Drama Komedi Seram CEPLOS di TV9 Lakonan Shazrin Sazwan
Terus segar dengan barisan rancangan menarik dan terkini, TV9 kembali menayangkan pelbagai program baru yang bakal menjadi pilihan ramai. Telah hampir empat bulan TV9 tampil segar, ceria dan kontemporari. Segala rancangan yang tersiar disesuaikan dengan semua peringkat penonton agar keistimewaan program-program yang di tayangkan menerusi saluran TV9 dapat dirasai.

Terbaru, drama komedi seram yang akan mula disiarkan pada 4 April 2009 ini akan memberi peluang kepada semua penonton untuk mengalami perasaan cemas, mendebarkan serta aksi lucu. Ceplos, itulah tajuk yang dipilih bagi drama komedi seram terbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd. Diarahkan oleh Emi Suffian b. Abdul Sabhe dan Puan Hajah Ziela Jalil selaku penerbit, Ceplos dijangka dapat menarik minat penonton memandangkan ia menceritakan tentang makhlus halus bernama Ceplos yang sedang mencari mangsa untuk didampingi.
Drama komedi seram yang masih dalam proses penggambaran ini dibarisi oleh pelakon mantap dan berpengalaman seperti, Kazaruddin bin Saisi (Ipin), Muhammad Shazrin Sazwan (Ceplos), Maimunah binti Ahmad (Mak Senah), Kamarozaman Hj Yusoff (Mail Pilin), Syarifah Sahirah (Ijah), Norliza binti Abdullah (Rosma), Yusof Mohamed Kassim (Alfid) dan Shahrulzaman (Mat Trumpet).

Ia bermula dengan kematian Pak Shuib yang berhasrat untuk mewariskan pendampingnya, Ceplos kepada anaknya Ipin lakonan Kazaruddin Saisi. Namun, Ipin enggan mewarisi Ceplos kerana tidak berminat dengan memilik makhlus halus atau perkara ghaib seperti itu. Tambahan, fikirin Ipin berkecamuk setelah dikecewakan oleh kekasihnya Ijah. Ipin lalu membawa diri ke Kuala Lumpur.
Ceplos terpaksa kembali kepada ketuanya Alfid setelah Ipin menolak kehadirannya. Namun, Alfid tidak mahu menerima Ceplos kerana kebaikan yang pernah dilakukan sepanjang bersama dengan Pak Shuib. Niat Alfid dan konco-konconya hanyalah untuk membawa kemusnahan dan kejahatan kepada penduduk kampung. Perkara ini tidak dipersetujui oleh Ceplos dan membuatkan Ceplos mencari jalan supaya dirinya diterima Ipin.
Akhirnya, Ipin menerima Ceplos sebagai pendampingnya dengan syarat Ceplos perlu menolongnya melakukan perkara kebaikan. Kepulangan Ipin ke kampung membuka lembaran baru kepada semua penduduk. Malah, kekasih lamanya, Ijah yang telah bercerai cuba mengambil kesempatan untuk kembali kepada Ipin. Namun, Ceplos sentiasa menggagalkan rancangan Ijah agar Ipin tidak akan terpedaya dengan tipu daya Ijah.
Bilakah pertempuran sebenar antara Ipin dan Ceplos dengan Alfid serta konco-konconya yang sentiasa membuat kekacauan di kampung akan berlaku? Berjayakah Ipin dan Ceplos mematikan segala rancangan jahat Alfid? Bagimana pula dengan kesudahan hubungan Ipin dan Ijah? Adakah mereka akan bersatu atau sebaliknya?
Untuk melihat kesudahannya, pastikan anda tidak melepaskan peluang menonton drama komedi seram terbaru Ceplos setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad jam 9.00 malam bermula 4 April 2009 ini hanya di TV9.
Alamilah segala debaran semasa menonton dan bersantai bersama keluarga!
Selamat Menonton!

Click on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





April 25th, 2009 at 9:33 am
cerita ceplos ini sangat menyeronokan
May 10th, 2009 at 6:13 pm
SAYA MINAT SHAZRIN .CEPLOS
May 10th, 2009 at 11:14 pm
pada saya ia memang lawak tetapi buat bagi panjang sikit pada hari cuti kerana ia memberi manfaat kepada orang yang putus hubungan dengan tuhan (allah).saya minta dalam cerita itu berikan nasihat secara teranggan.supaya manusia janggan berkawan dengan jin ,percaya dengan benda merapu,percaya terhadap bomoh,tamak harta orang tua dan memuja benda bodoh…………. saya ……..harap maaf walaupun saya tersalah ejaan kerana saya telah lama tidak belajar B.melayu … tetapi saya belajar arab dan tentang maklok halus ini….wassalam………..
May 11th, 2009 at 11:25 pm
kepada sesiapa yang sudi tolong uploadkan lagu tema drama Ceplos iaitu lagu hantu.hantu yang dinyanyikan oleh entah penyanyi mana, sedap sungguh. Saya nak jadikan ringtone.
May 20th, 2009 at 9:18 am
ceplos memang best.hantu mana hantu…….mana hantu
May 28th, 2009 at 2:22 pm
Bagus cite nih… ada pengajaran nye…. Keep it up!…
Minat dgn Kaza sejak nonton cite ni… syabas lahh !
May 30th, 2009 at 4:28 pm
saya dan family memang sentiasa menunggu siri CEPLOS .. lebih-lebih lagi anak bongsu saya danish. cuma saya minta siri ini dipanjangkan menjadi 1 jam. kerana 1/2 jam rasa macam tak puas la melihat gelagat ceplos dan ipin. apa-apa pun Kaza memang pelakon kesukaan saya begitu juga dengan Ceplos. watak Mail pilin memang best. cara dia mengubati orang orang memang kelakar … tahniah pada semua pelakon SIRI CEPLOS…
June 3rd, 2009 at 12:49 pm
Kalau boleh drama ceplos ni dibuat pada setiap hari isnin hingga jumaat…muehehehehehe..best gitu tp tulah…banyak iklan dari drama…
June 5th, 2009 at 3:57 pm
sebelom neyh shazrin penah berlakon cerite papaya kn………….
June 7th, 2009 at 5:34 pm
saya sering merajuk kalo xdpt tgk ciplos..abah suka tengok bolaaaaa…sponser tv satu kat saya boleh hehehehe..janji dpt tgk ceplos
June 11th, 2009 at 12:55 pm
salam,
boleh siarkan lagu tema CEPLOS?
dari segi vedio mahupun Mp3…
saya minta pihak tuan,puan menyiarkannya..
sekian terima kasih
June 13th, 2009 at 9:29 pm
alright ceplos memang cool terutamanya ipin tetapi hilang satu benda liriknya
June 16th, 2009 at 9:15 am
saye sokong pendapat rosmila, kami sekeluarga x puas melihat gelagat2 mereka. Saye suke lagu hantu dan saye ingin uploadkan lagu tema tersebut.
June 23rd, 2009 at 3:24 pm
saya pun suka negok citer nie….ceplos tu lawak la…time weekend mmg duk depan tv la nk negok citer nie x kuar makan pun takpe asal tak terlepas tengok cite nie….best….kalo x tengok rase rugi….
June 27th, 2009 at 1:35 pm
saya pun sama tiap2 weekend tak pernah kuar pi mana2 pun
June 28th, 2009 at 5:52 pm
lagunya sungguh menarik…
best… kirim salam dekat org trolak ye…
June 30th, 2009 at 8:43 am
cita sungguh menyeramkan n lucu
tiap2 malam jumaat,sabtu n ahad saya
x ketinggalan tgak cita ceplos
July 14th, 2009 at 12:15 pm
saya jatuh suka ngan ceplos dah..hehe…sgt softspoken dan kiut hehe….boleh gelak gila2 tgk citer nie
July 20th, 2009 at 3:12 pm
nape ipin dh x kuar..x syok leeee.. anak2 sya pun dh x suka tgk sbb x de ipin…ipin g ane yek???? ipin tu jiwa dlm drama ni..klau die x de rase kosong je…..
July 29th, 2009 at 11:29 am
cite ni best la .lucu pulak tu.budak2 pun suka cita ni …
August 2nd, 2009 at 10:35 am
ceplos memang tak best kami orang baik kami tak suka tengok cerita ceplos boooo….sapa dia kami suka raja lawak je….^_^
August 2nd, 2009 at 10:37 am
kami memang tak ketahuan tengok cerita orang bodo tu….
August 2nd, 2009 at 10:38 am
ceplos tu……™
August 2nd, 2009 at 10:39 am
dia suka main crazy shooter online ..
August 19th, 2009 at 4:32 pm
mmg best lar cita ceplos..
August 24th, 2009 at 12:28 pm
cerita ini ada DVD x…
keluarkan lah jika ada….????
August 26th, 2009 at 11:43 pm
bestlah cite ni! kalau seram2 kelakar macam cite ni barulah best tak macam keliwon tu merepek je!
September 9th, 2009 at 4:40 pm
kenapa tak buat ceplos the movie pasti meleyup pangung punya………
September 9th, 2009 at 4:47 pm
kenapa cerita ni pendek sangat dah la tu eklan pulak banyak tapi apa-apa pun cerita tu memang best
September 13th, 2009 at 5:56 pm
go ceplos
hantu mana hantu
hehe…….
January 19th, 2010 at 12:52 am
saya antara editor bagi cerita nie.. haha memang lawak.. si syazrin tu memang lawak walaupun kami tak pernah bercakap.. tapi bg saya, masa edit tu lagi lawak sebab macam2 jadi masa dorang shooting.. adoi syazrin..
January 19th, 2010 at 12:53 am
anything emailkan pada saya.. mohammadhafiz90@yahoo.com
January 19th, 2010 at 12:55 am
mielsa.. yer betol ckp awk.. syazrin berlakon dalam cerita papaya.. tu first lakonan dia kalau tak silap saya.. ceplos skrg siri 4.. mungkin yg nie terakhir sebab kami tak terima ape informasi dari ziela jalil.. semoga terhibur ya.. yang pasti ending dia sangat menyedihkan
January 19th, 2010 at 1:02 am
lagu nie dinyanyikan oleh kumpulan M.I.X bertajuk Hantu.. boleh download di 4shared.com yer~!!
May 15th, 2010 at 11:23 am
drama arahan emi suffian mmg best2.x silap pepaya dgn kaber hero kaber zero pun emi sufian jgk.yg trbaru drama jidin! hihihi..keep it up!
July 4th, 2010 at 10:59 am
ceplos memang best. sampai ke dapur pun tak habis2 gelak..teruskan siri ni.. lakonan bersahaja ipin pun buat kita rileks..
September 6th, 2010 at 1:37 pm
saya suka CEPLOS, tapi saya baru je menonton rasa-rasanya dalam sebulan dua ni. Dulu saya ingat cerita ni tak best, rupa-rupanya bila dah ditonton, seronok…
November 9th, 2010 at 6:28 pm
cerita ceplos selalu tergantung tak habis citer dah lngsung tak kuar kat tv…..pastu bila ada balik citer ceplos ulang balik dari episod satu….lgi satu byk iklan dari cerita mcmmna nk layan citerceplos betul2….kdg2 boring…keluarkn jelh dvd ceplos senang nk tgk….lgsung tk ada iklan…