in ,

Drama Hero Lakonan Kimura Takuya, Tsutsumi Shinichi di 8TV

HERO – SPECIAL

TX DATE: 22 February 2009 – 1 March 2009

DAY/TIME: Sunday, 3.00pm – 4.00pm

Starring: Kimura Takuya, Tsutsumi Shinichi, Ayase Haruka, Suzuki Kosuke, Bengaru, Shiomi Sansei, Nakai Kiichi

Peminat drama bersiri Hero pastinya teruja kerana 8TV akan membawakan kepada anda edisi ke-2 drama bersiri Jepun yang cukup popular Februari ini! Hero – Special akan disiarkan bermula 22 Februari 2009 jam 3.00 petang.   

“Jika anda masih ingat dengan drama bersiri popular Hero yang pernah ditayangkan sebelum ini, kini kami membawakan siri kedua drama ini khas untuk penonton setia kami. Pastinya anda ternanti-nanti apakah kes terbaru yang bakal diselasikan oleh Kuryu dan yang pastinya pelakon utama drama ini Takuya Kimura akan membuat anda sentiasa melekat di kaca TV!” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV.

Musim ke-2 ini menyaksikan muka-muka baru mewarnai drama ini namun beberapa karaktor dari musim terdahulu akan membuat penampilan istimewa.

Berbeza dengan musim sebelumnya, Hero-Special akan membawakan anda kehidupan Kuryu Kohei (Takuya Kimura) seorang pendakwaraya yang telah dipindahkan ke Sapporo, Hokkaido. Kuryu kemudiannya ditukarkan ke sebuah perkampungan kecil di Nijigaura.

Dari luaran, kampung ini kelihatan cukup tenang dan mendamaikan namun hakikatnya banyak gangguan dan isu yang terpaksa ditanggung oleh penduduk kampung ini.

Pada hari Kuryu dipindahkan, satu pembunuhan kejam terlah berlaku 11 tahun yang lalu. Semua penduduk ketakutan dan tiada siapa yang berani tampil ke hadapan untuk membuat kenyataan bagi memudahkan pihak polis menjalankan siasatan. Kesudahannya, kes itu ditutup dan dibiarkan begitu sahaja.

Melihat kepayahan dan kesulitan yang terpaksa dihadapi penduduk kampung, Kuryu mengambil keputusan untuk membantu penduduk kampung itu. Kuryu bertemu dengan Pegawai Daerah untuk mendapatkan keterangan dan maklumat lanjut tentang kes pembunuhan yang pernah berlaku di kampung itu.

Kuryu menyoal siasat beberapa penduduk kampung untuk mendapatkan maklumat dan telah menyenaraikan beberapa suspek utama bagi kes pembunuhan itu. Salah seorang daripada suspek itu ialah Takita Akihiko (Nakai Kiichi) yang merupakan orang yang cukup berpengaruh dan dipercayai di kampung itu. Banyak peristiwa mendebarkan dan lucu berlaku ketika Kuryu menjalankan siasatan. 

Adakah Takita Akihiko orang yang bertanggungjawab melakukan pembunuhan kejam itu? Mampukah Kuryu merungkai kes itu dan membawa kes ini ke muka pengadilan? Jadilah orang PERTAMA untuk menonton Hero – Special bermula 22 Februari 2009 jam 3.00 petang hanya di 8TV. Anda juga dapat menonton siaran 8TV di saluran 708 Astro anda.

Anda kini dapat menonton program-program kegemaran anda menerusi telefon bimbit dengan melayari www.mobile.8tv.com.my. Selamat menonton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

THE INCREDIBLE HULK LAKONAN BILL BIXBY @ 8TV

Nama Tenggelam, Netizen Masih Perkatakan Tentang Gambar Zarina Anjoulie Bersosial