in ,

Drama Mana Hilangnya Juwita

Istimewa bulan Julai ini, pihak Astro Ria menerusi saluran 104 dengan bangganya membawakan sebuah lagi drama hebat berjudul “Mana Hilangnya Juwita” yang menampilkan barisan pelakon hebat dan popular tanah air seperti Lisa Surihani, Erra Fazira, Umie Aida, Zahiril Adzim, Azhan Rani, Syazwan Zulkifli, Diana Johor, Raja Ilya dan ramai lagi.

Drama Mana Hilangnya Juwita menceritakan tentang seorang gadis kampung bernama Anggun (lakonan Lisa Surihani) yang berusaha untuk mencari adiknya yang hilang bernama Juwita. Pencarian Anggun secara tidak langsung telah meletakkan Anggun di dalam satu kelompok manusia penuh glamor, tetapi mampu membawa bahaya dan padah sekiranya dia tersilap langkah.

Untuk sinopsis penuh, Budiey akan siarkan nanti ya. Jangan lupa tonton Mana Hilangnya Juwita.

Drama Mana Hilangnya Juwita

Drama Mana Hilangnya Juwita

Drama Mana Hilangnya Juwita

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelawak Osman Kering Meninggal Dunia

My Hometown Short Films