DRAMA JUANNA LAKONAN SARI YANTI, ASHRAF MUSLIM, MARISSA YASMIN
SLOT ASTAKA : JUANNA BERMULA 11 NOVEMBER 2008, SETIAP SELASA, RABU & KHAMIS, JAM 10.00 MALAM DI RTM1
Jika sebelum ini pelakon Sari Yanti dikenali dengan perwatakannya membawakan peranan sebagai gadis manja namun menerusi drama bersiri terbaharu Juanna bermula 11 November 2008 yang mengisi Slot Astaka, setiap Selasa, Rabu dan Khamis, jam 10.00 malam di RTM1, pelakon kecil molek ini menampilkan kelainan apabila membawakan watak Juanna yang berdepan konflik diri anak yang dahagakan kasih sayang keluarga.

Sari Yanti bergandingan dengan pelakon Marissa Yasmin, Zulkifly Azari, Ashraf Muslim, Julia Ziegler, Kamaliah Mat Dom, Kismah Johar dan Dian P.Ramlee menerusi drama bersiri 26 episod terbitan Gama Taktik Sdn Bhd ini.
Kisah Juanna bermula apabila Juanna yang baru keluar dari pusat pemulihan akhlak untuk pesalah juvana perempuan pulang ke rumah keluarganya dengan azam yang baru. Namun kehadirannya kurang disenangi ibu tirinya, Hanis dan Hazril, suami baru ibu tirinya yang lebih muda daripadanya. Mereka menganggap kehadiran Juanna mengganggu kehidupan mereka yang baru berumahtangga. Hanis kemudiannya meletakkan syarat anak tirinya itu boleh tinggal di rumah itu tetapi perlu mencari wang nafkah hidup sendiri.
Sementara itu dalam diam Hazril menjalinkan semula hubungan cinta dengan kekasih lamanya seorang model dikenali Nasha tanpa pengetahuan Hanis. Juanna pula bertemu kembali dengan Pak Wan bekas pemandu arwah ayahnya yang telah diberhentikan tanpa sebab oleh Hazril.
Pak Wan yang sememangnya menganggap Juanna bagai anak kandungnya sendiri menawarkan Juanna bekerja di pusat cucian kereta miliknya. Di situ dia berhubungan baik dengan pekerja Pak Wan iaitu Helmi dan Suresh.
Pada masa sama, Juanna cuba berbaik semula dengan teman baiknya Fifi. Di luar pengetahuannya, Fifi menjalinkan hubungan cinta dengan bekas teman lelaki Juanna dikenali Johan. Juanna cuba meyakinkan Fifi bahawa Johan bukanlah lelaki yang baik. Sebaliknya Juanna ditempelak oleh Fifi yang menyebabkan Juanna kecewa. Apatahlagi Johan adalah punca dirinya dihantar ke pusat pemulihan akhlak sedangkan ketika itu Juanna hanya bertindak mahu mempertahankan dirinya daripada menjadi mangsa cabul Johan.
Johan yang mengetahui usaha Juanna mahu memisahkannya dengan Fifi naik angin. Dia lalu mula mengancam Juanna. Juanna bimbang namun dengan adanya Helmi, dia merasakan dirinya selamat. Apatahlagi mereka sering menjadi bahan usikkan Suresh yang mengatakan mereka bercinta dalam diam.
Juanna cuba mempertahankan haknya apabila Hazril menghalaunya keluar dai rumah. Alasannya Juanna masuk campur dalam urusannya. Atas nasihat Pak Wan, Juanna membuang jauh-jauh perasaan malunya untuk menemui Iskandar, rakan baik ayahnya yang kini telah membeli syarikat ayahnya sebelum jatuh ke tangan Hanis yang tidak bertanggungjawab.
Sedang Hazril begitu bersungguh mahu mendapatkan wang daripada Hanis untuk membelikan kereta mewah seperti yang diingini kekasihnya Nasha, Hanis pula yang sibuk mahu menandingi kehebatan Datin Anom yang dianggap sebagai pencabarnya. Dia tidak sedar perubahan Hazril apatahlagi suaminya itu bijak menyembunyikan rahsianya.
Pelbagai kejadian berlaku yang akhirnya menyedarkan Hanis tentang kecurangan suaminya itu. Juanna pula mula menimbangkan untuk melanjutkan pengajian atas bantuan Iskandar. Hatinya berbelah bahagi mahu meninggalkan orang-orang kesayangannya termasuk Helmi.
Jangan lupa menyaksikan kesudahan Juanna mulai 11 November 2008 yang mengisi Slot Astaka, setiap Selasa, Rabu dan Khamis, jam 10.00 malam di RTM1.


Tags: Drama, Sari Yanti
Tags: Drama, Sari YantiClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





November 6th, 2008 at 7:03 am
Oklah .. s long s bkan NH @ Mmy tu yg brlakon!!
November 6th, 2008 at 8:09 am
sari yanti ni cantik sangat dlm kisah kaisara tapi bila x pakai tudung cam not so..
December 13th, 2008 at 8:59 am
kn elowk kalu sari yanti terus pakai tudung………….. ni xxxx wat alim dpan kmera………….
March 12th, 2009 at 7:25 pm
apa nama tema lagu drama ‘Juanna’?? terima kasih atas bantuan
March 27th, 2009 at 11:34 am
yelah… ape lagu tema utk drama juanna tu?
October 25th, 2010 at 9:44 am
btol kta popo… aku sokong 100%
October 27th, 2010 at 3:55 pm
Saya terlepas peluang menyaksikan episode juanna 28 haribulan oleh kerana starhub station saya tidak dapat merekodkan episode itu. Sayang sekali tak tahu apa yang terjadi dalam episode tu. Di mana saya boleh dapatkan episod tu?
October 12th, 2011 at 6:19 pm
Apa nama lagu penutup (honours roll) drama Juanna ini? lirik dia mengandungi …”dan hilang”…