Drama Lagenda Puteri Bunian
146TANPA DISEDARI KEHIDUPAN ALAM GHAIB
MEMERHATIKANNYA
Lagenda Puteri Bunian sememangnya sinonim dengan kehidupan masyarakat Melayu malah ianya menjadi kisah dongeng dari generasi ke generasi.
Dipercayai bahawa kehidupan makhluk halus ini menyamai kehidupan manusia di alam nyata, bezanya makhluk bunian tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Puteri Bunian juga digambarkan mahkluk tuhan yang cantik dan sempurna serta menjadi idaman setiap jejaka.

Sumpah Bunian menerusi Slot Lagenda di TV3 mengisahkan percintaan di antara gadis bunian yang bernama Hawa dengan manusia biasa, Adam. Garapan jalan cerita drama ini merupakan imaginasi penulis skripnya iaitu Sharifah Abu Salem yang mendapat ilham dari pelbagai kisah dan lagenda, juga daripada cerita rakyat dan cerita lisan golongan tua. Idea penulis disampaikan secara versi moden dengan menyelitkan dimensi dunia bunian, sesuatu yang tidak dapat digambarkan oleh alam nyata tetapi suatu percubaan yang dipersembahkan sebaik mungkin oleh sutradara.

Sumpah Bunian akan menemui penonton pada 30 September 2009, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang. Barisan pelakon dan watak-watak yang mewarnai siri Sumpah Bunian sebanyak 19 episod ini ialah Nora Danish (Hawa), Rizal Jaafar (Adam), Qazem Nor (Fikri), Elly Mazlein (Azeera), Mahmud Ali Bashah (Hashim), Fetty Zul (Normah), Dian P. Ramlee (Kasmah), Bienda (Jasmin), Mubarak Majid (Malik) dan Aznah Hamid (Mariam). Manakala pengarah yang menjadi tulang belakang siri ini ialah Adam Hamid dan diterbitkan oleh Enuja Sdn Bhd di mana Zainuddin Hj Mohd Ismail bertindak selaku penerbit.

Rizal
Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Pn Nurul Aini Abu Bakar, “Nora Danish adalah pelakon yang sangat sinonim dengan gelagat manja dan comel dalam sitkom ‘Puteri’. Namun dalam Sumpah Bunian beliau menampilkan lakonan yang lebih matang dan karakter sebagai gadis bunian yang lengkap bertudung. Nora sebagai gadis bunian digambarkan mempunyai sifat yang tulus mulus dan penuh kelembutan, yang mencintai alam sekitar dan kehidupan semulajadi. Bagi mereka yang merindui lakonan Rizal yang popular menerusi drama Jelatang di TV3, saksikan lakonan beliau sebagai peneraju utama bergandingan dengan Nora Danish dan Elly Mazlein. Lakonan Elly juga melalui satu transformasi kerana beliau membawakan watak antoganis berbanding dengan lakonan-lakonan beliau sebelum ini. Apa yang pasti, Sumpah Bunian mengabungkan pelakon-pelakon muda yang berkaliber dan berupaya membawakan watak mereka.”
Episod pengenalan drama ini membawa penonton melihat kehidupan Hawa diwaktu kecil, dimana Hawa sering memerhatikan Adam yang sedang bermain dengan rakan-rakannya. Hawa tertarik dengan peribadi Adam yang baik dan mulia, berbeza dengan sikap sepupu Adam, Fikri yang mempunyai sikap yang bertentangan. Sesiapa yang menyakiti binatang pasti dimarahi Adam. Keperibadian Adam inilah memikat hati Hawa. Kekerapan Hawa yang sering ke tempat Adam membangkitkan kemarahan ibu bapanya. Bagaimanapun, Hawa tidak lagi dapat melihat pergerakan Adam apabila Adam terpaksa mengikut keluarganya berpindah ke kota.

Hawa merindui Adam dan berasa sunyi selepas pemergiannya. Tujuh belas tahun berlalu, Adam kini sudah dewasa dan membantu syarikat bapanya, Tuan Hashim. Namun minat Adam masih kepada alam semulajadi, flora dan fauna. Adam kembali ke hutan, tempat dia bermain sewaktu kecil untuk melihat haiwan-haiwan jinak yang sering menemani zaman kanak-kanaknya. Terlihatkan kunjungan Adam, Hawa sekali lagi terpikat dengan Adam yang sudah 17 tahun dirinduinya itu…..
Bagaimanakah kesudahan percintaan dua insan yang berlainan dunia, adakah Hawa akan melepaskan cintanya, apakah mungkin keduanya dapat disatukan dalam dunia manusia…? Sama-sama kita saksikan kesudahan Sumpah Bunian di TV3 pada jam 4.30 petang dan siaran ulangan di TV9 pada jam 8.35 malam.









HAHAHAHA! Tu la mengejek putri bunian pastu kenah petir mati rasanya. munking ni sumpah bunian!
hihihi.. x sabar tunggu isnin dpn ni. Nak tgk apa ending cite ni. Sedihnya, sampai hati adam cakap mcm tu kat hawa.. nangis tengok cite ni.. sy rasa hawa akan kembali ke dunia bunian dia. Tp kesian lak kat adam sorang tinggal kat bumi.. Huhuhu…
banyak part yg saya tk leh tgk,cthnya bila adam atau azeera marah hawa.rasa kesian sangat + geram.walaupun dah setting kat kepala ni yg tu lakonan je,still tk leh terima…agaknya lakonan diorang ni bekesan.masa adam marah hawa siap nangis sebab sedih….
lagi satu pompuan mcm azeera ni byk skarang nih,tapi yang macam siti hawa ni ada lagi ke rasa-rasanya….
nak tau skang dah episod brapa?
saya nengok kat web jek.. baru dapat d/load sampai episod 10.
Mana nak cari yang seterusnyaaaaaa….. adamm, tunggu hawa tau! haha
kenapa you tube skrang susah nak open utk tgk crita2 drama siri tv 3
best…btl cte sumph bunian..
smlm episod 18 dah.. yg sy tau dia ada 19 episod je.. hmmm, lama lg ari isnin ni.. x sabar tunggu final episod dia..
hawa (“,) cmn nak download cita ni? download kat mana?
elly mazlein blak0n dlm drama sumpah bunian gedik nk mmp0s….aku x ska la 0wg gedik2…
s0wie kl0w sye k0men krang s0pan…sje lwak2 jew..hehehe…
Leh download kat masyuk.com tapi diaorang lum masukkan semua episod
aryn x sabar nak tgk epi seterusnya… esok!!!!!!
apa yg akn terjd pd adam dan hawa???
x mungkin adam mati… tp mungkin hawa terpaksa tinggalkn adam dan kembali ke dunia bunian!!!
ini firasat aryn jew… hope bkn mcm tu endingnya…
cite nie bes gile , menarik hati . kisah pencintaan yg menarik kalau izzati jadi hawa kan bes ! moga hawa terus mencintai adam.
citer seterusnyew mcm maner lak…nak tahuw cgt2 lar…nora danish comel lar…suker tgk….
Puas ati adam kenah petir!!Hahaha..Knpalah dia sanggup ckp aku punya hawa mandul dan buruk…
tq hamzah!!! moga awak akan terjumpa hawa awak
sukanya tgk citer nie… best sgt2!!!
syg ada n hawa… smoga cinta mrk kekal!!!
walaupun adam x dpt melihat hawa, ttp cinta mrk ttap kukuh…
love them…
Hawa nampak begitu cantik,ketika mukanya pucat..Part tuulah hawa sngt cntik..
ingatkn last episod die happy ending
rupanyer sad ending
sedihnye tgk adam muke die mcm hawa tp tu blsan untuk die sbab die mungkir janji die
cite nie ada pengajarannya yg kite ptut jadikan ia menjadi teladan dlm seumur hidup kite
tu je saya nk ckp
Nnti Ulng blk tyngn Sumpah Bunian,Yek,Bye
tak puas hati lah dgn ending citer ni.. kesian adam. Huhuhuhu..
sedih la ending die..
dah elly kene berlakon gedik,takkan nak nampak baik plak..klu suh berlakon gedik tapi jadi baik xmenjadilah lakonan dia..ape daa..
nora danish sangat cantik
cerita sumpah bunian ini syok banget
suka sangat citer puteri bunian ni, kalau boleh nk tengok lagi… part 2 ker..huhu..
rizal hensem ar dlm crita sumpah bunian
rizal n nora secocok ar
Dah tengok 3 kali ulang cite ni, tapi tak jemu2 lagi. hehe
Alangkah bagusnya kalau gadis melayu mencontohi SITI HAWA….
SUMPAH BUNIAN BEST TAPI SAYA TAK DAPAT TENGOK HABIS BOLEH SIARKAN CERITA SUMPAH BUNIAN LAGI TAK PLEASE………
OKEY MULANYA SAYA…..TAK FAHAM AKHIRNYA SAYA FAHAM TENTANG SUMPAH BUNIAN……
salam semua.. saya teringin sgt nak dptkan background music cite ni, muzik yg menggunakan irama yg tgh bersenandung tu
hai semua u all suke tengok sumpah bunian
suka lagu yg ada bekap sore pompuan tu…yg haaaaahaaaa tu…tp bukan lagu tema tu…korg tahu x tu lagu apa?kat mana leh dapat ek…tq….
for bani…aku dah jumpa lagu senandung yg ko kata tu…lagu tu dr ost citer pan’s labyrinth…ko leh search kat youtube pon ada jgk…hehe…
best jgak tgok puteri bunian tadi ya….hehehehe
cerita nie best n boleh bwt kiter mcm di alam bunian an..
..huhu..(^_^)
cntik nya nora pkai tdung
suka citer ni wlu ending dia sedihhh….bengang je tgk elin…tp tu tandanya dia pndai blakon kan..huhu…tp lagu background dia yg plg best…masyukkk…\m/ \m/
Hai,Saya peminat kamu.Saya ingin berkenalan dengan kamu.Saya Dayang Wasitah.Website niapa.
cite ny best laa..suke sngt tngk Nora danish pkai tdung..cute arr..
nak sangat rasanya berjumpa sendiri dengan puteri bunian..x dpt putri,,orang bunian pon jadilah…
agaknya mereka ada internet x??
azira macam keetuuuut atukn aku jah
halooooo