in ,

Drama MONA LISA Adaptasi Drama Korea Lakonan Zara Zya & Nazim Othman

Istimewa bulan Mac ini, pihak Astro Prima dengan berbesar hati bakal membawakan sebuah lagi naskah terbaharu menerusi slot Tiara berjudul ‘Mona Lisa’ yang diadaptasi daripada naskah ‘The Women’s Room’; sebuah drama Korea popular yang pernah menjadi fenomena sekitar tahun 2013 bagi menggantikan drama ‘Syurga Yang Kedua’ yang sudahpun hampir tiba ke penghujungnya tidak lama lagi. Menarik lagi, drama ini juga bakal menampilkan pelakon popular tanah air iaitu Zara Zya, Nazim Othman, Hafreez Adam dan Mona Allen yang digandingkan bersama selalu teraju utama menerusi drama ini.

Drama 80 episod terbitan produksi Radius One ini diarahkan oleh sutradara Shahrul Ezad Mohameddin. Ia berkisarkan kisah seorang wanita jelita bernama Melisa yang mempunyai segala-galanya dan juga merupakan pewaris kepada perniagaan hotel mewah 5 bintang. Beliau juga mempunyai teman lelaki bernama Johan yang juga merupakan pengurus besar di hotel berkenaan.

Kehidupan beliau yang sempurna mula berubah apabila seorang wanita bernama Ramona muncul dalam hidupnya. Melisa dan Ramona mula berkawan, tetapi secara diam Ramona sebenarnya begitu mencemburui kehidupan yang Melisa miliki dan merancang untuk merampas kebahagian tersebut. Konflik sebenar bermula apabila Melisa membuat keputusan untuk tidak berdiam diri dan mempertahankan hak yang beliau miliki.

Barisan pelakon ‘Mona Lisa’ yang lain antaranya, Amyza Adnan, Iman Suhana, Roy Azman, Laila Nasir, Elmy Moin, Fatin Afeefa, Shah Radhi Hazvee, Shahriza Mahmud dan ramai lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menang Barangan Premium DuckTales

AirAsia Mantapkan Perkhidmatan Pelanggan untuk Era Digital dengan Salesforce