Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Drama Nur Kasih Lakonan Remy Ishak



Masih adakah lagi perkahwinan yang diaturkan pada zaman moden ini? Kerana menurut kata ayahnya, Aidil terpaksa berkorban apabila ayahnya menjodohkan adiknya Adam, dengan gadis yang dicintainya, Nur Amina. Adam pula terpaksa menurut walaupun dia mencintai gadis lain. Nur Amina juga terpaksa menurut walaupun dia bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran. Kerana orang tua, 3 jiwa menderita. Apakah yang terjadi selanjutnya?  

Inilah yang akan dipaparkan melalui siri ‘Nur Kasih’ yang bakal menemui penonton-penonton TV3 mulai 29 Mei 2009. Siri ini bakal men am pilkan pelakon-pelakon hebat seperti Dato’ Jalaluddin Hassan, Fizz Fairuz, Remy Ishak, Tiz Zakiah, Liza Othman, Sharifah Sofea dan Ummi Nazeera.

Saksikan Remy Ishak dalam Nur Kasih

Tags: ,

Tags: ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Remy Ishak di Malam Gala Nur Kasih The Movie
  • Remy Ishak Cedera Dalam Kemalangan
  • Gambar Remy Ishak di Karnival Inspirasi TV3
  • Remy Ishak Bergaduh Dengan Ummi Nazeera
  • Remy Ishak Si Koboi Jahat
  • Gambar Remy Ishak Dalam Drama Nur Kasih
  • Filem Akuarium Cinta Arahan Osman Ali
  • Video Tiz Zaqyah Nyanyi Kisah Hati Buat Remy Ishak
  • Gambar Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz, Remy Ishak di Jordan
  • Drama Bersiri Epik Arjuna Lakonan Remy Ishak



  • 68 Komen untuk entri “Drama Nur Kasih Lakonan Remy Ishak”

    1. KASIH kata:

      pada pendapat saya,remi ishak kurang menyerlah dalam melakonkan watak jahat,dan sebaliknya watak fizz fairuz yg memegang watak baik.ini kerana banyak watak yg dipegang oleh fizz berjaya dilakonkan dengan baik sekali untuk watak jahat.saya sgt sukakan jalan cerita yg disampaikan,simple ,mudah difaham.so mungkin watak jugak memainkan peranan penting,ini juga adalah berdasarkan kepada saya sebagai peminat cerita2 melayu yg berceritakan tentang agama islam di malaysia.

    2. saiful hakim kata:

      caerita ni different dr cerita yg len .
      gambar yg menarik
      mahal kamera pakai. haha.
      then lg satu la nak komen kan
      cerita ni islamic but
      amina , sara bukak tudung gak dlm drama ni
      apa cer.

    3. nur kata:

      watak remy dlm ni sgt best ,sbb bjaya bjaya membuat kami menyampah sgt dgn watak jahat tu.HU3 yang plg best dr segi lighting sgt best citer ni.lagi satu rsa-rsanyer dr segi lighting ,angle,dan composition ,colour mmg setaraf mcm cter org putih,Macam ni lah bru best,Even kalau dlm dunia pfilemAn M’sia x leh nk buat mcm cter yang mengarut atau x logik tp dgn mgunakan citer2 islamic pun best..lg best dr citer org putih.tp paling yang sya suke citer ni colour2 + lighting dlm citer ni.TAHNIAH

    4. tasya kata:

      bg sye kn..remy kalo mmegang watak romentik or hero mesti best…owg tak kenal boleh jd kenal la……..

    5. naa kata:

      saya suka sangat jalan cerita ini.Tapi saya kurang minat dengan watak remy tapi saya suka fizz.Watak amina nampak kaku skett…..jalaludin hassan nampak kejam sangatt…….

    6. ira kata:

      Kdg 2x saya kasihan kat Fizz Fairuz sbab terpaksa berkorban tuk org
      lain.Remy plak….lakonan dia bley tahan jugak lah.Walau pun kadangkala
      meluat gak.Isk,kasihan Aidil kan ?Apapun,lakonan dia orang memang
      mantap.Pendek kate,filem nier memang sesuai tuk ditonton oleh
      setiap lapisan masyarakat.

    7. barutengok kata:

      dah nama pun drama yg memaparkan realiti kehidupan… dalam hidup memang la pompuan xpakai tudung dlm umah….

    8. penelope kata:

      watak remy jahat la

    9. penelope kata:

      i think tiz zakiah is a good actress match with remy ishak outside drama.why sara so jelous with her own sister.. sharifah sofea tak ngam cos she action.anyway, i love diz drama.

    10. shafikah kata:

      cerita ini memang best, saya harap lebih banyak drama seperti ini dihasilkan suatu hari nanti

    11. ain kata:

      Cerita nie memang best..Islamiah…tapi kesian tengok sebab ada hati² yang memberontak..tak sabar tunggu episod² yg akan datang…

    12. bubblybuuu kata:

      crita ni sgt bez
      remy hensom gila la kot.
      ok apa dia jd jahat.
      menjadi habis..
      gmbar, lighting suma mmg mantap.

    13. emsura kata:

      ini lah msnya kita ‘pandang’ produk berkualiti keluaran negara kita..

    14. zyco kata:

      cter ni memg best gler, klau ada jual cd, aku bile ni..cter dia ada unsur nasihat n not too heavy..aku ska watak fizz n remy..diorg bersahaja..memg sempoi la korg..cam cter NOVEL pun ada gk…director dia pn tiptop..congrate to all of u

    15. alan pams kata:

      lakonan sume mantap…tahniah n 5 star 4 remy coz dpt bawa watak dgn jaya coz sape tgk watak remy memg rasa nak bagi je pelempang..fizz pon x kurg hebat..dialog ok…tp paling tip top picture n lightning memg best…

    16. unguQASEH kata:

      suke tgok citer nih…… layannnnn……….

    17. iena-82 kata:

      Remy Ishak memang best lakonan dia…

      tapi garang sangat lah watak dia.. sian Fizz Fairuz ayisk mengalah je ngn adik dia.. huhuhu… sedih nye!
      Tak sabar nak tunggu apa jadi dgn perkahwinan dia dgn nur aminah yang cute tue…

    18. nur kata:

      cter ni mmg best gler,cam kisah dlm nvel lar…tp 1 jew kurang main 1 kali dlm sminggu..kan best klu main 2 kali sminggu…remy ishak 2 encem lar.hehehe

    19. emsura kata:

      1st tgk cite ni saya dh btl2 tertarik, full sense of human value.. sape2 je yg tgk cite ni akan byk bfikir ttg kehidupan yg kita lalui selama ni. frankly to say la media hiburan pun byk mendidik juga. anyway to mr khabir bhatia – keep ur good work.

    20. shana kata:

      tahniah la coz drama ini memamng lai dari yg lain.

    21. sasha kata:

      gambar menarik

    22. shaha kata:

      tahniah juga…saya minat citer ni…memang lain dari yang lain n kualiti gambar yang baik…tahniah

    23. eby kata:

      cite ni mmg best..
      sye ni bkan ske sgt tngok cite mlayu..
      tp bile cite ni mmg sye terpikat la..
      walau pn sye ni bdk asrama..
      tp sngup tngok..
      nasib bek ari jumaat..
      tp.. cite ni iklan lame sgt….

    24. Insaaan kata:

      Salam….cerita yang menarik…keagamaan, kemelayuan, moral. Patut bnyakkan drama2 seperti ini. Cara penyampaian mesej yang mudah difahami…. Lakonan para pelakon mantap…..memenuhi kehendak jln cerita….. Patut bnyakkan dram2 filem seperti ini yang berkualiti…kebnyakan filem or dram sekarang bnyak mengkut acuan2 barat or indon……nurkasih menampiklkan kelainan dan berjaya. Sya jenis tidak menonton TV sgt….cerita nurkasih amat menarik…..keep up the gud performance…..ws

    25. Insaaan kata:

      Salam…..Kalo bole kuarkan CD or DVD saya nak buat koleksi…. :p Serius…cerita2 mcm ni saya suke simpan n tonton berulang kali……
      Bnyakkan cerita berunsur keagamaan…..Orang kita sekarang lupa…n perlukan peringatn…..Insyallah….Pendekatan seprti ini amat2 membantu…..lebh2 lagi kita sekarang diakhir zaman ini….bnyk2 kan amalan… Ws Kuarkan Koleksi Cd or DVD nurkasih….PLIZZZ Ws

    26. andalusia kata:

      citer ni memg unik r. tapi ksian la kat aidil..terpaksa bkorban tuk org lein.tp apa2 pun lakonan fiz fairuz memg best….

    27. asnida kata:

      watak mereka semua mmg menyerlah, sy suke
      cerita ini disiarkn kerna bnyk teladan2 yg bleh didapati.

    28. syakirah kata:

      sy sgt suke cerita ini disiarkn. chayok.

    29. zaa_ikram kata:

      besh..hmm..kalo wtak aidil tu bg dkat zul yahya, sure lg sesuai..bkn pe,fiz tgk cm kureng seswai jdi ustaz..air muka ia cm gnaz ckit..hehehe sowie…tp,lakonan dia mmg mntap..

    30. julies kata:

      Polt cerita yang menarik dan mengandungi mesej yang mudah untuk difahami. Watak Aidil dan Adam berjaya dihidupkan dengan baik. Watak Amina dan Sara juga menjadi penyeri jalan cerita walaupun Amina bersifat lembut manakala Sara sebaliknya. Lakonan hebat Datuk Jalaludin, Liza Othman dan lain-lain tidak dinafikan. Drama ini berjaya menjadikan penonton berasa sedih, marah ,benci dan insaf. Sesuai ditonton oleh semua peringkat. Pada pandangan saya ‘ramuan’ drama ini cukup ‘sedap’ hinggakan penonton tidak sabar menunggu ketibaan hari Sabtu. Tahniah kepada penerbit, pengarah, penulis skrip dll. Filem kita wajah kita! Terus berkarya. Mungkinkah Nur Kasih difilemkan?

    31. HILMI kata:

      SAYA RASA TAK SABAR NAK TENGOK CTA NI HABIS

    32. Fazidah kata:

      mmmm suka tengok drama ni…
      my mum terlebih suka sampai bila time drama ni dia tidak boleh diganggu kerana takut hilang konsentrasi ):

      tahniah juga pada Remy i guess lakonan dia menjadi sebab kekakang meluat juga tengok dia…. tapi Fizz rasanya kesian ..

      anyway…. tahniah le pada semua

    33. marlia kata:

      suke sangat cite ni..lepas ni buat novel pulak tau.mesti laku punyalah…ke mmg dah ade novel nya? tp tadi sy baru carik kat kedai takde pulak..tak sabar nak tengok next episode…

    34. duri rebung kata:

      best betullah citer nih. aku tengok je…boleh nangis. tapi tengok je watak adam, kejam sangatla pulak watak tu, naik benci aku. tapi, lakonan daiorang betul2 menjadi dan citer ni menyentuh perasaan aku. tahniah!

    35. kagome kata:

      Drama yg penuh dgn realiti kehidupan, sungguh menusuk kalbu. Drama sprti ini perlu diteruskan.Saya harap ending yg sempurna..

    36. rim tayar kata:

      kesian awk marlia…
      nasib bek sy xg kedai g cari buku 2….
      klu ad jual ckp kt saya ek…
      luv u…..
      papepun cite nie best…

    37. abe mat kata:

      sy nk tye…mano blh dpt lagu ost nur kasih nih? n ape tajuk n namo pnyanyi

    38. nys kata:

      ape la si saiful hakim nih..
      nk komen 2 pk ler..
      mmg ler drama islamic..
      ini kan lakonan..
      kalo bebetol pn kat umah mne org mne pakai tudung..
      apela..

    39. jugah kata:

      best gler…….

    40. Asmar kata:

      Memang sgt menarik cite ni. Kelas gitu. Sya mmg jrng nak tgk drama2 ni sb cite dia lebih kurang sama je. Balik2 cite org2 koporat atau kisah anak2 muda yg tak keruan tapi entah mcmana tertengok cite ni , terus saya melekat. Cite dia lain dari yg lain. Feeling habis la. Jarang ada drama melayu yang cam gini. Tak sabau nak tunggu ep akan dtg. Tahniah pd semua.

    41. minatgilerrr kata:

      drama nie memeng best…len dr yg len…watak semua mmg mnjadi..tp sy kcwa knp ssh sgt nk tgk gna intrnt…sy bdk uitm ssh nk tgk kat bilik tv sbb bkan smua nak tgk drama nie..hrap klu ad phak tv3 bca tlg la..saya cma dpt bca sinopsis ja ptg td…so please…tq..n klu ada spa2 yg tau cara len nakutk tgk drama nie gna intrnet tlg inform.send kat firzzduka@yahoo.com

    42. zara kata:

      tahniah kepada semua yang menjayakan drama ni!
      memang mantap, lain dari yang lain! patut banyakkan lagi drama yg berkualiti mcm ni..
      tak sabar tunggu episod seterusnya..

    43. ITA KATA kata:

      X SBR NK TNGGU JMAAT DPN… KLAU BLEH NAK TGOK TROS SMPAI ABIS! TAHNIAH!!!!!

    44. lotus kata:

      best2..citer dia best..remy ke…fizz ke..tiz ke..semenyer pd sy amat fresh… gambar..AGAIN..sgt cantik, credit bg this drama’s crews…owh..confuse nk sokong tiz ngan saper…

    45. dak manje kata:

      i mnympah tgk remy..da ad wife tp men nan pepuan len.i dspointed 2 her wife..dlm drama ni je i menyampah..law kat lua 2 hensem kn dier….hehehehehe

    46. sue kata:

      salam..suka melihat konflik dalaman watak remy ishak…tahnaiah anda berjaya membawa watak adam dengan baik,manakala fizz mmg handal ngan watak aidil seorang yang serba salah dalam meneruskan hasrat hatinya..maklumlah…jatuh cinta pada adik ipar..manakal watak nur amina..mmg baik serba salah dan dalam masa yang sama cuba mendapatkan haknya selama 4 thun diaabikan…kesianlah..terharu….

    47. saya kata:

      remy speaking kelakar.. hihi.. love the drama.. ;)

    48. diyana damiya kata:

      best lah tengok drama nur kasih ni. sangat menyentuh hati.

    49. Che' Na kata:

      Laa…drama ni dah lama rupanya. Aku tertinggal kapal daa…First time tengok pada 15 August hari tu. Tu pun sbb tertengok, tak sangka pulak drama ni best giler. Especially lakonan mantap Remy Ishak. Lakonan dia tak kaku dan tak terlalu over. Mmg natural. Fiz Fairuz tu mmg dah tahu dia pelakon yg bagus. Begitu dgn Tiz, pelakon yg baik. Pendek kata mmg drama ni ada kelasss!!!

    50. ema kata:

      bg saya..drama nur kasih ni best gler…amat menyentuh perasaan…

    51. nurelissa kata:

      askum…sya tak pernah tgk ceta ni sblm ni..tpi bila kat ofic waktu lepak semua ceta pasal ceta nur kasih ni…terpangil sya tgk kat you tube upa2 apa yg staff ckap tu betul mmg best giler ceta skrng ni tak sabar nak tunggu hari jumaat utk nak tgk ceta ni..apa2 pun tahniah utk semua yg terlibat dalam mnjayakan ceta ni..mmg best 5 star utk ceta ni.. kalau bole main la 2x seminggu baru la best…arap lepas ni kuarkan la novel tntang ceta ni …apa pun tahniah utk semua pelakun kerna berjaya buatkan ceta NURKASIH seindah namanya… :)

    52. cute kata:

      best..best..best….

    53. adamaddict kata:

      watak ADAM dlm NUR KASIH mmg best. terutama bla dia panggil NUR AMINA dgn nama penuh. SOOOOO SWEET…..

      Kita memang x boleh jd org lain, tp kita bleh jd org yg lbih baik. -ADAM

    54. AIN MUNIRAH kata:

      Saya suka watak yang dilakonkan oleh Remy.Saya suka sangat……

    55. lili kata:

      watak aidil yg dilakonkan oleh fizz best woo.. Remy pun best gak.. harap2 pelakon dlam cerita ni boleh jd islamic diluar cerita ni jgk la yeee… lagi satu watak katrina yg dilakonkan syrifah sofia pun ok gak aperrrr… walaupun die org putih, tp hati die baik.. sgt mencintai adam sepenuh hati… cume watak die 2 die orang putih yang sosial… kalo ilangkan terus watak die dalam drama ni cam x adil la kan… wat la die berubah supaya berubah jadi baik cam nur mina 2 kerrr…. pas2 berbaik ngan amina… ape salahnye kannn…..

    56. ika kata:

      best gile cite ni saye suke nur aminah ngan remy.sweet gile

    57. ika kata:

      best cite ni saye suke nur aminah ngan remy.sweet

    58. SHIMA PULAK KATE kata:

      suka sgt ngan smua watak especially adam,nur amina,aidil ngan mak jah. susah nak dpt mak mertua cam mak jah, untung nur amina. suka adegan adam ngan nur mase masing2 meluahkan perasaan. soooo sweetttt. tapi skarang dah ade gangguan fr 2nd wife. nur terpaksa berkorban lagi…..

    59. jai kata:

      saya akan cuba jadi ibu mertua yang baik seperti mak jah. cerita yang sangat-sangat menarik

    60. Ayu Melissa Adrianos Shah kata:

      Tahniah dan syabas kepada pelakon2 NUR KASIH kerana berjaya melakonkan watak dengan berkesan dan menyentuh jiwa… setiap individu dpt menghayati lakonan masing2… cerita bagus dan lokasi yg baik dan cantik.. pelakon2 dan crew2 berjaya menjalankan tugas dengan baik.. last but not least Mr Khabir Bhatia.. hope to see new and quality drama from u.. 2 thumbs up for u…

      adios
      Ayu Melissa Adrianos Shah

    61. wai,pulau sebatik kata:

      sye rase citer ni paling best giler..kalo nak tgok citer ni je mesti kuarkan airmata……

    62. nurkasihspecial kata:

      Dapatkan set DVD ‘Nur Kasih’ melalui pembelian secara online dan nikmati diskaun20% dari harga asal RM99, sebanyak RM79.20 (tidak termasuk kospenghantaran).

      Layari http://www.tv3.com.my/nurkasih sekarang!!

    63. aisyah~ kata:

      cite ni mmg best pown..cite ni cam cite lam novel,tu yg wat ak terus tgop cite ni..mmg best dow..hup cite ni ley dkluarkan lam bntuk novel n filem..remy n tiz,memang mantap abis seyh!!

    64. ieyka kata:

      bes gler r cter nie…laen dr yg laen….remy ishak ensem gler…….

    65. putri ida kata:

      cerita nurkasih memang best..tahniah dan syabas buat para pelakun.terutama si remy bole setanding roysham nor.

    66. amilia kata:

      saya suka sangat ngan cita ni, wlupun siaran ulangan dimainkan semula di tv3, saya tetap tidak melepaskan peluang untuk tengok lg cita ni… watak adam & nur amina serta aidil & mak jah banyak membantu dalam kehebatan cita ni.. saya suka sangat!!! hope remy & tiz bercinta betul2 bukan dalam drama ja coz dorg sweet sgt!!! sesuai!!!!

    67. memet kata:

      to baru tengok:
      dalam realiti ney memang ada perempuan pakai tudung di rumah lagi2 bila tinggal dengan keluarga mentua n ipar duai…cuma hanya yang benar2 menjalankan syariat agama untuk menjaga maruah diri sahaja yang benar2 melakukan realiti tersebut…tapi hakikatnya memang ada.. Nur kasih memaparkan kehidupan keluarga yang benar2 menjalankan syariat tersebut..
      harap awak mengerti ..(^_^)

    68. wani kata:

      saya suka tengok cerita nurkasih

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK