in

Drama Kelong Kasih Lakonan Mas Muharni

Kelong Kasih : Lambang Kasih Seorang Bapa Terbitan Unit Drama TV RTM

Menjalani penggambaran sejak 22 April 2011 hingga 7 Mei 2011 lalu di tiga lokasi berbeza termasuklah Kelong Inu, Mersing, Johor, Kampung Hijrah & Kampung Chempaka, Kuantan, Pahang dan Universiti Islam Antarabangsa Kuantan, Pahang antara cabaran terpaksa dilalui krew produksi Unit Drama TV RTM dalam menghasilkan telemovie menarik Kelong Kasih.

Ternyata cabaran diterima krew serta pelakon yang menjayakan drama ini kerana sebahagian besar lokasi di gunakan melibatkan enam puluh peratus berlaku di atas kelong manakala selebihnya empat puluh peratus di kawasan daratan.

DSC_4175

Drama bercorak kekeluargaan arahan Kamarudin Ambak yang dihasilkan skripnya oleh Badrul Munir Md. Isa (Pak Abang) ini membariskan pelakon Mas Muharni (Lara Suriani), Rahim Omar (Farid / Tuan Kelong), Rosnah Johari (Raihan / ibu Suriani), Rashidah Jaafar (Laili / Isteri Pak Jalal), Mubarak Majid (Pak Jalal / Penjaga Rumah Anak Yatim), Shasha Al Khred (Azimah / Kawan Suriani) dan Bil Azali (Zairi / Kawan Suriani).

Kelong Kasih mengisahkan Lara adalah antara pelatih praktikal Universiti Islam Antarabangsa yang memilih kelong sebagai bahan kajian. Usahanya dibantu oleh Pak Jalal iaitu pekerja dan orang kepercayaan Farid, persinggahan Lara di rumah anak yatim Permata Camar seolah-olah member petanda tentang siapa dirinya yang selama ini juga tidak pernah merasakan kasih sayang seorang ayah.

Lara diuji dengan kehebatan suasana kelong yang terasing dari daratan. Mengapa kelong ini masih rasional kepada Farid seorang usahawan berjaya menjadi persoalan besar buat Lara. Raihan ibu Lara menyimpan kenangan yang tak pernah diceritakan kepada sesiapa. Persoalan itulah juga yang mambawa Lara untuk mencari dan mendasari asal usul siapa dirinya.
Raihan mula resah dengan perubahan Lara semenjak pulang dari kelong. Raihan yang tidak selesa dengan perubahan semakin terbeban apabila mendengar nama Farid dari mulut Lara. Lara yang menaratifkan kemanusiaannya, melihat kelong sebagai lambang kasih sayang. Kelong yang pada awalnya hanyalah didasari kehendak manusia dan alam akhirnya, kelong sebuah tempat pertemuan yang terasing dari daratan tidak boleh lari dengan gelora dikelilingnya.

Kelong Kasih bakal menemui penonton pada 28 Ogos 2011, jam 10.00 malam mengisi slot Sinema Ahad di TV2.

pelakon utama ... Mas Muharni dan Rahim Omar

Mas Muharni dan Rahim Omar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Di Pintu Mahligai Lakonan Abby Abadi

Gambar Selebriti di Rakaman Melodi Raya 2011 Part 2