Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Drama Hello My Lady @ Best Of The East di 8TV



Hello, Miss. Adakah cinta bisa membeli segala-galanya?

Slot: Best Of The East
Tarikh Siaran: 27 Mac 08 – 28 April 08
(Isnin-Jumaat)
Masa Siaran: 8.30pm – 9.30pm
Bahasa: Mandarin
Jumlah Episod: 22 x 60 minit

Pelakon:
Lee Da Hae, Lee Ji Hoon, Ha Seok Jin

Berita baik untuk semua peminat drama Korea, kini anda mempunyai lebih sebab untuk terus menonton 8TV kerana bermula akhir bulan ini, 8TV akan menayangkan drama siri terbaru di dalam slot Best of the East berjudul Hello, My Lady bermula 28 Mac 2008. 

Drama ini diarahkan oleh Lee Min Hong dan menampilkan barisan pelakon seperti Lee Da Hae, Lee Ji Hoon, Ha Seok Jin dan ramai lagi.  Drama 16 siri ini patut ditonton kerana jalan ceritanya yang menarik memaparkan aksi lawak jenaka dan juga romantik komedi.

Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV, Cik Lam Swee Kim:

“Hello, My Lady merupakan sebuah drama yang sesuai untuk ditonton terutamanya oleh peminat drama romantik. Terdapat banyak adegan komedi untuk disaksikan terutamanya apabila Lee Su-Ha dan Hwang Dong-Kyu mula menaruh perasaan terhadap satu sama lain.”

Diadaptasi dari sebuah novel Korea bertajuk, “Kimchi Mandu”, Hello, My Lady mengisahkan mengenai seorang wanita yang bernama Lee Su-Ha (lakonan Lee Da-Hae) yang sedang mencuba sedaya-upaya menyelamatkan rumah pusaka keluarganya Hwa Ahn Dang, yang berada diambang kebankrapan. 

Beliau telah ditinggalkan berseorangan oleh bapanya apabila ibunya meninggal dunia akibat penyakit kanser. Bapa beliau telah melarikan diri bersama wanita lain dan menjadikan Lee Su-Ha satu-satunya harapan keluarga untuk menyelamatkan pusaka Hwa Ahn Dang dari cengkaman konco-konco Je-an. 

Lee Su-Ha bertanggungjawab untuk cuba mempertahankan Hwa Ahn Dang dari dibeli oleh sesiapa. Tetapi pertahanannya mula goyah apabila Hwang Dong-kyu (lakonan Lee Ji-Hoon), cucu seorang lelaki kaya yang tampan meminta beliau menjual Hwa Ahn Dang kepadanya. 

Dalam pada itu Dong-Kyu merupakan cucu kepada seorang lelaki hartawan, yang dulunya pernah bekerja sebagai pembantu rumah di Hwa Ahn Dang selama 50 tahun yang melarikan diri setelah mencuri lembu dan seguni beras.

Seperti dijangka, Lee Su-Ha enggan menjualkan rumah tersebut, tetapi selepas beberapa kali bertengkar, Lee Su-Ha dan Dong-kyu mula jatuh cinta pada satu sama lain. 

Adakah Lee Su-Ha akhirnya akan mengenepikan ego dan mengabdikan diri pada Hwang Dong-kyu yang dicintainya? Untuk mengetahui kisah selanjutnya, jangan lupa untuk menyaksikan drama bersiri ini hanya di 8TV bermula 28 April pada hari Isnin hingga Jumaat jam 8.30 malam hingga 9.30 malam. Hello, My Lady juga boleh ditonton disaluran 708 di Astro.

[tags]Hello My Lady, 8tv, Lee Da Hae, Lee Ji Hoon, Ha Seok Jin, ACCA, career search, CIMA, how to increase income, ICAEW, iklan jawatan kosong, internship malaysia, jobsdb, jobstreet malaysian, kerja kosong, make money in property, awek melayu, boyfriend, dating advice, downloads, gadis melayu, girlfriend, gphone, indon, kecewa, kerana cinta, Love & Relationships, maxis broadband, media files, new ipod iphone, pc fair 2007, relationship, tips, seni cinta, social networking, oil and gas industry, petronas job, opening, petronas, walk in interview, professional qualification, singapore, Best Of The East[/tags]

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Lady In The Lake
  • Photos Lady Gaga Inside An Egg 53rd Annual Grammy Awards
  • Oh! My Lady
  • Gambar Lady Gaga Berimej Lelaki
  • About Ah Long Pte Ltd Movie Fann Wong & Mark Lee
  • AirAsia Introduces New Route
  • Chermin To Be Screened At Italian Film Festival
  • ZOOM IN @ RTM BERSAMA HAFIZ HAMIDUN, FAR EAST & NICE
  • U.S. EMBASSY LAUNCHES DEMOCRACY VIDEO CHALLENGE
  • Senarai Pencalonan di Anugerah Grammy ke-53



  • 2 Komen untuk entri “Drama Hello My Lady @ Best Of The East di 8TV”

    1. iyah kata:

      Salah informasi ler budiy… Hello My Lady ni dah nak abis pun!! Budiey dah pun beri tajuk drama baru….

    2. NAFA kata:

      siarkan lastep
      drama korea ni
      b4 11mei..
      citer ni best sgt..

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK