• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Drama Mertua VS Menantu Lakonan Erra Fazira

40
  • by Budiey
  • in Drama · Erra Fazira
  • — 12 Aug, 2008

PENGAMBARAN DRAMA ’MERTUA vs MENANTU’ DILANCARKAN

Bermula 11 Ogos ini, MIG sekali lagi akan ke lokasi bagi menjayakan penerbitan drama seterusnya berjudul Mertua vs Menantu. Drama berkonsep komedi keluarga ini merupakan satu idea bagi mengupas isu yang berlegar dalam kehidupan sebuah rumah tangga. Pergolakan antara seorang ibu mertua dan menantu perempuannya akan disingkap menerusi drama 26 episod ini untuk dijadikan tauladan dan sempadan kepada penontonnya melalui saluran 105 ASTRO PRIMA.

Mertua vs Menantu akan ditangani oleh pengarah drama berpengalaman iaitu Feroz Kader yang telah mengarahkan banyak drama yang meraih perhatian penonton. Bersama MIG beliau telah menjayakan beberapa drama yang mencatat rating antara yang paling tinggi apabila disiarkan seperti Intan Asmara (TV3) dan Jangan Main Belakang (ASTRO RIA).

Skrip Mertua vs Menantu telah dihasilkan oleh Panel Skrip MIG dan Zarihah Hassan bertindak sebagai penyunting. Pengambaran dilakukan di sekitar Kuala Lumpur dan dijangka memakan masa selama sebulan.

Keistimewaan drama ini sudah tentulah kerana ia melibatkan pelakon terkenal dan penampilan sulung Erra Fazira dalam drama di saluran Astro Prima. Pelakon lain yang turut menjayakan Mertua vs Menantu adalah Aqasha, Rozie Othman, Jehan Miskin, Raja Farah, Shiela Mambo, dan ramai lagi. Gandingan pelakon-pelakon hebat dan mantap ini meyakinkan MIG dan Astro sendiri untuk menarik perhatian penonton apabila ditayangkan bermula minggu ketiga Aidilfitri ini.

MIG sentiasa menginginkan idea-idea baru dalam penghasilan drama dan filemnya. Dalam penerbitan drama khasnya, MIG cuba mengetengahkan konsep-konsep yang dapat diterima masyarakat seterusnya mendapat ’rating’ tertinggi serta mampu menjadi wadah mendidik masyarakat.

Antara drama terbitan MIG yang sudah ditayangkan adalah drama 26 episod Tentang Bulan (ASTRO RIA), drama bersiri 25 episod Intan Asmara (SAMARINDA TV3), Telemovie Cinta Itu Buta (ASTRO RIA), dan drama bersiri 26 episod Biar Rahsia (RTM2). Manakala yang bakal ditayangkan adalah telemovie Anak Merdeka di ASTRO PRIMA juga bersempena bulan kemerdekaan ini. MIG juga kini dalam proses menyiapkan skrip Jangan Pandang Belakang the series dan juga Jangan Main Belakang untuk musim kedua.

Perkembangan lain, filem Senario The Movie – Episode 1 akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula hari pertama Aidilfitri ini.

Komen via Facebook

Komen

Share

Tags: DramaErra Fazira

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story NASHA AZIZ BINTANGI DRAMA SOFIA ADAWIYAH di RTM2
  • Next story Portal Cars, Bikes & Trucks Launching

ENTRI BERKAITAN

  • Dilema Anak Angkat Psiko Dalam Telemovie Sayang Ika 15 Sep, 2011
  • Drama Menarik Sempena Maulidur Rasul di RTM 15 Feb, 2010
  • Gambar Erra Fazira Engku Emran Kahwin & Sekitar Wedding Erra Fazira 27 Oct, 2007
  • Sinopsis Telefilem Miang Buluh Keladi Birah 10 Nov, 2012

40 Comments

  1. NUR says:
    Tuesday, August 12, 2008 at 12:33 pm

    Wah! macam best je cite…Tak ada foto – foto menarik ke masa kat Mines pada 10/8/08 hari tu di majlis makan2 drama Mertua vs Menantu Budiey?

  2. titot says:
    Tuesday, August 12, 2008 at 12:42 pm

    caya la

  3. titot says:
    Tuesday, August 12, 2008 at 12:44 pm

    x sabar la nak tgk erra

  4. Obefiend says:
    Tuesday, August 12, 2008 at 5:55 pm

    i c i c

  5. Honeybee says:
    Tuesday, August 12, 2008 at 8:29 pm

    A’ah .. x dak gambar ke …

  6. adekepatut says:
    Wednesday, August 13, 2008 at 8:56 am

    naper era berlakon drama…apa income dah kureng ker..sepatutnya dia kena kekalkan divanya sebagai pelakon filem…..mungkin unt tambah duit poket la

  7. NUR says:
    Wednesday, August 13, 2008 at 10:57 am

    Ala…biar la adekepatut:-) Lagipun dah lama saya nak tengok Kak Erra berlakon kat TV…Lagipun Eksklusif kat Astro je drama dia…kena bayar tu….bukan free saluran tu…hehehe..Rasanya Kak Erra nak terbitkan drama sediri….okla tu…
    Kalau setakat nak kekalkan gelaran ‘DIVA’ @ RATU FILEM MELAYU’ rasanya tak ke mana pun …Itu semua sekadar gelaran yang orang beri.Paling penting ‘karekter dan kualiti’ skrip dan jalan cerita selain penhayatan pelakon…Tak kisah la berlakon drama ke. filem ke….
    Lagipun dulu orang kan suka ‘bising’ asyik – asyik Kak Erra je berlakon filem…so biarlah sekarang generasi baru pulak….Rasanya Kak Erra terus ‘UNGGUL’ sebagai pelakon yang ‘EKSKLUSIF’ kerana bijak memilih…Bukan main ‘tangkap muat’ je berlakon…..Biarlah dia cuba sesuatu yang baru…Bak katanya ‘berlakon drama tidak perlu masa yang lama & jauh seperti filem’…..suami dia nak kena jaga juga sekarang:-)

  8. NUR says:
    Wednesday, August 13, 2008 at 11:16 am

    Sekadar pengetahuan…….Dah banyak filem – filem Kak Erra…so biarlah dia berlakon drama pulak…:-)

    2009 : Sifu & Tongga – (Main Actor)
    2008 : Los dan Faun – (Main Actor)
    2008 : Anak – (Main Actor)
    2008 : CUCI – (Supporting Actor)
    2007 : Qabil Khushry Qabil Igam – (Main Actor)
    2006 : Persona Non Grata – (Main Actor)
    2006 : Castello – (Supporting Actor)
    2005 : KL Menjerit 1 – (Main Actor)
    2005 : Gila-Gila Pengantin Popular – (Main Actor)
    2005 : Lady Boss – (Main Actor)
    2005 : Potret Mistik – (Guests Artist)
    2004 : Tujuh Perhentian – (Main Actor)
    2004 : I Know What U Did Last Raya – (Main Actor)
    2004 : Hingga Hujung Nyawa – (Main Actor)
    2004 : Kuliah Cinta – (Main Actor)
    2003 : Mr. Cinderella 2 – (Main Actor)
    2003 : MX3 – (Extra)
    2003 : Cinta Kolestrol – (Main Actor)
    2003 : Janji Diana – (Main Actor)
    2003 : Sembilu 2005 – (Supporting Actor)
    2003 : Gila-gila Pengantin – (Main Actor)
    2002 : Soalnya Siapa? – (Main Actor)
    2002 : Mr. Cinderella – (Main Actor)
    2001 : Putih – (Main Actor)
    2001 : Gerak Khas The Movie – (Main Actor)
    2000 : Soal Hati – (Main Actor)
    2000 : Pasrah – (Main Actor)
    1998 : Mariana Mariana 2 – (Main Actor)
    1997 : Gemilang – (Main Actor)
    1996 : Maria Mariana – (Main Actor)
    1996 : Tragedi Oktober – (Main Actor)
    1995 : Sembilu 2 – (Main Actor)
    1994 : Sembilu – (Main Actor)

  9. jue says:
    Wednesday, August 13, 2008 at 5:20 pm

    wah Nur u memang fanatik kat dia ke? hehehe

    tapi tak apa la apa pun dia memang pelakon yang baik..

  10. NUR says:
    Wednesday, August 13, 2008 at 11:05 pm

    Tak ada la sampai fanatik jue..Tapi sekurang2 nya tahu la jugak filem – filem yang ada Erra Fazira berlakon. Lagipun dah boring la tengok drama – drama sekarang.Asyik muka yang sama je berlakon.So nak jugak tengok muka baru menghiasi TV :-)

  11. naNaku says:
    Friday, August 15, 2008 at 1:20 pm

    huhuhuhuhu bestnye kak erra berlakon drama….x sbr nk tgkk…msti best…hehehehheheheheh sty comey kak erra yek ;)

  12. NUR says:
    Friday, August 15, 2008 at 2:26 pm

    Wah! akhirnya dapat gak tengok foto – foto Kak Erra & palakon Drama Mertua vs Menantu masa di Mines dalam Berita Harian hari ni…hehehe..Simple je Kak Erra pakai T- Shirt Hitam Polo & Jean:-).So sweet bergandingan dengan Aqasha…Budiey xde foto – foto masa tu ke???

  13. titot says:
    Friday, August 15, 2008 at 3:38 pm

    sume filem dia aku da tgk……aku akn ttp support erra fazira…nur 1 lg filem erra…filem triller hidden blum lg kuar kat wayang….

  14. Honeybee says:
    Friday, August 15, 2008 at 4:43 pm

    caya ah nur … EF msti banggo ni eh …

  15. heliza says:
    Friday, August 15, 2008 at 6:05 pm

    dulu hingga kini Erra Faziralah satu2nya artis pujaanku. Bagi aku x da maknanya industri hiburan ini tanpa ERRA. Go Erra go

  16. mimie says:
    Sunday, August 31, 2008 at 10:59 am

    pastikan anda smua tgk drama ni.erra lakonkan wtk tomboy.sy dh tgk sndiri skripnya krn yg jd penolong pgarah drama ini adlh hubby sy.xcaye?nantikn drama ini n lihat nama penolong pgarahnya..ADI.

  17. hida_87 says:
    Saturday, September 6, 2008 at 8:42 pm

    salam..
    satu lg filem k.erra persona non grata..
    x sbar nk tgk drama ptama k.erra..
    mesti best…
    pe2pn tahniah k.erra..coz dh hmil skrg..
    smoga k.erra n ank dlm kandungan chat2 slalu..
    amin….

  18. loveheart85 says:
    Tuesday, September 23, 2008 at 8:43 am

    btl 2 heliza.xde maknanya dunia seni kta tnpa erra fazira..kpd erra,smoga tabah mgharungi kehidupn yg penu ranjau and duri.smga succes slalu..

  19. NUR says:
    Tuesday, October 14, 2008 at 7:16 am

    Tak sabarnya nak tengok drama ni 22 oktober ni di Astro Prima 105 tengok promo macam best…

  20. SPORTY says:
    Saturday, October 18, 2008 at 8:15 pm

    Perang menantu, mentua di 105 bermula 22 Oktober

    Oleh Zaidi [email protected]

    Erra Fazira hadapi kerenah Datin Farida yang terlalu mengongkong anaknyaKISAH hidup manusia sentiasa menarik, terutama mengenai suka duka hidup berkeluarga. Lebih-lebih lagi kisah antara mentua dengan menantu. Perlukah seorang anak mendapat restu ibu bapa untuk berkahwin? Bolehkah menantu duduk sebumbung dengan mentua? Adakah peperangan di antara mentua dengan menantu tidak dapat dielak? Gelagat menarik mengenai paparan asam garam kehidupan terutama bagi mereka yang ingin mendirikan rumah tangga dan mengambil hati mentua dan menantu dapat disaksikan menerusi drama bersiri terbaru Astro Prima (saluran 105) pada setiap Rabu, jam 10.00 malam bermula 22 Oktober ini.Mentua VS Menantu dibintangi oleh wajah eksklusif Astro, Erra Fazira dan Aqasha selaku bintang utamanya. Selain itu, drama bersiri ini diserikan lagi dengan lakonan Rozie Othman, Sheila Mambo, Raja Farah, Jehan Miskin dan Amir Khan.Kisah perang menantu ini mengisahkan mengenai Datin Farida (Rozie Othman), seorang wanita yang berstatus tinggi dan hanya bergaul dengan golongan atasan. Biarpun usianya telah mencecah 50-an tetapi dia masih lagi kekal anggun, bergaya kerana dia begitu menjaga penampilan dan imejnya sebagai balu kepada tokoh korporat terkemuka Malaysia. Selain menjaga imej dan penampilan Datin Farida seorang yang amat cerewet dan pentingkan kesempurnaan dalam setiap perkara. Hasil perkahwinan, Datin Farida dikurniakan dua orang anak iaitu Rosyam (Aqasha) dan Izati. Kedua-dua mereka adalah buah hati pengarang jantung Datin Farida. Tumpuan Datin Farida lebih kepada Rosyam yang ditatang bagaikan menatang minyak yang penuh sehingga Rosyam digelar ’anak mak’ di kalangan rakannya. Datin Farida telah mengatur perjalanan hidup Rosyam bermula dari sekolah mana yang Rosyam patut belajar, universiti mana yang Rosyam patut pergi dan jurusan pengajian apa yang Rosyam patut ambil. Setelah bekerja Datin Farida juga yang akan menentukan warna dan jenama pakaian apa yang mesti dipakai oleh Rosyam. Datin Farida gembira dan bangga dapat mengawal Rosyam. Dia juga berlagak di hadapan rakan kononnya dia pandai menjaga anak dan selalu memuji Rosyam dengan mengatakan dia bertuah mendapat anak seperti Rosyam yang patuh dan mendengar kata.Bagaimanapun segala-gala yang dibanggakan oleh Datin Farida bertukar menjadi ‘malapetaka’ apabila tiba masa Rosyam hendak berkahwin. Rosyam bercinta dan keluar dengan 40 gadis tetapi tak seorang pun dapat memenangi hati Datin Farida sehinggakan Rosyam mula geram dan merasakan ibunya terlalu mengongkong hidupnya.Rosyam bertekad jika dia bertemu dengan gadis yang ke-41 dan dia jatuh cinta dengannya, dia akan berkahwin dengan gadis itu walaupun Datin Farida menghalang. Rosyam ditakdirkan bertemu dengan Nurul Ain (Errra Fazira) dan jatuh cinta dengannya. Datin Farida yang masih belum tahu Rosyam telah jatuh cinta dengan Nurul terus berusaha mencari menantu idamannya. Datin Sofia (Shiela Mambo) yang juga teman rapatnya kemudian giat mengadakan rancangan bagi mencari jodoh anaknya. Pada suatu majlis, Datin Farida telah memperkenalkan Liza (Raja Farah), anak saudara Datin Sofia sendiri kepada Rosyam. Dalam diam Datin Sofia berhajat untuk berbesan dengan Datin Farida. Rosyam terkejut bila mengetahui ibunya masih mengongkong hidupnya termasuklah mencarikan jodoh untuknya. Dalam pada masa yang sama, Rosyam terus gigih meyakinkan ibunya bahawa dia ingin mengahwini Nurul Ain. Pada setiap minggu, penonton akan dihidangkan dengan kisah yang berbeza tetapi berkisarkan kehidupan keluarga Datin Farida dan menantunya Nurul Ain. Dapatkah Rosyam dan Nurul Ain mengambil hati Datin Farida? Apakah halangan yang terpaksa ditempuh oleh Nurul Ain sebelum dapat menambat hati Datin Farida atau mereka akan terus berperang?Saksikan drama bersiri ini yang akan bersiaran pada setiap hari Rabu, jam 10 malam, bermula 22 Oktober ini, eksklusif di Astro Prima (Saluran 105).

    Sumber : Berita Harian 14/10/08

  21. SPORTY says:
    Wednesday, October 22, 2008 at 8:02 am

    Mesti tengok malam ni dah mula ditayangkan:-)

  22. miss slurpee says:
    Saturday, October 25, 2008 at 3:08 pm

    weh cite mertua vs menantu tu best..aku baru tgk episode 1 x sabar nak tunggu episode 2 lak..

  23. NUR says:
    Friday, October 31, 2008 at 12:18 pm

    Best!! dah episod 2….selamba ….tak sabar nak tengok episod seterusnya:-)

  24. yune says:
    Friday, October 31, 2008 at 1:59 pm

    x puas la kalu bleh nak tgk berlakon byk drama lepas ni…kalu filem nak tunggu lama sgt.

  25. norizan says:
    Saturday, November 1, 2008 at 8:46 pm

    memang best MVM ni.Barulah puas dpt tengok Erra Fazira berlakon.Dpt tengok berulang kali.tak lah mcm difilem.Anyway, saya rasa enjoy tonton lakonan Erra di tv.Dia membawa watak ini dgn baik sekali.Sempoi gila.

  26. heliza says:
    Sunday, November 2, 2008 at 6:47 am

    suka sgt tengok erra fazira dlm drama ni , mmg menjadilah watak dia best sgt. X sabo nak tunggu samb…..

  27. NUR says:
    Sunday, November 2, 2008 at 9:58 pm

    Nasib baik drama Erra di Astro…boleh tengok banyak kali….Tak boring….harap lepas ni banyak la lagi Erra berlakon di TV….sebelum ni nak tunggu filem lambat sangat:-)

  28. june says:
    Monday, November 3, 2008 at 6:48 am

    huhu tk dpt tengok erra berlakon drama..

  29. NUR says:
    Wednesday, November 5, 2008 at 8:43 am

    Ala cian june…boleh tengok di Youtube…entah siapa rajin betul download..hehehe…Bagus gak….boleh tengok lagi bila time free:-)

  30. june says:
    Wednesday, November 5, 2008 at 12:35 pm

    thanks nur for the info..nanti sya skodeng ekeke..

  31. NO KOMEN says:
    Friday, November 7, 2008 at 8:16 pm

    Best…tak sabar nak tengok musim ke – 2…Masa ni lebih real dapat tengok Erra bawa watak wanita Hamil….

    “Kebetulan, siri ini mengikuti perkembangan kandungan saya, jadi semuanya akan nampak lebih realistik. Sehingga kini kami masih menjalani pengambaran lagi,” ujar Erra ketika sidang media pelancaran drama Mertua Vs Menantu di Restoran Bora Ombak, Ampang semalam.

    Sumber: Mstaronline 7/11/08

    Sweetnya tengok foto semasa di Bora Ombak dan Majlis Eksklusif ‘Surprise’ Ulangtahun Perkahwinan dalam Media Hibran terbaru:-)

  32. NO KOMEN says:
    Thursday, November 13, 2008 at 1:44 pm

    Kelakar – kelakar tengok episod 4 malam tadi.hehehe..Tak sabar nak tengok minggu depan..Apapun Tahniah sebab mendapat rating paling tinggi di Astro Prima:-)..Tuah ANAK ERRA kot..hehehe

  33. NUR says:
    Wednesday, January 7, 2009 at 4:11 pm

    Harap drama ni boleh di DVD kan nanti…Walaupun berada di luar negara rupanya ramai peminat – peminat di London, Singapore, China da lain – lain suka menonton dan mengikuti perkembangan drama bersiri ni di Youtube….Cayalah !!

  34. zarin says:
    Wednesday, January 7, 2009 at 4:23 pm

    best drama ni… geram tapi lawak jugak la , minda pun tak tension… Erra mmg sesuai jadi Nurul Ain dan Raja Farah pun sesuai dgn wataknya.. macam dah terminat pulak kat Aqasha lepas tonton drama ni

  35. ::winxwinx:: says:
    Friday, February 6, 2009 at 11:39 am

    best gler..!! sker tgok cter neyh..!! klaka..wtak erra plak slumber abes..ye ar dpat mak mentua cam 2..hahah

  36. eliza says:
    Friday, February 6, 2009 at 3:01 pm

    memang best giler cite MvsM, dlm kelaka2 tu ada jg part sedih. lakonan Erra & Rozie mmg klass. sapa x tengok mmg rugi. Hrp2 bykkan lagi epsnya. X sabo nak tengok samb nya.

  37. zaa_ikram says:
    Sunday, February 8, 2009 at 8:14 pm

    cm best jek..nk tgklah..

  38. NAK KOMEN says:
    Wednesday, February 11, 2009 at 9:18 am

    Tak sabar nak tengok episod malam ni…Makin lama makin teruja nak tengok kesudahan…Konflik pun makin mencabar….

  39. SPORTY says:
    Wednesday, March 18, 2009 at 11:00 pm

    Tahniah….tak pernah miss tengok drama ni walaupun ulangan.Kalau ke luar negara pun tetap tengok kat youtube:-)

  40. SPORTY says:
    Monday, May 11, 2009 at 4:21 pm

    Tak sabar nak tengok musim ke 2.Dengarnya bayi yang akan berlakon anak Rosyam dan Nurul Ain anak Nadia Mustafa iaitu Qalif masa kecil dan Kaisara bila dah besar….mesti cute……

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Album Sohaimi Mior Hassan 1 Kini Di Pasaran
    • Gambar Ulangtahun Pertama Sophie Paris Malaysia Meriah
    • Drama Rindu Ini Milik Dia Temukan Memey Suhaiza & Talha Harith
    • Drama Bersiri Etnik Demi Sugit Lakonan Anding Indrawani
    • Samsung Unifies Best-in-Class Windows PCs Under ATIV Brand
    • Isu Tangkap Khalwat Tunang Shahz Jaszle Mahukan Penjelasan
    • Gambar Sekitar Karnival Seni Kreatif Kita di Pasir Gudang
    • Telenovela Dangerous Love Dingdong Dantes & Marian Rivera di TV3
    • DiGi WWWOW Internet For All Awards 2013
    • Primeworks Studios Julang Anugerah di Intermedia-Globes Di World Media Festival
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • cnblue-konsertTiket Konsert CNBLUE Mula Dijual Hari Sabtu IniWednesday, May 15, 2013
    • najwa-latifNajwa Latif Bakal Meriahkan Festival Kenyir 2013Monday, May 13, 2013
    • siti-nurhaliza-galau-videoKonsert Solo Siti Nurhaliza in Symphony di Dewan Filharmonik PetronasMonday, May 13, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • Sara on:Isu Tangkap Khalwat Tunang Shahz Jaszle Mahukan Penjelasan
    • nora on:Eina Azman Sentap Ibu Afiq Muiz Tuduh Dirinya Seorang Pengikis
    • nora on:Saiful Bukhari Bakal Nikah Wartawan Penyiaran TV3
    • nora on:Album Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas Kini Di Pasaran
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Album Sohaimi Mior Hassan 1 Kini Di Pasaran
    • Gambar Ulangtahun Pertama Sophie Paris Malaysia Meriah
    • Drama Rindu Ini Milik Dia Temukan Memey Suhaiza & Talha Harith
    • Drama Bersiri Etnik Demi Sugit Lakonan Anding Indrawani
    • Samsung Unifies Best-in-Class Windows PCs Under ATIV Brand
    • Isu Tangkap Khalwat Tunang Shahz Jaszle Mahukan Penjelasan
    • Gambar Sekitar Karnival Seni Kreatif Kita di Pasir Gudang
    • Telenovela Dangerous Love Dingdong Dantes & Marian Rivera di TV3
    • DiGi WWWOW Internet For All Awards 2013
    • Primeworks Studios Julang Anugerah di Intermedia-Globes Di World Media Festival
    • The 10th Olympic Day Run Dataran Merdeka 23 Jun
    • SAH! Shahz Jaszle Ditangkap Khalwat
    • Gossip Siapa Pelakon Popular Ditangkap Khalwat
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.