Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)











[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Drama Momo Love Lakonan Cyndi Wang, Ken Chu

Drama Taiwan Terbaru 
‘MOMO LOVE’
Bermula 24 Oktober Ini Hanya Di 8TV
 

Ditayangkan setiap hari Sabtu, 6.30pm – 8.00pm

Tarikh siaran : 24 Oktober – 30 Januari 2010
Bahasa : Mandarin
Jumlah episod: 15 x 90 minit

Pelakon-Pelakon : Cyndi Wang, Ken Chu, Calvin Chen, Jiro Wang, Gabe Lan, Sphinx Ding, Godfrey Kao, Wang Jinlun

MOMO Love, sebuah drama yang bakal menyentuh perasaan penonton mengenai ketentuan takdir seorang remaja perempuan yang ingin bermain cinta tetapi dikongkong oleh abang-abangnya dengan sangat ketat.  Drama baru bersiri 15 episod Taiwan ini bakal menghiasi slot Hito Idol Teater anda akan mula bersiaran pada 24 Oktober, setiap Sabtu jam 6.30 malam hanya di 8TV.

Drama bersiri MOMO Love ini dibintangi oleh barisan pelakon handalan dan popular Taiwan seperti pelakon dan juga penyanyi Cyndi Wang yang melakonkan watak remaja perempuan yang bernama Tao Hua; pelakon, penyanyi dan juga model terkemuka Jiro Wang sebagai kekasih Toa Hua bernama Shi Lang.  Manakala pelakon-pelakon lain yang turut tampil dalam drama ini yang memegang watak abang-abang  Tao Hua ialah Ken Chu. Abe Lan, Sphinx Ding, Godfrey Kao dan Jing

Walaupun Toa Hua amat mahir dalam sukan judo, namun itu tidak menjadi alasan kepada abang-abangnya untuk tidak memperhatikan tindak tanduk lelaki-lelaki yang cuba mendekati adiknya.  Rasa tanggungjawab yang besar dan tidak mempercayai orang disekeliling menjadikan Tao Hua di kawal ketat oleh lima orang abang-abangnya. 

Empat dari lima abang-abang Tao Hua digelar Romeo kerana keempat-empat mereka ini berperawakkan menarik, tampan, berbakat dan aktif bersukan.  Manakala abang Toa Hua yang bungsu pula tidak mempunyai kualiti-kualiti yang boleh menarik perhatian gadis2 namun itu tidak menjadi halangan bagi beliau menjadi abang yang paling tegas malah beliau sanggup menggadaikan pelajarannya semata-mata untuk menjaga adik perempuan kesayangannya.   

Kecantikkan sebagai seorang gadis yang meningkat dewasa dimiliki oleh Toa Hua.  Disebabkan kecantikkan beliau maka ramai jejaka cuba mendekati Toa Hua namun telah di halang oleh kelima-lima abangnya dan diberi kata dua agar mencermin diri sendiri dahulu.  Alasan yang diberikan oleh abang-abangnya ialah, jika ada lelaki yang ingin cuba mendekati adik mereka, lelaki tersebut perlulah mempunyai kualiti-kualiti yang ada pada abang-abang Toa Hua.  Keegoan lima abang-abang Toa Hua akhirnya tercabar dengan kehadiran kekasih Toa Hua yang terbaru iaitu Shi Lang yang mempunyai kualiti-kualiti yang melebihi mereka.

“Momo Love merupakan sebuah drama komedi romantik mengenai percintaan remaja dan perhubungan antara adik-beradik yang menarik untuk ditonton.  Penonton pastinya akan terpaku dan tidak sabar-sabar untuk mengetahui  kisah lanjut dan pengakhiran percintaan Toa Hua.  Kami pasti Momo Love dapat mencuri hati penonton setia 8TV,” kata Pengurus besar 8TV, Cik Lam See Kim.

Dapatkah Toa Hua meneruskan percintaannya dengan Shi Lang?  Adakah percintaan Toa Hua dan Shi Lang akhirnya direstui oleh abang-abangnya?  Jangan lupa menyaksikan kehebatan drama terbaru Taiwan ini di 8TV, setiap hari Sabtu bermula 24 Oktober ini jam 6.30petang.

8TV juga boleh ditonton menerusi Astro di saluran 708.  Sekarang, anda juga dapat menyaksikan rancangan 8TV kesukaan anda dengan menaip mobile.8tv.com.my di telefon genggam anda! Untuk keterangan lanjut dan mengetahui cerita-cerita terbaru, sila layari laman web kami di www.8tv.com.my.

Tags: , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • ToGetHer Lakonan Rainie Yang, Jiro Wang & George Hu
  • Love or Bread Lakonan Joe Cheng & Ariel Lin
  • ROLLING LOVE LAKONAN JIRO WANG, TANG YU ZHE, GENIE ZHUO
  • Show Your Love, Pass Your Cornetto
  • ROLLING LOVE LAKONAN JIRO WANG, TANG YU ZHE, GENIE ZHUO
  • Drama Twist Love di TV2
  • Drama My Family, My Love 200 Episod di 8TV
  • Roseate-Love Lakonan Rachael Liang, Tender Huang
  • Peraduan Menangi Tiket Wayang THE LOVE GURU
  • Senarai Pemenang Peraduan Menangi Tiket Wayang Filem THE LOVE GURU



  • 2 Komen untuk entri “Drama Momo Love Lakonan Cyndi Wang, Ken Chu”

    1. eira kata:

      cyndi wang dgn jiro wang la jd hero n heroin..msty tngk..

    2. wanie kata:

      saya sangat suka cerita ini..sangat menarik dan lain dari yang lain..cerita ni best giler!!!!tak sabar nak tunggu ending dy…exited sangat…

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!