• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Drama Korea Terbaru Still Marry Me di ntv7

0
  • by Budiey
  • in Drama · NTV7
  • — 5 Feb, 2013

PERTAMA KALI DI MALAYSIA: DRAMA KOREA TERBARU STILL, MARRY ME CUIT HATI PENONTON ntv7

Konflik kerjaya dan sindrom cinta wanita berusia

Bila nak kahwin? Itulah antara soalan cliché yang kalau boleh enggan anda dengari tatkala masih belum menamatkan zaman bujang walaupun usia semakin meningkat.

Bukan mudah menemui pasangan hidup apatah lagi jika anda seorang wanita berkerjaya dan digelar golongan gila kerja atau ‘workaholic’. Adakalanya dalam mengejar cita-cita, pangkat mahupun harta mungkin ada yang terlupa yang mereka juga memerlukan pasangan hidup. Lebih runsing apabila bermacam-macam pula cabaran yang terpaksa ditempuhi.

Drama Korea Terbaru Still Marry Me di ntv7

Dilema wanita moden inilah yang bakal diketengahkan dalam sebuah drama bersiri Korea terbaru berjudul Still, Marry Me yang bakal menemui penonton buat pertama kalinya di Malaysia bermula 1 Februari pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 12 tengah hari selama sejam di ntv7.

Bersiaran selama 22 episod, Still, Marry Me mengisahkan tiga orang sahabat Lee Shin Young (Park Jin Hee), Jung Da Jung (Uhm Ji Won) dan Kim Boo Ki (Wang Bit Na) yang merasakan kehidupan mereka telah sempurna namun mula menyedari bahawa mereka masih tidak mempunyai pasangan hidup. Pada usia 36 tahun mereka dihujani dengan pelbagai masalah dan kini terdesak mencari cinta.

Lee Shin Young merupakan seorang wartawan penyiaran yang sentiasa ceria dan sering mendapat perhatian sehingga dipilih oleh syarikatnya untuk mendapatkan latihan di Washington. Shin Young yang menghabiskan masa selama dua tahun di sana terpaksa memutuskan pertunangannya bersama Yoon Sang Woo (Lee Pil Mo). Namun sekembalinya Shin Young, dia menerima tamparan hebat apabila mengetahui bekas tunangannya kini bakal berkahwin dengan gadis lain. Shin Young yang juga menerima tekanan kerja akhirnya mengalami penyakit ganjil iaitu gagal mengawal ekspresi wajah dan terpaksa dihentikan.

Sedang Shin Young cuba mencari cinta hati barunya, lain pula dengan Jung Da Jung yang merupakan seorang penterjemah bahasa dan sering berharap dapat bertemu jejaka kaya. Impian Da Jung hampir menjadi kenyataan apabila dia bertemu seorang doktor bernama Na Ban Seok (Choi Cheol Ho) dalam sebuah temujanji. Namun, tatkala Na Ban Seok melamarnya, Da Jung merasakan masih ada yang kurang dalam hidupnya.

Sindrom wanita berusia juga tidak ketinggalan dalam kehidupan Kim Boo Ki yang merupakan seorang perunding restoran. Setelah 10 tahun berpacaran, Boo Ki akhirnya dikecewakan walaupun mereka telah bertunang. Lebih menarik apabila Boo Ki terjumpa seorang bayi yang ditinggalkan di pintu rumahnya.

Dalam masa yang sama, Shin Young kini menaruh perasaan dengan jejaka yang 12 tahun muda daripadanya. Keadaan tentunya lebih riuh dengan ragam ketiga-tiga watak utama dengan misi cinta dan kehadiran bayi misteri dalam kehidupan mereka. Tidak lari daripada sentuhan yang pasti mencuit hati, Still, Marry Me pastinya akan menceriakan penonton dengan aksi-aksi lucu para pelakonnya selain menyelitkan pengajaran-pengajaran menarik untuk dijadikan iktibar.

Seiring dengan sambutan ulangtahun ke 15 pada tahun ini, ntv7 bakal dilihat menyiarkan pelbagai drama Korea yang bakal bersiaran khas buat pertama kalinya di Malaysia seperti A Gentleman’s Dignity dan Birdie Buddy yang bakal menemui penonton saluran itu tidak lama lagi.

“Tahun ini kami ingin memberikan kepuasan kepada para penonton dengan menawarkan drama bersiri Korea terbaru yang disiarkan pertama kalinya di Malaysia. Menyedari semakin ramai rakyat Malaysia yang menggemari drama dari negara Korea, kami ingin menjadikan tawaran ini sebagai salah satu hadiah kepada mereka sempena ulangtahun ntv7 yang ke 15. Yang pasti pelbagai lagi program-program menarik dan kejutan yang akan menyusul tidak lama lagi,” kata Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV.

Masihkah ada harapan cinta sejati yang tidak mengenal usia? Bagi peminat drama bersiri Korea, pastikan anda tidak ketinggalan menonton Still, Marry Me di slot Korean Series yang pertama kali disiarkan di Malaysia bermula 1 Februari 2013 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 12 tengah hari, eksklusif di Saluran Ceria Anda, ntv7.

Drama Korea Terbaru Still Marry Me di ntv7

Drama Korea Terbaru Still Marry Me di ntv7

Drama Korea Terbaru Still Marry Me di ntv7

Drama Korea Terbaru Still Marry Me di ntv7

Drama Korea Terbaru Still Marry Me di ntv7

Drama Korea Terbaru Still Marry Me di ntv7

Drama Korea Terbaru Still Marry Me di ntv7

Komen via Facebook

Komen

Share

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Tiket Konsert Anuar Zain 3 Dekad Laris
  • Next story Lokasi Konsert Anuar Zain 3 Dekad Bertukar Ke Stadium Melawati Shah Alam

ENTRI BERKAITAN

  • Senarai Pencalonan Top 5 Anugerah Bella NTV7 21 Jan, 2013
  • Drama Kanak-Kanak Nine P.I di TV2 31 May, 2009
  • NTV7 Siar Drama Korea Sassy Girl Chun Hyang 13 Apr, 2012
  • Tayangan Eksklusif Drama Bersiri Rectify di Sundance Channel 13 May, 2013

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • Afiq Muiz Diminta Bertaubat Dengan Segera
    • Sharifah Amani Pegang Watak Pelacur Dalam Redemption Night
    • Koleksi Gambar Anuar Zain Dengan Gaya Smart Kasual
    • Ulasan Album Lagu Terbaik dari Kotak
    • Media Prima Digital & Samsung Lancar Tonton di SMART TV
    • Suria FM Guna Trak Untuk Promosi
    • Peraduan Duta Belia & Nissan ALMERA Playlist
    • AirAsia Jawab Isu Tidak Dibenarkan Ibu & Bayi Menaiki Pesawat Di Ho Chi Minh
    • Album Sohaimi Mior Hassan 1 Kini Di Pasaran
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • cnblue-konsertTiket Konsert CNBLUE Mula Dijual Hari Sabtu IniWednesday, May 15, 2013
    • najwa-latifNajwa Latif Bakal Meriahkan Festival Kenyir 2013Monday, May 13, 2013
    • siti-nurhaliza-galau-videoKonsert Solo Siti Nurhaliza in Symphony di Dewan Filharmonik PetronasMonday, May 13, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • nora on:Afiq Muiz Diminta Bertaubat Dengan Segera
    • nora on:Afiq Muiz Diminta Bertaubat Dengan Segera
    • nora on:Drama Rindu Ini Milik Dia Temukan Memey Suhaiza & Talha Harith
    • Sara on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • Afiq Muiz Diminta Bertaubat Dengan Segera
    • Sharifah Amani Pegang Watak Pelacur Dalam Redemption Night
    • Koleksi Gambar Anuar Zain Dengan Gaya Smart Kasual
    • Ulasan Album Lagu Terbaik dari Kotak
    • Media Prima Digital & Samsung Lancar Tonton di SMART TV
    • Suria FM Guna Trak Untuk Promosi
    • Peraduan Duta Belia & Nissan ALMERA Playlist
    • AirAsia Jawab Isu Tidak Dibenarkan Ibu & Bayi Menaiki Pesawat Di Ho Chi Minh
    • Album Sohaimi Mior Hassan 1 Kini Di Pasaran
    • Gambar Ulangtahun Pertama Sophie Paris Malaysia Meriah
    • Drama Rindu Ini Milik Dia Temukan Memey Suhaiza & Talha Harith
    • Drama Bersiri Etnik Demi Sugit Lakonan Anding Indrawani
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.