Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Drama Kanak-Kanak Nine P.I di TV2



KHAS CUTI SEKOLAH : NINE P.I (DRAMA BERSIRI KANAK-KANAK) DI TV2

Individu penyiasat persendirian yang dikenali kerana kemampuan mereka menyelesaikan masalah begitu sinonim melibatkan golongan dewasa, namun menerusi drama kanak-kanak terbaharu sempena cuti sekolah ini,  Radio Televisyen Malaysia (RTM) mencetuskan kelainan kerana mengetengahkan penyiasat persendirian di kalangan kanak-kanak yang mampu menjadi adiwira di kalangan kelompok mereka.

Mulai 1 Jun 2009, RTM menyiarkan drama kanak-kanak Nine P.I, setiap Isnin dan Selasa, jam 4.00 hingga 4.30 petang di TV2.

Nine P.I drama terbitan Eurofine (M) Sdn Bhd ini mengisahkan Nine seorang budak lelaki yang sering membantu dalam menyelesaikan masalah rakan-rakan yang seusia dengannya. Kisah bermula apabila Nine  telah mendapat email yang meminta dia menyelesaikan masalah seorang budak lelaki berusia 11 tahun, Ferry yang mendakwa sering menjadi mangsa buli budak sekolah menengah di kondominium tersebut. Nine, Pija dan Issac sepakat untuk membantu Ferry dengan bantuan Ameer. Rupa-rupanya Ferry adalah budak suruhan Richard dan Husin.

Berikutnya, seorang budak pula menghantar email memberitahu dia menjadi mangsa dera ibunya sendiri. Selepas menyiasat mereka mendapati ibu mangsa bukan mendera  tetapi sebaliknya mahu mengajar anaknya yang cukup nakal, namun caranya begitu kasar dan menyakitkan.

Nine P.I seterusnya menyelesaikan misteri kehilangan binatang peliharaan di sebuah kondominium. Richard dan Husin memerangkap binatang tersebut untuk dijual kepada satu sindiket haram yang menjalankan ujikaji binatang. Binatang peliharaan yang cantik pula akan dijual ke kedai menjual binatang peliharaan. Selain itu, kelakuan beberapa pemuda yang mencurigakan telah membuatkan seorang budak meminta Nine P.I melakukan penyiasatan. Rupa-rupanya pemuda tersebut menyewa di kondominium tersebut dan menyimpan DVD haram. Aktiviti tersebut turut didalangi oleh Richard dan Husin. Kerana marah Nine P.I selalu mengganggu kegiatannya, Richard dan Husin menculik Pija. Nine, Isaac dan Ameer menyelamatkan Pija yang dikurung di salah sebuah rumah tidak jauh dari kawasan tersebut.

Nine P.I juga telah membantu penduduk di kondominium tersebut yang telah banyak tertipu dengan peraduan gores dan menang juga peraduan yang seumpama dengannya. Nine dan rakan-rakan akhirnya menyamar menjadi mangsa dan akhirnya membantu penduduk mendapatkan semula duit mereka.

Kepantasan dan kecekapan Nine menyelesaikan masalah tidak terhenti di situ sahaja, Nine P.I telah mendapat email dari seorang budak yang ingin meminta bantuan kewangan untuk membantu kawannya yang sakit jantung berlubang. Nine P.I dengan segera membuat pelbagai program demi membantu budak malang tersebut namun pelbagai halangan sengaja dicetuskan oleh Richard dan Husin agar misi Nine P.I tidak berjaya. Sehinggakan kecoh di kondominium memberitahu beberapa penduduk terserempak dengan hantu dan berpuluh email diterima meminta Nine P.I menghalau hantu tersebut. Keadaan itu menyebabkan ramai bomoh tiruan datang menawarkan diri untuk menghalau hantu tersebut termasuklah Husin dan Richard yang menyamar untuk mendapatkan duit. Begitu juga pelbagai ubat dan tangkal dijual kononnya dapat menakutkan hantu.

Siapakah sebenarnya hantu yang mengganggu ketenteraman penduduk kondominium itu? Justeru jangan ketinggalan untuk menyaksikan kesudahan Nine P.I, setiap Isnin dan Selasa jam 4.00 hingga 4.30 petang di TV2 yang dilakonkan oleh Zazeli, Farah Amirah, Mohamad Naim Danial, Chee Ka Shong, Ropee Cecupak dan Sathiya.

Tags: ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • MUHAMAD HURAIMI HILMAN MOHD HUSRI
  • Syadhia Hos Haiwan Teladan 3
  • Pemenang Peraduan Mari Menonton Teater Muzikal Kanak-Kanak Aladdin
  • Idola Kecil Musim Kedua
  • Siapa Pemenang Anugerah My Kids Awards
  • Alif OIAM Pengacara Siapa Pintar
  • AYYAD – Drama Bersiri Terbaru TV3 Lakonan Rozita Che Wan
  • TV3 Kids Voice Out School Attack
  • Muzikal Kanak-Kanak Balik Kampung Pulang Bandar
  • TV3 Kids Parade Bertemakan Persahabatan





































































































































































































































































































  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK