in ,

Drama Memintas Seribu Bulan Dan Email Dari Angkara

KISAH PERTEMBUNGAN DUA BENUA DAN KESUNGGUHAN MENCARI LAILATUL QADAR MENGISI PLOT 2 TELEMOVIE KHAS RAMADAN : MEMINTAS SERIBU BULAN DAN EMAIL DARI ANGKARA DI RTM

Kisah mengenai pertembungan dua budaya yang berbeza tapi berpegang pada kepercayaan dan amalan agama yang sama walau di pisahkan antara benua bakal melatari drama khas Ramadan di TV2, Email Dari Angkara pada 11 September 2009 (Jumaat), jam 8.30 malam. Sebelum menyusul kemudiannya pada 13 September 2009 (Ahad), jam 10.00 malam dengan tajuk Memintas Seribu Bulan yang mengisahkan rentetan peristiwa lawak yg bersahaja yg dialami Pak Meon dalam usahanya malam Lailatul Qadar.

Kelainan cuba ditonjolkan RTM dengan menyiarkan drama  Email Dari Angkara yang berlatarkan cinta ini mengisahkan tentang Zeynep, seorang gadis bangsawan yang berasal dari Ankara, Turki yang telah melarikan diri ke Malaysia akibat satu perselisihan faham dengan kedua ibu bapanya yang ingin mengahwinkannya dengan seorang hartawan dari Istanbul.

Di Malaysia dia dalam diam telah menyimpan perasaan terhadap seorang pensyarah sejarah, Adib yang kebetulan membuat kajian yang berkaitan dengan kebangkitan dan kejatuhan Islam di Negara Turki.

Zeynep yang sering bercerita tentang Adib dengan kawan rapatnya Fatihah yang menghadiri kelas Bahasa Inggeris yang sama dengannya berasa hampa dan terkejut apabila Fatihah berkunjung ke rumah Adib di kampung menjelang Hari Raya dan mendapat tahu bahawa Fatihah sebenarnya adalah tunangan Adib. Dia berasa seperti dipermainkan.

Fatihah dan Adib kemudian menerangkan kepada Zeynep bahawa sebenarnya mereka telah dihubungi seorang anak hartawan Mahmud Belucci yang telah dijanjikan ayah Zeynep untuk berkahwin dengan Zeynep sekiranya dia berjaya menjejaki Zeynep dan memujuknya pulang ke Turki. Email Dari Angkara dibintangi oleh Razali Hussin, Yasmin Haniff, Mazin Ameen Siraj dan Siti Fazurina.

Begitu pun Memintas Seribu Bulan, drama komedi yang menyusul kemudiannya sarat dengan pengajaran berguna menceritakan tentang perubahan sikap Pak Meon, dari seorang yang selamba dan tidak begitu mengambil tahu tentang persoalan agama dan amalan-amalannya, kepada seorang yang alim dan rajin menjengah ke surau menjelang bulan Ramadan.

Hal ini mendatangkan kehairanan kepada rakan-rakan nakalnya, Ayob dan Lepat yang sering membuang masa dengan bersidai di warung kopi, dan tidak pernah berpuasa semasa bulan Ramadan.

Sejak Pak Meon meninggalkan mereka, mereka menjadi terlalu hairan dan berhasrat untuk bertanyakan hal tersebut sendiri kepada Pak Meon. Setelah jenuh diasak dengan pelbagai persoalan, Pak Meon kemudiannya menerangkan kepada Lepat dan Ayob tentang niat sebenarnya. Ini menjadikan Ayob dan Lepat juga ingin turut sama dalam misi Pak Meon itu.

Berbekalkan semangat ingin melihat keadaan malam “Lailatul Qadar”, mereka lalu berjaga pada setiap malam-malam terakhir terutamanya malam-malam ganjil bulan Ramadhan, namun kehampaan melanda kerana mereka tidak dapat bertemu dengan malam Qadar tersebut. Ironisnya, pada Malam Qadar yang sebenar, iaitu malam ke-29, mereka keletihan dan tertidur, sementara tanda tanda Qadar dapat disaksikan oleh mereka yang benar-benar ikhlas beriman dan beribadah kepada Allah pada malam itu.

Untuk berkongsi kisah pengajaran berguna ini yang dilakonkan Jalil Hamid, Munir (PhyneBallerz), Acong (SweetChild), Iris Yasmin, Hisham Ahmad Tajuddin dan Yeo Eng Hee terbitan Gama Taktik Sdn Bhd ini.

Nantikan kemunculan dua telemovie khas tayangan sempena Ramadan ini, Email Dari Angkara pada 11 September 2009 (Jumaat), jam 8.30 malam dan Memintas Seribu Bulan pada 13 September 2009 (Ahad), jam 10.00 malam di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Skrin Riang Ria Raya TV9

Filem Hollywood Sajian Aidilfitri di TV2