Drama Intan Sayang Lakonan Rusdi Ramli, Jue Aziz, Shaheizy Sam
SAKSIKAN INTAN SAYANG MANJA DI SLOT CEREKARAMA!
Slot diminti ramai, Cerekarama mendapat tempat di hati penonton apabila berjaya mencapai lebih 3 juta kadar peratusan penonton setiap kali tayangannya. Justeru, sebuah lagi drama bermutu berjudul Intan Sayang Manja terbitan Three Line Media Sdn Bhd akan menemui penonton pada 25 April 2009, jam 10.00 malam di TV3.
Intan Sayang Manja membariskan pelakon terkenal seperti Rusdi Ramli, Jue Aziz, Shaheizy Sam, Ku Faridah, Balkish Semundur Khan, dan Lokman Ghani. Drama ini merupakan hasil arahan pengarah berbakat Shahrulezad Mohamedin manakala olahan skrip oleh Sharifah Faniza Saiyed Yeop.

Sinopsis Drama Intan Sayang
Intan Sayang Manja mengisahkan tentang tiga beradik iaitu Sakinah, Muaz dan Hambali. Muaz merupakan anak sulung sering rasa terpinggir dan terasa hati terhadap Hambali kerana lebih dimanjakan oleh ibu mereka, Hjh Habsah lantaran bimbangkan penyakit lelah adiknya itu. Mereka sering bersengketa kerana perasaan iri hati sehingga menyebabkan perhubungan mereka semakin renggang.
Persengketaan dua beradik ini semakin memuncak apabila Hambali merampas Marissa tunang Muaz. Bagi Hambali, Muaz tidak bersungguh-sungguh mencintai Arissa dan bagi Arissa pula Muaz tidak berterus terang tentang perasaan cintanya membuatkan cintanya beralih arah. Perkara lebih buruk terjadi apabila Hambali mengaku terlanjur dengan Arissa. Ayah mereka terlalu kecewa dan terkejut dengan perbuatan terkutuk Hambali itu telah diserang sakit jantung lantas meninggal dunia. Tertekan dengan peristiwa itu, Muaz membawa hatinya yang terluka dengan kehilangan dua wajah kesayangannya dengan membawa hati ke Budapest, Hungary.
Puas Sakinah memujuk abang kesayangannya itu namun, Muaz tetap dengan pendiriannya. Hambali ditimpa musibah apabila Arissa dan anak-anak terlibat dalam kemalangan jalanraya yang telah meragut kesemua nyawa. Setelah 5 tahun, Muaz kembali. Persengketaan yang lebih dasyat berlaku dan kini ia melibatkan Sakinah! Apakah musibah yang melanda keluarga ini lagi?


Tags: Drama, Rusdi Ramli, TV3
Tags: Drama, Rusdi Ramli, TV3Click on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





April 14th, 2009 at 4:00 pm
tomeynya jue..mudah2an dia dpt hidayah pki tudung..pakej dh ada…
April 15th, 2009 at 2:35 pm
sweet pakai tudung..
April 24th, 2009 at 7:24 pm
macam best cerita nie. Kena tengok, pasti.
April 25th, 2009 at 10:10 pm
best jugak citenye klau leh buat yg kelakar biar penonton yg lain saksi rasa nak ketawa
April 26th, 2009 at 12:09 am
best la cite ni..
puas hti tgk..
ayt slumber…bEs2, sgT…
April 26th, 2009 at 12:08 pm
Dah lama tak da cerekarama yang menyengat kat TV3. Intan Sayang Manja hasil kera yg teliti dari pengarah dan penulis liriknya. Pelakon juga berikan yang terbaik. Syabas semua yang terlibat.
April 26th, 2009 at 1:31 pm
best banget citer ni..thumbs up!
April 26th, 2009 at 4:42 pm
sangat best cerita ni. shotsnya pun cantik. sinematografi hebat. hehe..
tak sangka tu jue aziz, tapi mmg sesuai la dia pakai tudung. cantik sgt.
shaheizy sam sgt hot!
April 28th, 2009 at 11:52 am
memang best citer ni mula2 boring je rasa lama2 rasa ketawa lak tengoknya
April 29th, 2009 at 1:29 am
best sgt citer nie….mmm sape ek yg jd cikgu tue…hensem seh…
June 15th, 2009 at 1:42 am
cite ni mmg best~da siap download dri youtube g~ tgk byk2 kali pon xmuak~
June 16th, 2009 at 1:19 pm
june pakai tudung cantik dan manis sekali,taniah june dapat menghidupkan watak yg di berikan.saya enjoy menontonnya.rusdi dan shah berjaya memegang watak masing masing.syabas semua luv u all and wish all the best.salam
June 17th, 2009 at 2:08 pm
minat sesangat dengan shaheizy sam! hot!
February 19th, 2010 at 12:14 am
cute sangatlah tengok kak jue bertudung sebijik macam mami saye yg kiut miut itu….
November 5th, 2010 at 10:15 pm
mne nk dapatkn video intan sayang manja ni.. nk tgok lggg