Drama My Family, My Love 200 Episod di 8TV
200 episod drama bersiri ‘My Family, My Love’ mula bersiaran di 8TV.
Sebuah drama Hokkien bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat pada pukul 6.00 petang.
Hokkien Drama
My Family, My Love
Tarikh Siaran: setiap Isnin – Jumaat, 6pm – 7pm, bermula 30 December 2009
Bahasa : Mandarin
Jumlah episod : 200 x 60 minitBarisan pelakon : Liao Jun, Fang Wen Lin, Liu Zhi Han, Chen Guan Lin
My Family, My Love, 200 episod drama bersiri Hokkien yang mengisahkan tentang kesusahan seorang wakil rakyat yang dihormati, yang mendapati dirinya mempunyai seorang anak luar nikah dan bergelut untuk menyatukan kembali keluarganya. Drama ini akan menemui anda hanya di 8TV mulai 30 Disember 2009 dan ke udara bermula pada hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 6.00 petang.

Drama yang sarat dengan mesej ini membawa anda menyelami erti sebuah keluarga dan kehidupan mereka yang penuh dengan dugaan dan penderitaan. My Family, My Love pastinya menyentuh perasaan anda dengan jalan cerita yang cukup menarik.
Drama ini menceritakan kemuliaan seorang wakil rakyat yang diugut untuk meletakkan jawatannya demi menyembunyikan kewujudan anak gadisnya yang dilahirkan secara tidak sah suatu ketika dahulu.
Setelah beliau meletak jawatan, wujud perebutan kuasa di antara ahli keluarganya. Bekas wakil rakyat itu sedar bahawa dirinya harus bertanggungjawab untuk menyatukan kembali perbalahan yang telah berlaku antara ahli keluarganya dan pada masa yang sama beliau sentiasa berperang dengan perasaan tentang anak gadisnya itu. Namun begitu,bagaimana caranya untuk beliau menyimpan kisah hitam masa silamnya?
“My Family, My Love ialah sebuah epik yang akan menjadi tontonan anda semua. Tentunya ia adalah sebuah lagi drama Hokkien yang semestinya akan menemani anda setelah anda penat pulang dari bekerja.” kata Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim.
Drama bersiri ini dibintangi oleh Liao Jun, Fang Wen Lin, Liu Zhi Han and Chen Guan Lin.
Anda juga boleh menonton siaran 8TV menerusi saluran Astro 708.
Kini, anda juga boleh menonton rancangan kegemaran anda menerusi telefon bimbit di mobile.8tv.com.my. Selamat mononton!
Tags: 8TV, DramaClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





March 26th, 2010 at 10:02 pm
bukan komen sorry tapi saya nak tau bagaimana hendak tonton semula episod lepas drama bersiri my family my love yang tidak dapat dikuti di 8tv. tq
April 21st, 2010 at 9:33 pm
hai.. saya amat meminati cerita “MY LOVE MY FAMILY”. saya ingin tahu apakah tajuk lagu tema cerita ini serta penyanyinay.
Thank You… Please reply.
May 25th, 2010 at 1:08 pm
“MY LOVE MY FAMILY”. saya ingin tahu apakah tajuk lagu tema cerita ini serta penyanyi nya.
Thank You
June 18th, 2010 at 4:15 pm
hello,saya cuma nak komen kenapa bnyk sngt org jht dlm cite ni?menyakitkan hati betul.Tapi apapun cite ni memang best,sedih,funny and suspen…agak-agak wen long kawin x ngan perempuan jahat tu?
June 23rd, 2010 at 8:10 pm
citerr ne xderr kt you tube kerrr,,,,,,,,,
sbb bkn ari2 ley tgk,,,, syg sgt sbb citer ne BEST,,,,
July 15th, 2010 at 3:48 pm
napa tak letak citer ni kat youtube.tak sabar nak tgk ending dia. nak tgk xiao jing tu merana diakhir2 episod spt mana dia aniaya you hui. harap2 you hui akan tetak pilih wen long tu as her hubby.hu3….
July 15th, 2010 at 4:55 pm
cite best tp kdng2 wt kte suspen….geram pn ada gk …tp mmg menjadi…lyn je…
July 15th, 2010 at 4:58 pm
wen Long x kn kwin pny…cinta dia pd You Hoi…hehe..a’ah nk tgu kul 6 lmbt g….episod ari nie suspen giler…x sbo nk tgk…
July 16th, 2010 at 8:38 pm
hai..ble tak spa2 bg ceta yg hr ni pya episod sya tak dapat tgkla td…..plz laa spa2 yg sudi kongsi ceta td sya mau tau sangat….spa yg bongkar kejahatan xiou jing td ptg?..mcm mnla reaksi wen long time 2???????erhhh sya geramla td…klu tak jem jalan sya tntu sempat tgk!!!!!geram2!!!!!!
July 16th, 2010 at 8:41 pm
cubala drama ni ada d you tube tak la sya ketinggalan walaupun 1 minit…entah2 abis sd sya tgk drama ni…sakit hati!!!
July 17th, 2010 at 5:12 pm
ermm..smlm tgk citer my family,my love..
puas aty gle dpt tgk rahsia xiou jing trbongkar..
siap kene tampar 4 kali..
suspen gle laa smlm..
kesian wen long dpt tau byk rahsia di saat genting..
msty stress..
July 29th, 2010 at 4:39 pm
suke la cite ni.. aah nplah xdek kat utube???
August 13th, 2010 at 2:13 pm
cite nya memang ok lah i minat sngt tpi knpa tak ada kat u tube??????? kan best klau ada kat u tube juga spya peminat lain yng tak smpat ikuti drama harian masih boleh tonton mcm i ni slalu sbuk… hrap boleh tonton kat u tube ya…
August 14th, 2010 at 10:16 am
marah, geram, menyampah tengok you mei & xio jing. betul2 muka tembok perempuan 2 ekor ni. betul ke ada orang perangai macam tu? rasa macm nak masuk tv je nak lempang muka pompuan dua ni. baru puas hati ku. tak sabar nak tunggu ending.padan muka xiao jing betul2 kena leukemia.
August 14th, 2010 at 4:35 pm
suke ngok drama nie.
tp na tau you hui n wen long ad facebook ta? na add. minat sngt kat dy owg nie.
September 1st, 2010 at 3:21 pm
bukan komen sorry tapi saya nak tau bagaimana hendak tonton semula episod lepas drama bersiri my family my love yang tidak dapat dikuti di 8tv. tq
September 7th, 2010 at 10:15 pm
nk tanye, chen zhi hui baek ke jht..???
xdpt tgk sgt la.. trlalu sbuk..
tq.
September 16th, 2010 at 3:22 pm
erm,,,mcamana nak tgk cite yang lps ar…lma x tgk…asyik tertinggal jew…sekarang apa cita…?
October 3rd, 2010 at 12:44 pm
crta ni besttt..sangat..x sabar tgk ending dia..hehe
October 8th, 2010 at 7:52 pm
bila la..cita nie nk habis. da sakit hati sgt da nie. haih~
kate 200 episode…tp cam da lebeyh jew. btol ke 200 jer?
October 22nd, 2010 at 5:57 pm
cm ner nak tgk citer ni kat website…slalu terlepas tgk kat tv..
November 21st, 2010 at 12:35 am
ary isnin ni..my family my love dh msuk eps.198…
emmm..x sbrnyer na tgk eps last eps.200…ary rabu 24.11.10.
msty best ..lastly kejhtan chen zhi hui hmpr trbongkar..
smge wen long n you hui bahgie…
n you mei brsmgt idup dgn anknye…
kpd sume fans drama niy..
jgn x tgk eps akhir…
msty tgk tau…!love it…=D
November 22nd, 2010 at 6:46 pm
kt ne leh tgk ctr nie????sy xdpt tgk ctr nie sok n rabu…episode ctr nie dh nk hbs an????nk tau last cmne…
November 24th, 2010 at 6:47 pm
Kata sampai 200 episod??
Ni dah 200 episod x tamat pn.. mcm panjang je lagi episod dia.
November 24th, 2010 at 10:23 pm
Kata 200 episod… Tapi tengok tadi petang (episod 200) belum tamat pun. huhuhu
November 25th, 2010 at 3:48 pm
Well..my theory, actual drama maybe 200 episodes (1 hr each episode) but the advertisements within the 1 hr show each day may reach 20 – 30 min. Actual show just 30 min/day. So, we will have up to 400 episodes la (Sorry, just guessing)
November 25th, 2010 at 3:56 pm
200 episod drama bersiri ‘My Family, My Love’ mula bersiaran di 8TV.
Sebuah drama Hokkien bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat pada pukul 6.00 petang.
My Family, My Love
Bahasa : Mandarin
Jumlah episod : 200 x 60 minit (DICOPY DARI HEADING KAT ATAS TU)
(IKLAN KAT ASTRO SAMPAI 30 MIN, SO SETIAP HARI ADA LAGI SETENGAH CERITA NI BLUM TERSIAR)
November 26th, 2010 at 9:06 am
kenap cite ni x disiarkan d you tube
kerana saya ingin mengetahui akhir nye bagaimana
November 26th, 2010 at 4:50 pm
MY FAMILY MY LOVE ADALAH DRAMA YANG PALING TERBAIK DI DUNIA. SAYA SUKA DRAMA INI……….
December 3rd, 2010 at 12:34 am
..emmm..rse nye citer my family my love niy pnjg lge jln cerita….
bce at atas kate smpai 200 eps…
wat suspens je ary 2…tgk..
ingt an eps.last…
alamak jln citer niy makin rumit laa.geram tgk..
December 6th, 2010 at 9:43 pm
kna dah 200 episod x hbis2 ag…………………???
ala…….cpt r hbis…nk tau last…..
December 10th, 2010 at 9:03 am
MLMF mmg best……rahsia xioa wei dh nk terbongkr tktnyer……zhi hui mmg jaht n tamak kuasa…….dulu zhui hui baik tp bila dh kuasa mengabui mt cam tu lh jdnyer…………..you hui dh kawen dgn wen long n hidup bhgia…..skg sanyin dh nk bankrap….dpt selmt x sanyin ni…..lmbtnyer nk tamat citer ni….gerammm jdnyer……
December 15th, 2010 at 6:15 pm
chen zhi hui awak akan dipenjara…hahahhaa
December 16th, 2010 at 4:00 pm
you de akn terima balasan yang setimpal sbb meninggal kn ru yu…padahal anak yg dikandung oleh xio ging,bkn ank yau de…
December 16th, 2010 at 11:59 pm
Nak tahu nama pelakon yg melakonkan watak Huang Lei Lei a.k.a Yang Xiou Wei….Cerita die mmg best suke tgk Huang Lei Lei….Menyampah tgk Cai You Mei….Chen Zhi Hui hensem tapi jahat….
December 18th, 2010 at 5:13 pm
knp la tak abis abis cerita nih.. sdh 1 thn drama nih……
January 5th, 2011 at 8:00 pm
Jason masih cintai Huang Lei Lei walaupun Jason dah beristeri?
March 25th, 2011 at 11:26 am
harap drama ini berakhir dengan gembira
April 14th, 2011 at 10:03 pm
Cerita semakin menarik & banyk watak baru yg timbul..