in ,

Drama Kanak-Kanak Khas Aidilfitri di TV1

KHAS AIDILFITRI : ENAM DRAMA KANAK-KANAK DI TV1

Kemeriahan Aidilfitri sudah tentu sekali amat dinantikan oleh semua golongan masyarakat terutama sekali golongan kanak-kanak. Kanak-kanak adalah golongan yang pastinya sangat gembira tatkala Syawal menjelang setelah mereka gigih menjalani ibadah puasa bersama keluarga tercinta. Oleh sebab itu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui saluran TV1 telah menyediakan pelbagai lagi rancangan-rancangan menarik untuk kanak-kanak bagi menceriakan lagi Syawal mereka.

Sebanyak enam buah drama kanak-kanak telah disediakan oleh TV1 sesuai untuk sajian hiburan golongan ini di hari raya nanti. Drama-drama tersebut berjudul Buang Yang Keruh (21 September 2009, 5.05 petang), Hantu Main-Main (21 September 2009, 5.31 petang), Raya Dengan Tok Cu pada 22 September 2009, 5.05 petang),  Kembalikan Anakku (Selasa, 22 September 2009, 5.31 petang), Aidilfitri Paling Bererti (Rabu, 23 September 2009, 5.05 petang) dan Sepasang Kurung Hijau (Khamis, 24 September 2009, 5.05 petang).

Kesemua drama kanak-kanak yang berdurasi 30 minit tayangannya ini akan dimulakan dengan drama berjudul Buang Yang Keruh yang memfokuskan kepada secebis kisah hidup anak yatim bernama Amir. Amir amat dicemburui oleh Halil kerana berhubungan baik dengan Rina. Disebabkan hal itu, seringkali timbulya pergaduhan antara mereka sehingga suatu hari Halil menyedari sikap buruknya dan insaf kerana Amir terlalu baik kepadanya.

Drama seterusnya berjudul Hantu Main-Main yang bergenrekan komedi berkisarkan mengenai tiga orang sahabat baik iaitu Zaki, Amri dan Fendi yang sangat gemar menyakat  orang-orang kampung. Mereka sering menakut-nakutkan orang kampung dengan berpakaian hantu, bermain mercun dan sebagainya sehingga menimbulkan kekecohan dikampung itu. Suatu hari apabila mereka menyakat Siti Fatimah, akibat terkejut dan terlalu takut Siti Fatimah telah membuka langkah silatnya sehingga mereka lari lintang pukang. Saksikan drama komedi yang pasti mencuit hati lakonan lebih dari 5 orang kanak-kanak ini yang akan bertandang siarannya pada 21 September 2009 bermula jam 5.05 petang.

Dua buah drama lagi menyusul pada 22 September 2009 berjudul Raya Dengan Tok Cu dan Kembalikan Anakku. Raya Dengan Tok Cu pasti akan kembalikan zaman kanak-kanak anda apabila cerita ini  mengisahkan tentang Tok Cu yang mengalami gangguan ingatan atau nyanyuk sangat gembira akan kehadiran cucu-cucunya yang pulang berhari-raya. Tok cu sangat gembira apabila dapat mempelajari dan mengimbas kembali pelbagai permainan kanak-kanak  bersama cucu-cucunya itu. Gelak tawa dan kegembiraan Tok Cu bersama cucu-cucunya pasti akan menggelikan hati anda sepanjang 30 minit bersiaran.
 
Drama Kembalikan Anakku menyusul seterusnya dengan mengisahkan tentang Nazrin yang sangat tertekan dengan ibunya. Sikap ibunya yang sering marah-marah dan sentiasa mengungkit tentang kesusahan hidup dan kerja kerasnya untuk meneruskan hidup mereka membuatkan Nazrin tertekan untuk terus tinggal di rumah itu.  Nazrin lalu mengambil keputusan untuk lari dari rumah. Adakah keputusan Nazrin untuk lari dari rumah menjadi nyata? Jangan lupa menonton drama ini di Slot Drama Kanak Kanak di TV1.

Pada petang 23 September 2009 pada jam 5.05 petang, jangan lupa untuk saksikan kisah Aidilfitri Yang Bererti yang mengisahkan tentang Sarah yang dibesarkan oleh bapanya Harun selepas perceraian. Akibat terlalu rindu akan ibunya, Sarah berkenalan dengan Makcik Manisah sehingga hubungan mereka menjadi akrab. Makcik Manisah sering menyediakan pelbagai juadah kuih-muih berbuka puasa untuk Sarah sehingga menimbulkan salah sangka oleh Harun. Akibat terlalu sangsi dengan hal itu, bapanya mula menyiasat apakah muslihat dan siapakah Manisah sebenarnya.

Petang raya anak-anak anada pasti ceri dengan tontonan drama seterusnya yang berjudul Sepasang Kurung Hijau yang mengisahkan tentang Ikmal seorang anak yang rajin, cekal dan tabah. Beliau sanggup bekerja di kedai runcit semata-mata untuk membeli sepasang baju kurung hijau untuk memenuhi permintaan ibunya. Drama ini mengakhiri slot Drama Kanak-Kanak di TV1 yang dijadualkan bersiaran pada 24 September 2009 pada jam 5.05 petang.

Jangan lupa untuk turut sama bergembira menonton keenam-enam drama kanak-kanak ini. Di samping berhibur, saluran TV1 tidak lupa untuk turut sama menerapkan nilai-nilai murni agar ia tidak sekadar hiburan kepada kanak-kanak malah memberi pengajaran kepada mereka.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Istimewa Syahadah Lima Edisi Raya Di RTM

Sekitar Rakaman Perang Rendang Lagi TV9