya?

BABAK DALAM OSMAN BAKU

babak ketika Osman Baku bertemu Pakar Psikiatri

watak Milah dan Manap

Osman_Baku_Poster

Komen via Facebook

Komen

Share

Tags: AchongArtis VeterenCrawlerdrama bersiriGossip Nur MaslinaGossip Syawal AFJeganKazaOsman BakuRahim RazaliSenarai Artis MalaysiaSheila MamboSinopsis Drama Osman BakuTan TingTV2youtube

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Pertandingan Futsal Neon Cabaran Skor Dashing
  • Next story Butik Uniqlo Dibuka di Sunway Pyramid & Paradigm Mall

ENTRI BERKAITAN

  • Nominations 59th Annual Emmy Awards & Ramalan Budiey 5 Sep, 2007
  • Drama Jam Lif Ke Cinta Lakonan Jue Aziz & Pekin 28 Apr, 2011
  • Drama Cut Amirah 1 Jun, 2011
  • Wan Sharmila Jadi Wanita Tabah Dalam Slot Citra Arah Lain Ke Syurga 22 May, 2012

3 Comments

  1. TakSukaBahasaRojak says:
    Thursday, October 18, 2012 at 12:48 pm

    Saya suka drama ni dari drama melayu berbahasa rojak yang disiarkan di stesen televisyen swasta dan berbayar . Sudah 55 tahun malaysia merdeka sepatutnya rakyat malaysia tanpa mengira kaum seharusnya boleh bertutur bahasa melayu dengan baik tapi fikiran mereka masih dijajah inggeris. Tak salah berbahasa inggeris tapi jangan campur-adukkan ia dengan bahasa melayu. Kita seharusnya bangga dengan bahasa kebangsaan kita. Walaupun rojak tu sedap dimakan tapi kalau makan hari-hari tak baik untuk kesihatan.

  2. Just Anonymous says:
    Saturday, November 24, 2012 at 8:51 pm

    haha! saya sukalah tengok pakcik Osman bila tegur kesalahan bahasa Melayu pada orang lain. selepas ini, bahasa Melayu sekarang mesti sudah semakin dipertingkatkan. (adakah komen saya pun baku?)

  3. Hanya aku says:
    Thursday, December 13, 2012 at 1:55 am

    Salam semua..saya tertanya-tanya dan tercari-cari.. Di mana nak cari lagu atau lirik lagu “siapa kita”???
    Tolong beri maklumat ya..terima kasih
    [email protected]

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • MAYA KARIN – BINTANG SYURGA

    Bintang Syurga
  • SEARCH

  • TERKINI

    • Muat Turun Aplikasi Rexona Move & Menang iPad Mini
    • Zahiril Adzim & Shera Aiyob Dapat Anak Lelaki
    • Betul Ke Hani Hatim & Aidid Marcello Hos Baru Hip TV?
    • Air France Taja Tiket Terbang ke Paris Untuk Pemenang GM2
    • Imam Muda Asyraf Lancar Album Nasyid Pertama
    • Peraduan Jom Menonton Filem MAN OF STEEL™
    • Betul Ke Faizal Tahir Digam oleh Media Prima?
    • Photos World War Z Live In Sunway Lagoon
    • Peluang Kedua Buat Peserta Ceria Popstar Yang Tersingkir
    • Kemewahan Bali di Nusa Dua Beach Hotel & Spa
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • konsert-mega-bintangUlasan Konsert Mega Bintang Trinity All-StarTuesday, June 18, 2013
    • linkinKonsert Jelajah Dunia 2013 Linkin Park Living Things Di MalaysiaMonday, June 17, 2013
    • sharifah-ainiSebab Kenapa Malam Amal Bersama Tiga Diva DitundaFriday, June 14, 2013
    • pesawatGood Vibes Festival 2013Wednesday, June 12, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • muhammad aisy aniq nabihan bin ahmad fadzil on:Marion Caunter Hamil Anak Kedua
    • zulruzaini on:Noraniza Idris Lancar Program Pelancongan Sanggar Budaya
    • Mistazam on:Gambar Emma Maembong di Anugerah Blokbuster 2
    • nura on:Najwa Latif Sambung Belajar di Unitar International University
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    22Jun2013

    G-Dragon World Tour: One of a Kind

    Dari 08:00 PM hingga 11:30 PM

    di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

    Find out more...

    23Jun2013

    Showcase Dayang Nurfaizah @ The Venue

    Dari 08:30 PM hingga 10:30 PM

    di The Venue, Pavilion KL

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Muat Turun Aplikasi Rexona Move & Menang iPad Mini
    • Zahiril Adzim & Shera Aiyob Dapat Anak Lelaki
    • Betul Ke Hani Hatim & Aidid Marcello Hos Baru Hip TV?
    • Air France Taja Tiket Terbang ke Paris Untuk Pemenang GM2
    • Imam Muda Asyraf Lancar Album Nasyid Pertama
    • Peraduan Jom Menonton Filem MAN OF STEEL™
    • Betul Ke Faizal Tahir Digam oleh Media Prima?
    • Photos World War Z Live In Sunway Lagoon
    • Peluang Kedua Buat Peserta Ceria Popstar Yang Tersingkir
    • Kemewahan Bali di Nusa Dua Beach Hotel & Spa
  • KALENDAR

    June 2013
    M T W T F S S
    « May    
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan Di Sini

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.