Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Drama iCarly di TV2



iCARLY : DRAMA BERSIRI INGGERIS DISIARKAN MULAI 15 JULAI 2009, SETIAP RABU, JAM 9.30 MALAM DI TV2

Tanpa mengetepikan kelompok sasarannya melibatkan golongan remaja setelah kejayaannya menarik sejumlah besar penonton, Radio Televisyen Malaysia (RTM) setelah berakhirnya drama bersiri Melayu, Gadis Kosmo mulai 8 Julai 2009 lalu kini muncul menerusi drama remaja bersiri Inggeris pula, iCarly  disiarkan mulai 15 Julai 2009, setiap Rabu, jam 9.30 malam menerusi saluran Dunia Ria, TV2.

Menariknya iCarly mengajak penonton berkongsi kisah seorang gadis, Carly yang memiliki kreadibiliti tersendiri menjadi hos sebuah program laman webnya yang dikenali, iCarly. Dia tinggal bersama seorang pemuda dikenali Spencer dan penerbit laman webnya di tingkat tiga studio mereka.

Meski pun kerjayanya yang berhubung dengan kelompok remaja tidak pernah membuatkannya alpa dalam menjaga nama baik sebagai selebriti di sebalik tabir melibatkan golongan seusianya termasuk juga kanak-kanak.

Dalam satu kejadian, kejadian berlaku apabila seorang guru mengamanahkan kepadanya untuk menguruskan persembahan bakat di sebuah sekolah. Justeru dia bersama teman baiknya, Sam mengendalikan proses ujibakat dalam persembahan dimana Carly mengajar berdasarkan pita rakannya, Freddy. Proses itu berjalan lancar kerana ujibakat yang dijalankan tidak berlaku dalam situasi yang tertekan sebaliknya menyelitkan gurau senda dan hubungan yang mesra membuatkan segala yang cuba disampaikan berjaya diterima khalayak penonton.

Menariknya pada masa sama dia telah memasukkan cara pengajarannya menerusi laman webnya tanpa menyampaikannya secara langsung kepada kanak-kanak perempuan yang ada. Dan disitulah bermulanya ramai yang melayari laman webnya dan menjadi lebih sensasi dan telah mencetuskan fenomena dengan Carly dan Sam semakin popular apabila menggabungkan segalanya dalam gambaran komedi dan pertandingan bakat untuk ditemubual dan berkongsi menyelesaikan masalah.

Keceriaan persembahan drama bersiri remaja ini menyaksikan lakonan berkesan pelakon-pelakon remaja di mana iCarly menggabungkan barisan pelakon seperti Jennette McCurdy, Nathan Kress, Miranda Cosgrove dan Jerry Trainor.

Justeru kepada anda penggemar program drama bersiri Inggeris yang hebat, usah ketinggalan menyaksikan iCarly  yang disiarkan mulai 15 Julai 2009, setiap Rabu, jam 9.30 malam menerusi saluran Dunia Ria, TV2.

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Program Kids TV9 Sempena Aidilfitri 2011
  • Gambar Terbaru Ziela Jalil Penerbit Drama Ceplon
  • Drama Paling Membosankan Untuk 2007
  • Teaser Drama Merah Puteh
  • Senarai Kategori Anugerah Skrin 2009
  • Gambar Seksi Jasmin Hamid
  • Drama Ampang Medikal Lakonan Rusdiana Rusdi & Julia Ziegler
  • Fann Wong Bra Scenes Drama
  • Lirik Lagu Tema Nilapura Atas Sebuah Janji Farah Asyikin
  • Tonton Membawakan Imbasan Kisah Cinta



    • lyn

      lor..kat Malaysia baru nak keluar episode ni….
      aku dah lama ikut cite ni kat internet….
      kenapa la Malaysia selalu lambat….

    • kapaque

      ala… da khatam da icarly season 1… kat estrok baru stat season 2…

      BTW icarly memang best. tabik spring kat miranda n jennette!



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK