Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)











[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Drama Naluri di TV3

SLOT NALURI SIARKAN “HIDAYAH” DI TV3
Papar Drama Bersiri Tauladan Angkara Perbuatan Ingkar…

Slot Naluri diilhamkan dari majalah popular dari seberang berjudul Hidayah yang mengandungi pelbagi cerita menarik berunsurkan tema yang berkaitan yang mengetengahkan kisah iktibar dan pengajaran kepada manusia sejagat dari sudut agama Islam.

Kisah-kisah berlainan dipaparkan untuk setiap episod bertujuan memberikan pedoman dengan menekankan mesej bermoral yang menyeru agar penonton tidak lalai dan mengulangi salah laku yang sama seperti jalan cerita dan watak-watak yang dilakonkan.

Slot Naluri terdahulu memperkenalkan drama bersiri Taubat telah bersiaran sebanyak 27 episod berjaya mencapai kadar peratusan yang memberangsangkan terutama ketika siaran hari Jumaat sehingga mencecah 1.5 juta kadar penonton. Slot Naluri musim baru memperkenalkan satu lagi drama bersiri berjudul Hidayah bakal memaparkan 14 episod kisah-kisah berlainan yang menarik akan menemui penonton setiap hari Jumaat, jam 3.30 petang mulai 3 April 2009.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Pn Nurul Aini Abu Bakar, “TV3 sekali lagi mempelbagaikan kelompok penontonnya dengan mempersembahkan Slot Naluri dari Indonesia. Sesuai waktu tayangannya pada hari Jumaat, drama ini sesuai dijadikan santapan rohani dengan mengambil iktibar dan pedoman di setiap kisah yang dipertontonkan. Antara kisah-kisah menarik yang dapat ditonton tentang kehidupan yang tidak berjaya, perkara aneh berlaku di tanah perkuburan lantaran dosa yang menyelubungi dirinya dan penyakit yang tidak boleh dirawati kesan daripada penyalahgunaan ilmu hitam di mana semua perkara yang terjadi disebabkan oleh tindakan mereka sendiri yang tidak dapat mengawal nafsu duniawi dan terlalu ikutkan perasaan. Turut dipaparkan, cereka teladan iaitu kisah mereka yang dimuliakan kerana budi pekertinya yang dimilikinya untuk dijadikan pedoman dalam kehidupan seharian.”   

Drama bersiri Hidayah memberikan ilustrasi mengenai pembalasan yang akan diterima seseorang kesan dari kesalahan yang dilakukan di dunia. Elemen penting yang ditekankan di dalam program ini ialah di setiap kesudahan episod watak yang ingkar akan menerima petunjuk dan kemaafan dari Yang Maha Esa asalkan mereka bertaubat dan berjanji mahu berubah dan meninggalkan dosa-dosa yang dilakukan.

Episod pertama Hidayah berjudul Anak Durhaka Lumpuh Di Kubur mengisahkan tentang Mak Nuraini yang dikurniakan anak derhaka bernama Saad. Saad bukan sahaja tidak mermoral dan meninggalkan amalan syariat Islam malah sanggup mengasari ibunya sendiri.

Mak Nuraini sering tertekan dan bersedih di atas sikap derhaka anaknya itu namun berserah sahaja kepada kekuasaan Allah. Suatu hari, Mak Nuraini meninggal dunia dengan berkeadaan bersujud dan ketika jenazahnya hendak dimasukkan ke liang lahat satu kejadian aneh telah menimpa si anak derhaka, Saad. Apakah natijah yang menimpa Saad setelah ibunya meninggal tanpa memberikan keampunan kepadanya?

Para penonton dapat menyaksikan pelbagai kisah menarik lagi di dalam epiosd- epiosd seterusnya iaitu, Si Sombong Kaya Raya Jadi Babu, Akhir Hayat Seorang Hajjah Kikir Sekujur Tubuh Penuh Kudis, Kusir Sederhana, Sumpah Si Miskin Pada Orang Kaya Yang Pelit Dan Kikir, Seorang Pembantu Yang Dimuliakan Allah, Penyesalan Seorang Ibu Terhadap Anaknya, Pemimpin Zalim Setelah Dibunuh Gerombolan Pencuri Mayatnya Hangus Terbakar Tiba Tiba, Menipu Uang Derma Masjid, Maut Menjemput Sakarautul Maut Memanggil Manggil Para Pengurus Masjid, Wanita Solehan Jenazahnya Berbau Harum, Meninggal Setelah Tahu Hakikat Mengenakan Jilbab, Gemar Memasang Togel Rumah Hangus DiLalap Api, Meninggalnya Tengkulak Beras dan Perbudak Anak Yatim Piatu Mati Terhimpit Gerbong Kereta.

Tags: ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Finalis Anugerah Planet Muzik 2007
  • Watak & Sinopsis Kala Malam Bulan Mengambang
  • Sinopsis Drama Vice Versa Lakonan Fahrin Ahmad & Jason Chong
  • John Q dan What A Girl Wants di TV2
  • Lirik Lelaki Ini Anuar Zain Lagu Terbaru Anuar Zain
  • Gambar Terbaru Ziela Jalil Penerbit Drama Ceplon
  • Drama Paling Membosankan Untuk 2007
  • Teaser Drama Merah Puteh
  • Gossip Artis Lelaki Gay dibela Menteri Biseksual?
  • Konsert Showcase Samsons di Menara PGRM 11 Ogos ini



  • 5 Komen untuk entri “Drama Naluri di TV3”

    1. babyspice kata:

      Elok la buat citer camni dari buat citer cam misteri nusantara tu..

    2. june kata:

      ok gak citer gini wat panduan..tapi citer misteri nusantara tu pun ok pe..misteri2 gitu..

    3. juliet@taurus kata:

      as’kum..sy bkn nak kata apa y june kata 2 xbtl tp misteri nusantara 2 mcm x realistic langsung cz ia akn m’buat org y tkt kpd makhluk ALLAH m’jadi semakin tkt kpd makhluk ciptaan-NYA….tp betul kata babyspice buat cerita camni dpt m’buat org sedar….TERUS MAJU ‘NALURI’….

    4. jauh@pergi akhir nya sampai kata:

      akum’,sorry jika saya x percaya dengan crita2 misteri buat apa takut dengan crta2 mistri yang harus kalian takut kan hanya tuhan.

    5. gedegang kata:

      apa nama lagu untuk cita naluri tu ha?aku carik2 xdpt.lol

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!