Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Drama Lemas Dalam Cinta Lakonan Fahrin Ahmad dan Scha



FAHRIN AHMAD BINTANGI 2 DRAMA KEMERDEKAAN DI RTM – LEMAS DALAM CINTA (22 OGOS 2009) DAN NAMAKU BUKAN SETSUKO (29 OGOS 2009), SETIAP SABTU, JAM 9.00 MALAM DI TV1

Jika pejuang kemerdekaan disanjung baktinya kerana menyumbang tenaga dan berkorban nyawa untuk memerdekakan negara, namun bagi seseorang pelakon bakat mereka juga tidak kurang pentingnya dalam menyuntik semangat di kalangan masyarakat dengan drama-drama bercorak kemerdekaan yang dapat mengimbau sejarah kemerdekaan negara selain semangat cintakan negara.

Situasi itu turut dikongsi sama pelakon bertubuh sasa yang kini hangat bercinta bersama Scha Al Yahya, pelakon yang juga bekas pengacara program Sehati Sejiwa yang disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM). Fahrin muncul membawakan dua watak utama menerusi dua drama menarik, Lemas Dalam Cinta (22 Ogos 2009) dan Namaku Bukan Setsuko (29 Ogos 2009), Setiap Sabtu, jam 9.00 malam Di TV1.

Istimewanya menerusi drama terbitan Eurofine (M) Sdn Bhd, Lemas Dalam Cinta, Fahrin bergandingan dengan teman wanitanya, Scha Al Yahya sebagai pasangan kekasih yang berdepan situasi percintaan tiga segi. Watak utama adalah Jeffry Adam lakonan Fahrin sebagai bekas perenang kebangsaan yang bersara kerana kecederaan yang dialaminya. Tetapi kini dia menjadi jurulatih pasukan renang negara.

Jeffry menjadi rebutan dua gadis tetapi hatinya lebih kepada Anis Sofea yang didukung wataknya oleh Scha Al Yahya. Personaliti Anis Sofea telah menawan hatinya disebalik kelincahan dan kadang kala kelihatan agak kasar dan kurang sifat lembutnya. Sikapnya cukup berbeza berbanding Adriana, teman wanitanya yang belajar di luar negara.

Perangai Anis sering menjadi bahan teguran ayahnya, Kamal. Dari gaya Anis bercakap, ketawa dan berjalan, semuanya cuba diperbetulkan oleh Kamal, namun selalunya Anis hanya membetulkan penampilannya ketika berada di hadapan ayahnya dan semuanya bertukar seperti biasa di belakang Kamal.

Turut dibintangi pelakon Zazli Majid dan Dian P.Ramlee, usah ketinggalan menyaksikan pasangan kekasih ini beraksi di lokasi sepanjang dua jam siarannya ini yang sarat pengisian membentuk jati diri seseorang selain plot percintaan keduanya.

Menyusul kemudiannya juga drama lakonan Fahrin, Namaku Bukan Setsuko, drama yang sarat dengan kisah percintaan, kesetiaan dan pengorbanan dua insan semasa zaman pendudukan Jepun di Malaya yang akhirnya membawa perpisahan. Kazuo seorang tentera Jepun berpangkat General bertemu cinta pandang pertama dengan Tijah seorang gadis melayu penyanyi ghazal di Muar,Johor.

Pertemuan pertama mereka bermula ketika Kazuo dan bala tenteranya datang menggempor kampung di mana ketika itu Tijah sedang membuat persembahan ghazal di sebuah majlis perkahwinan. Cinta mereka berputik dari mata jatuh ke hati. Kazuo mengahwini Tijah walaupun mendapat tentangan termasuk Hamid yang ketika itu adalah tunangan Tijah. Hasil dari perkahwinan tersebut mereka di kurniakan seorang anak perempuan yang di beri nama Saleha.

Perpisahan mereka terjadi pada Ogos 1945 ketika Jepun menyerah kalah di Malaya. Hamid dan konconya memburu untuk menghapuskan Kazuo yang melarikan diri di suatu malam ketika hujan lebat bersama Tijah dan anak mereka. Perpisahan berlaku semasa mereka melarikan diri di mana Tijah terlepas daripada pegangan tangan Kazuo lalu hanyut di bawa arus air yang deras. Kazuo dan anaknya terselamat.

Kehadiran Setsuko bersama anaknya Yuki ke Malaysia pada Ogos 2008 berbekalkan seribu satu harapan di mana beliau ingin mencari dan menemui ibu kandungnya setelah sekian lama terpisah. Berbekalkan wasiat dari mendiang bapanya serta sebuah kotak kayu lama yang mengandungi gambar serta cincin lama peninggalan bapanya, Setsuko dan Yuki berusaha menjejaki wanita melayu bernama Tijah di Muar,Johor. Bahrin seorang pemuda tempatan, teman Yuki sewaktu menuntut di Tsukuba Universiti membantu mereka untuk merealisasikan harapan mereka.

Cabaran demi cabaran serta kekeliruan mereka tempuhi sepanjang proses menjejaki Tijah di mana wanita yang mereka jumpai bukanlah Tijah namun Nek Mah. Selain seorang imam tua di kampung tersebut bernama Tok Hamid.

Selain Fahrin Ahmad, drama terbitan Unit Drama RTM arahan Fahmi Sarindi ini memperkenalkan watak lakonan Mariani Ismail, Nisya Dirr, Dian P.Ramlee, Elaine Daly, Wan Maimunah, Maimun Talib, Abu Bakar Omar.

Tags: , , , , , ,

Tags: , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Fahrin Ahmad & Rima Melati Kahwin?
  • Gambar Scha Pelakon Filem Dimensi Cinta
  • Fahrin Ahmad Jadi Pembantu Scha Dalam Sehati Sejiwa
  • Gambar Kenangan Cinta Linda Onn & Fahrin Ahmad
  • Gambar Linda Onn dan Fahrin Ahmad Mandi Laut
  • Drama Matahari Lakonan Nisdawati, Fahrin Ahmad, Aida Aris, Sabrina Ali
  • Fahrin Ahmad Dalam Drama Tiada Lagi
  • CINTA RIMA MELATI, FAHRIN AHMAD, MARCELL, LINDA ONN
  • Fahrin & Linda Onn Bertunang?
  • Jawapan Trivia: Scha Al Yahya Pakai Kebaya Batik Moden



    • Annie

      Pasangan yang secocok dan sepadan. Harap-harap sampai kejijang pelamin dan sampai keakhir hayat bersama. Meleleh air liur ex dia mesti nysal tak sudah. tulah berlagak lagi tak mengaku konon kan dah melepas. Harap2 kenali hati budi masing2 dahulu dengan lebih mendalam baru buat keputusan berkahwin. Machonya……lelaki idamanku tapi apakan daya aku dah bersuami. Apa2pun suami aku tetap the best walaupun tak segagah Fahrin.

    • http://www.yahoo.com choco gurlz

      aku da tengok citer LEMAS DALAM CINTA…karektor scha sama je cam dalam AWAN DANIA…ni dengarnya AWAN DANIA dah nak masuk musim baru…eeeiii…tak sabarnya nak tengokkkk…scha neh dalam brutal ada lembutnya… :-)

    • lela

      emm.. saye ade gak tgk lemas dlm cinta… 2kali rtm tayangkn lau x silap la,, cite nye lucu… best la tgk scha ngan fahrin blakon same…

    • girl

      sye xdpt tgk r cite 2
      plezzz ulg kn
      mesty besh dowg acting
      plezzz ulg RTM…

    • ahchai

      series awan dania episod 1 & 2 is now available in dvd. season 1 sape nak dah boleh dptkan dah…tp klu season 2 ,kena tunggu habis dulu.. boleh deal dgn aku sixstrings666@gmail.com anda juga boleh request ape2 sahaja cerita yg anda rasa teringin sgt nak tgk,tp dah x penah tayang…email pade sy… sapa yg nak movie lemas dlm cinta ni pun,dah ada…sebab ada org request haritu..so sy ade copy nye..sape nak boleh email sy k



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK