Drama La Dolce Amira dan Datin Wanabe di TV3
Dua lagi drama menarik akan diperkenalkan bulan Mei ini! Istimewa buat peminat setia slot Lestary, satu lagi drama penuh emosi berjudul La Dolce Amira akan bersiaran bermula pada 26 Mei 2009, setiap hari Selasa, 9.00 malam. Drama ini mengisahkan tentang kehidupan Amira dipenuhi dengan gelak ketawa dan usik mengusik namun di sebalik keceriaan itu, Amira berdepan dengan masalah rumahtangga ibu bapanya. Pelbagai cubaan sudah dilakukan oleh Amira tetapi sering mengalami kebuntuan.
Manakala Datin WanAbe pula akan menemui penonton bermula hari selasa, 19 Mei 2009, jam 10.00 malam mengisahkan tentang keluarga Kat dan Amin yang penuh dengan adegan lucu mencuit hati lantaran sikap Kat yang sering mahukan perhatian dan terlalu inginkan kehidupan mewah walaupun hakikatnya dia mencanang cerita semata-mata hendak bermegah-megah.
Siri La Dolce Amira menampilkan pelakon-pelakon seperti Faeza Elai, Iqram Dinzly, Siti Elizad, Amelia Chan, Linda Hashim, Fizzow Omar, Joanna Bassey, Kuza, Zafrul Nordin, Wan Faikah Aina dan Rozie Rashid. Manakala Datin Wan Abe membariskan pelakon seperti Jasmin Hamid, Shamsul Ghau Ghau, Wan Elyas, Zaris dan Maya.

Saksikan Faezah Elai dalam drama La Dolce Amira
Tags: Drama, TV3Click on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





May 25th, 2009 at 1:01 am
Hmm…pc budiey ni mesti Eng default…Rasenye title drama tu DATIN WANABE….Dating plak jadinya
May 25th, 2009 at 8:43 am
Budiey..tajuk tue salah…Datin Wan Abe la…bukan Dating…
May 26th, 2009 at 3:22 pm
SALAH TAIP LER TUH..HU HU..BYK SGT NK MASUKKAN STORY YER BUDIEY..
May 26th, 2009 at 6:45 pm
over la plk minah ni…pkai skirt smpai nmpk spenda////….cm x laku je hu3
May 27th, 2009 at 9:22 pm
cam x best je…borin..
July 21st, 2009 at 10:09 pm
best r cete la dolce amira ne?klu blh buat la banyk lagi cete tu mcm cete puteri sampi skg org igt cete tu .good luck untk smue pelakonb dlm cete tu .terutama kat amira.sya sokng 100%
August 11th, 2009 at 9:32 pm
Drama La Dolce Amira, memaparkan cara hidup yang begitu jauh menyimpang dari budaya melayu dan islam. Orang melayu memang ada yang begitu dewasa ini namun adakah budaya itu mahu dibudayakan. Berpeluk seperti suami isteri semasa masih belum ada ikatan sah. Dalam satu episod pelakon perempuan dan lelai kelihatan bermesraan dengan kepala pelakon perempuan diletakkan di atas bahu lelaki. Hampir nak bercium. Mereka pula digambar sebagai elemen yang baik. Adakah ini yg kita mahu. Golongan muda akan merasakan itu satu yang diterima dan boleh buat.
August 13th, 2009 at 10:32 pm
cite ni tak berunsurkan sedikit pun nilai-nilai umat islam dan tak sesuai ditonton oleh kanak-kanak…kanak-kanak akan ikut cara perlakuan seperti yang dipaparkan…..tiada unsur kebaikan
August 20th, 2009 at 9:35 pm
Perghh!!!!! sedih beb bila tengok ending LA DOLCE AMIRA tu…
Harah-harap cerita tu boleh dimainkan lagi sekali….
August 20th, 2009 at 9:41 pm
Bila LA DOLCE AMIRA tu nak main semula???????????????
August 23rd, 2009 at 1:35 pm
sedih gile mase ending die u. abang die mati kan. kejam gile penyamun tu.
harap2 tayang kanlah lagi cite tu.
August 24th, 2009 at 9:06 pm
SAYA TAK PUAS HATI DIATAS APA YANG TELAH BERLAKU PADA ARIF DALAM CERITA LA DOLCE AMIRA NI! KENAPA ARIF YANG MATI? KENAPA BUKAN VEE? KALAU VEE MATI, MAZNAH AKAN MENGGANTIKAN TEMPAT VEE, SEBAB MAZ KAN SUKA KAT ARIF?!!!!!
August 27th, 2009 at 11:37 pm
apalah Aishah ni.. kalau macam tu tak menarik la ceritanya.. betull tak??
October 4th, 2009 at 6:44 pm
cerita ini memang seronok ditonton,tambah2 lagi remaja yang meningkat umur.
January 14th, 2010 at 4:43 pm
hai, sya ska mnonton ceta ni
January 14th, 2010 at 4:44 pm
hai’