Drama Mega Sekeping di TV2
KONFLIK DENDAM WARNAI LATAR DRAMA MEGA SEKEPING HATI DI TV2
Konflik dendam yang tidak berkesudahan diangkat sebagai plot kisah drama bersiri Mega Sekeping Hati yang mulai bersiaran 9 Januari 2010 lalu, setiap Sabtu, jam 9.00 malam di TV2. Dibintangi oleh Isma Daniel, Marsha Londoh AF dan Ryzal Jaafar yang diberikan peranan sebagai penggerak utama cerita ini, kisahnya bermula dengan watak Ehsan hidup bahagia bersama isterinya, Julia meskipun hidup sederhana. Di tempat kerja, Ehsan begitu rendah diri dalam perhubungan sesama rakan sekerja. Dia amat di senangi. Pada masa yang sama Zahid pula seorang yang kurang disenangi rakan. Zahid amat taksub dengan kekayaan dan sering bercita-cita tinggi.

Nama Ehsan sering dipuji oleh pihak atasan syarikat. Tambah lagi cemburu Zahid apabila dia mendapat tahu, pekerja yang dihantar mengikuti kursus akan berpeluang dinaikkan pangkat. Lalu Zahid sabotaj motosikal Ehsan supaya Ehsan mendapat kemalangan. Niat jahat Zahid berlaku sebaliknya apabila Ehsan tidak mengalami kemalangan tetapi Zahid pula yang mengalami kemalangan. Zahid dibantu Ehsan yang kebetulan ada ditempat kejadian. Keprihatinan Ehsan kepada Zahid dan keluarganya membuatkan Zahid dan Ehsan mula berkawan. Keselesaan itu bermula apabila Ehsan tidak dinaikkan pangkat seperti yang diwar-warkan.
Pada mulanya, identiti Ehsan tidak diketahui. Rata-rata rakan sepejabat menganggap yang Ehsan sama seperti mereka, miskin tak berduit. Namun, segalanya diketahui setelah rakan sekampung Ehsan, Munif bekerja di situ. Dia yang mengenali Ehsan menceritakan kekayaan Ehsan kepada semua. Zahid yang mendengarnya mulai cemburukan Ehsan. Dia tidak menyangka Ehsan sebertuah itu.

Setelah diketahui rakan-rakan sepejabat, Ehsan membuka cerita yang dia kini hidup berdikari tanpa kekayaan ibunya setelah dihalau ibunya kerana enggan mengahwini gadis pilihan ibunya. Kerana kasih dan cinta kepada Julia dia sanggup lepaskan semuanya.
Suatu hari, Ehsan mengajak Zahid dan isterinya Junaidah makan malam di rumahnya dan ketika itulah Zahid mengetahui Julia bekas tunangnya dulu. Julia memohon maaf di atas tindakannya dulu yang memutuskan pertunangan dan berkahwin dengan Ehsan. Zahid pura-pura memaafkan Julia. Namun, di hatinya penuh dendam. Ketika itu, dia merasakan yang Julia tidak memilihnya kerana tidak berharta seperti Ehsan. Dia mula berfikir yang harta segalanya.
Junaidah dan Julia sedang sarat mengandung. Perkenalan pertama malam itu membuatkan mereka mula bersahabat dan merancang untuk melahirkan bayi mereka di hospital yang sama. Zahid mula merancang strategi. Dia dalam diam berpakat dengan Kadir untuk ’memusnahkan’ Ehsan secara sembunyi. Kadir adalah rakan sekampung Zahid. Dia membekalkan Zahid sejenis racun yang menyebabkan Ehsan sakit dan tidak bermaya.

Dia menghasut Ehsan mengenai tinggalan pusaka keluarganya nanti. Ehsan yang termakan hasutan Zahid mulai risau keadaan isteri dan anaknya jika dia tiada kelak dan menyembunyikan diri daripada isteri dan anak mereka. Zahid pula bertemu Julia dan mengatakan bahawa Ehsan telah berkahwin dengan wanita lain.
Ehsan yang menderita sakit kemudiannya disahkan meninggal dunia. Seroja, ibunya menghadapinya pemergian anaknya dengan redha. Zahid melihat ini adalah peluang keemasan baginya membolot harta Seroja yang selama ini menjadi idamannya. Dalam pada masa yang sama Seroja mula menyerahkan kepercayaan terhadap Zahid dalam menguruskan peniagaannya.
Zahid sekali lagi menggunakan Kadir dalam rancangannya untuk menghapuskan Julia dan bayinya, Adam. Namun Kadir tidak sampai hati dan menyuruh Julia supaya meninggalkan kampung tersebut sekiranya ingin selamat.
Zahid kemudiannya menikahi Siti dan tinggal bersama Seroja di rumah barunya. Anaknya Fuad telah besar dan belajar di salah sebuah institusi pengajian tinggi. Fuad menjadi seorang yang sombong dengan kedudukannya sebagai anak orang berada. Di Kolej,dia mempunyai musuh bernama Adam yang sering dijadikan mangsanya. Adam yang telah remaja juga belajar di tempat yang sama dengan Fuad. Dalam pada masa yang sama dia berkenalan dengan Suzana, pelajar baru institusi tesebut.
Suzana memperlekehkan kemampuan Adam dalam pertandingan merebut gelaran sebagai wakil pelajar di IPTA tersebut. Fuad berang dengan Adam yang merendah-rendahkannya dalam satu kempen Pencalonan pelajar. Dia merancang taktik kotor untuk menjatuhkan Adam dengan menabur fitnah terhadap Adam kepada Canselor. Suzana juga berdepan dengan Adam yang dirasakan mempertikaikan kehadiran pelajar dari golongan berada dalam IPTA tersebut.

Seroja cuba mendapatkan penjelasan dari Zahid tentang pengurusan syarikatnya yang dalam kendalian Zahid selama ini. Dia mula mengesyaki Zahid telah melakukan penyelewangan wang syarikat dari aduan orang–orang kepercayaannya terhadap sikap Zahid dalam pengurusan perniagaannya.
Bagaimanakah segala-galanya rahsia yang tersimpan sekian lama terungkai? Untuk berkongsi kesudahannya usah ketinggalan menyaksikan Mega Sekeping Hati pada setiap Sabtu, jam 9.00 malam di TV2.
Tags: Drama, TV2Click on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





February 3rd, 2010 at 8:33 am
alo…ape tajuk lagu tema untuk drama Mega Sekeping Hati????
February 5th, 2010 at 2:42 pm
tajuk lagu ni ape eh ~_~
cri x jmpe2 =p
February 6th, 2010 at 10:57 am
apa tajuk lagu,drama..mega sekeping hati…nak thu sangat..
February 6th, 2010 at 4:59 pm
SAYA NAK TAHU, APE TAJUK LAGU UNTUK DRAMA INI YER?
February 9th, 2010 at 9:54 pm
salam.. apa tajuk lagu tema untuk drama Mega Sekeping Hati? sayanak tahu sangat..
February 11th, 2010 at 5:29 pm
sesape tau lagu dlm drama ni…rasenye zamani yang nyanyi lagu tu..puas cr tp x jmpe
February 16th, 2010 at 1:34 pm
apa lagu tema drama mega sekeping hati…. puas cari tapi tak jumpe! plz
February 19th, 2010 at 4:16 am
tajuk dia…dari mata hati…p cmne nk dpt eh,…dh puas cri …xdpt2 gak
February 23rd, 2010 at 9:58 pm
nah link utk lagu tu… http://www.youtube.com/watch?v=_iaJNLmQjsU
February 23rd, 2010 at 10:11 pm
btol2….Dari Mata Hati – Zamani …tajuk lagu n lirik dh dpt..lagu je x dpt…susah kot nk cri…sape dpt share2 ah…
February 25th, 2010 at 3:34 am
korang ni noob arh xdpt cari…xcelik it…adoh!!! gg liou pnye org huh
ptot la korang ni xmaju huh….
ni ha tajuk nye dari mata hati….
http://www.youtube.com/watch?v=_iaJNLmQjsU
February 25th, 2010 at 3:01 pm
eh lil cadok…klu ko celik it sgt x yah r nak kutuk org…dh org cr x jmpe kecoh lak
February 26th, 2010 at 11:34 am
hmm… lil cadok… aku baru letak lagu tu kat youtube link tu.. so, xpayah la nk blame dyorang.. mmg lagu tu susah dpt..
February 28th, 2010 at 11:45 pm
dah tau dah..g kt youtube,…ade lagu DARI MATA HATI by ZAMANI…2 la lagu nyer..
March 12th, 2010 at 1:40 am
korg ni btul la…pasal lgu pon nk gadu…
March 13th, 2010 at 3:37 pm
zamani _ dari mata hati……… cari je 4share ade nye kt sne……….
March 13th, 2010 at 9:12 pm
adoi puah aku pk tajuk lgu zamani nih.padahal peminat fanatik satu ketika dlu.tQ…huhu
March 28th, 2010 at 11:09 am
nk lagu zamani tu upload kat 4shared.com
May 29th, 2010 at 10:06 pm
da jmpe pon~~~ ngee. thx. lme glr kot cr lgu neh…