in ,

Drama Nasi Kerabu Mek Bunga di TV2

DRAMA MENARIK NASI KERABU MEK BUNGA DI TV2

Makanan mampu menyatukan semua kaum di Malaysia termasuklah hidangan Nasi Kerabu sememangnya popular di kalangan penduduk kawasan pantai timur membabitkan negeri Kelantan dan Terengganu. Begitu pun kini ianya cukup tersohor di seluruh negara dan digemari seluruh masyarakat tanpa mengira kaum. Kepada sesiapa yang mencuba sekali sahaja pasti mampu membayangkan keenakkan nasi yang lazimnya berwarna biru itu.

Justeru sebagai mengangkat makanan tradisi ini ke layar kaca pada sisi yang lain daripada kebiasaannya dengan menyiarkan program-program masakan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebuah drama menarik bertajuk Nasi Kerabu Mek Bunga pada 8 Mei ini (Sabtu), jam 10.00 pagi di TV2 yang dibintangi barisan pelakon seperti Norseha, Mandy Chong, IIyas Omar, Ko Siu Sie, Nisha Dirr, Wan Hanafi Su dan Ucop Cecupak.

Nasi Kerabu Mek Bunga mengisahkan dua sahabat baik dan ibu tunggal berniaga dan memperjuangkan makanan tradisional iaitu Nasi Kerabu. Siti Zubedah lebih di kenali sebagai Mek berketurunan melayu berkawan rapat dengan Bunga (Kim Fai) berketurunan cina. Bunga dalam bahasa cina iaitu ‘Fai’. Mereka berkawan rapat sejak dari kecil lagi.

Pak Salleh yang berniaga di belakang kedai yang hanya menjual makanan berlauk mencebik sahaja. Jauh di sudut hatinya dia merasa sakit hati. Ini menambahkan pula bara di hati Pak Salleh kerana dia ada menyimpan perasaan terhadap Mek dari dulu lagi, tetapi perasaan cintanya tidak terbalas.

Rizalman merupakan seorang jurusan graduan perniagaan anak kepada Mek, menyokong penuh usaha ibunya untuk memajukan perniagaan Nasi Kerabu Mek Bunga. Zuraini tunangnya menentang keras kerana dia beranggapan bahawa menjual Nasi Kerabu tidak menjamin masa depan. Dengan kelulusan yang ada pada Rizalman, Zuraini merasakan hanya sia-sia sahaja jikalau Rizalman meneruskan hasratnya untuk memperkembangkan perniagaan Nasi Kerabu.

Anak perempuan Bunga iaitu Siew Lan yang baru tamat pengajian dari luar negara pulang ke kampung dan berhasrat ingin memulakan perniagaan butik. Siew Lan menyuruh ibunya berhenti menjual Nasi Kerabu kerana Siew Lan beranggapan makanan tradisional iaitu Nasi Kerabu hanya mendapat sambutan dari kalangan-kalangan orang setempat sahaja (pantai timur). Ramai pelanggan-pelanggan sekarang lebih gemar memakan makanan segera seperti Western Food.

Setiap di pagi Mek, Bunga dan Siti Nor akan mencari daun-daun seperti medang punguk, larak, pitam, mata ayam, ketok, cekur manis, kulit bekor, pandan. Selain itu, mereka juga mencari ulam-ulaman yang segar untuk membuat perkakas Nasi Kerabu untuk pelanggan-pelanggan setia mereka.

Pak Salleh yang berada di belakang kedai tidak berpuas hati mula menyuruh dan mengupah 2 orang pekerjanya yang lurus bendul itu iaitu Wan Zul dan Nik Alias menabur fitnah menyatakan kedai Mek Bunga menggunakan pelaris yang diambil dari Gedung Siam (bomoh siam) untuk melariskan perniagaan mereka dan pelbagai tomahan yang dilemparkan kepada Mek dan Bunga.

Golongan isteri di kampung mereka yang tahu perkara itu mula merasa marah dan sakit hati dengan Mek Bunga kerana menyangkakan Mek dan Bunga ingin menggoda dan merampas suami mereka. Mereka lalu datang menyerang di kedai Mek Bunga dan memarahi suami-suami mereka yang berada di situ. Mek dan Bunga juga di serang.

Siew Lan yang keras kepala itu terus membuka butik tanpa usur periksa dan tidak diketahui olegh Bunga. Bunga merasa tersisih. Hanya Mek tempat Bunga mengadu. Siew Lan mengeluarkan modal dan membuat pinjaman along semata-mata untuk membuka perniagaan butiknya itu. Nasib malangnya pada hari itu, dia telah ditipu oleh Corie rakan yang baru dikenalinya. Corie telah melarikan duit modal perniagaan butik.

Kerana ingin menjatuhkan perniagaan Mek Bunga, Pak Salleh telah menyuruh Wan Zul dan Nik Alias untuk meletakkan racun tikus di perkakas Nasi Kerabu. Lalu bagaimanakah kesudahan perniagaan mereka? Adakah perniagaan yang yang diusahakan dengan sepenuh hati selama ini berkubur begitu sahaja dengan fitnah yang dilontar?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siaran Langsung Kejohanan Piala Thomas Uber 2010

Peraduan Jom Tonton WWII Lost Films History Channel