Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Drama Hebat ‘Dari Mata Arisa’ Lakonan Ayu Raudhah Kembali Di TV2



Kepada penonton yang selama ini ternanti-nantikan kesinambungan drama menarik Dari Mata Arisa yang sebelum ini menemui penonton TV1 dengan mempertaruhkankan kelainan plot cerita menarik konflik pasangan kembar serta dibarisi pelakon terkenal Ayu Raudhah, Syed Aiman, Tasya Aziz, Maizurah Hamzah, Nabila Huda Suhaimi, Shahruddin Thamby, Mahmud Ali Basha dan Fadilah Mansor, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan kembali drama bersiri Dari Mata Arisa, setiap Isnin hingga Khamis, jam 11.30 pagi di TV2.

Dari Mata Arisa disiarkan 40 episod terbitan Bright Network Sdn Bhd ini bergerak seiring kisah Maliah dan Marina, bukan sahaja kembar tidak seiras malah perwatakan mereka juga berbeza. Kelahiran mereka ke dunia seolah-olah untuk menjalani satu penyiksaan yang panjang apabila Maliah diseksa oleh Marina.

Marina bukan sahaja telah “merampas” tunang Maliah tetapi juga, dengan tipu muslihat, telah membolot semua harta peninggalan orang tua mereka. Marina bertekad untuk tidak membenarkan kembarnya itu mengecap kebahgiaan walau sedikit pun. Kebencian Marina dan kesengsaraan Maliah berpanjangan hingga ke generasi berikutnya.

Namun cerita bermula dengan Arisa dan Ayana, anak kembar seiras Maliah, meraikan kejayaan mereka sebagai graduan bersama adik mereka Amal dan Zaril, teman lelaki Ayana, senior kembar tersebut di universiti dan kini sudah pun bekerja di Kuala Lumpur. Tidak seperti ibu dan mak su mereka, Arisa dan Ayana begitu akrab dan amat menyayangi antara satu sama lain.
 
Tanpa dirancang Zaril telah berkenalan dengan Azarina, sepupu Arisa/Ayana juga anak tunggal Marina dengan suaminya Azhar, bekas tunang Maliah. Apabila hal ini disampaikan ke pengetahuan Marina, dia lalu menyerang Ayana dan memberi amaran bahawa dia akan melakukan apa sahaja untuk memastikan Zaril menjadi milik Azarina.

Sementara itu satu lagi pergolakan cinta sedang berlaku diantara Akif dengan Shareen. Dua keluarga elit korporat di Kuala Lumpur sudah sehati untuk menyatukan putera dan puteri mereka Akif dan Shareen. Namun tiba-tiba Shereen berubah hati. Akif kecewa dan merasa dikhianati lalu memutuskan berhijarah ke Kuwait.

Marina pula mencuba sedaya upaya untuk mempengaruhi Zaril supaya meninggalkan Ayana dan menerima Azarina. Hinggalah ditakdirkan suatu hari Ayana kemalangan dan menyebabkan kematiannya. Kesempatan itu digunakan Marina membuat keluarga Zaril memujuknya mengahwini Azarina.

Kematian Ayana membawa kesan yang mendalam kepada Arisa. Untuk membendung kedukaannya Arisa manjauhi orang-orang yang boleh membuat dia mengimbau kenangannya terhadap Ayana, termasuk Zaril. Walau dalam kedukaan Arisa perlu ke Kuala Lumpur untuk memulakan kerja sebagai penolong pentadbir Mutiara Sdn Bhd. Apatahlagi Arisa perlu membantu keluarganya terutama untuk membiayai pengajian Amal yang sedang menjalani kursus matrikulasi seterusnya belajar dibidang perubatan.

Di Kuala Lumpur Arisa berkongsi rumah sewa dengan teman seuniversitinya, Not dan Lily. Suatu hari ketika sedang menunggu bas untuk pulang itulah, Eddy Sham, bos Lily dan Not yang sangat kacak, telah terpandang Arisa dan amat tertarik dengan gadis itu. Semenjak itu Eddy mula mengejar Arisa. Namun Arisa sedikit pun tidak mahu melayani Eddy hingga akhirnya untuk menghentikan Eddy daripada terus mengganggunya Arisa telah berbohong mengatakan yang dia sudah bertunang. Apabila Eddy bertanya siapa tunangannya Arisa menyebut nama rekaan yang terlintas di benaknya – Akif Zamani.

Selama lebih seminggu Arisa tidak diganggu Eddy tetapi suatu hari pemuda itu muncul untuk memberitahu Arisa Akif Zamani bukan orang yang baik. Ini memeranjatkan Arisa kerana Akif Zamani cuma rekaannya sahaja. Lebih terperanjat lagi gadis ini apabila kawan-kawan di pejabatnya heboh mengatakan yang mereka akan mendapat bos baru bernama Akif Zamani, adik kepada Yusran.

Memburukkan keadaan, hari pertama bos barunya masuk Arisa datang lewat sedikit. Bermula hari itu Arisa menjadi mangsa dera bosnya, Akif. Arisa bukan sahaja dibentak-bentak malah disuruh melakukan kerja-kerja di pejabat yang bukan tugasnya. Arisa mahu berterus terang dengan Eddy tentang Akif Zamani, tetapi belum sempat dia berbuat begitu mereka semua terserempak serentak dan rahsia “pertunangan” Arisa terbongkar apabila Eddy membuka mulut tentang pertunangannya kepada Akif.

Hal ini memeranjatkan Akif dan dia terus membawa Arisa ke tempat sunyi serta meminta penjelasan. Akif tidak percaya dengan cerita Arisa dan memanggilnya perempuan tidak tahu malu, membuat wanita itu menamparnya. Arisa menyuarakan ingin berhenti kerja kepada ibunya tetapi atas nasihat ibunya dan kesedaran pada tanggungjawabnya terhadap keluarga dia melupakan hasratnya itu dan mencekalkan diri menghadapi kesengsaraan bekerja dengan Akif.

Shareen pula kini ingin kembali menjalin hubungan dengan Akif. Tetapi Akif pula tidak punya perasaan lagi terhadap gadis itu dan masih berkawan. Melalui Eddy Shareen mendapat tahu yang Akif sudah bertunang, tetapi Shareen masih belum tahu siapakah “tunangan” Akif itu.

Akif sebenarnya telah jatuh cinta dengan Arisa dan tanpa pengetahuan Arisa telah memberitahu keluarganya yang dia telah memilih gadis itu sebagai calon isterinya. Pilihannya direstui keluarga dan mereka ingin menjemputnya ke rumah. Di rumah Akif Arisa terkejut mendengar tujuan sebenarnya. Dia menjadi marah kerana diperlakukan sesuka hati oleh Akif yang menganggap isteri adalah satu jawatan kerja, lalu pulang ke rumah. Namun Akif yakin gadis itu juga mencintainya.

Arisa telah diberi cuti selama seminggu dan dia pulang ke kampung. Ketika di kampung itulah baru Arisa sedar perasaannya terhadap Akif. Dia pulang ke Kuala Lumpur dengan tujuan meluahkan perasaannya kepada Akif. Namun sikap Akif yang dingin ditambah dengan kemesraannya terhadap Shareen membuatkan Arisa merasakan dirinya telah dipermainkan.

Peristiwa cemburu Akif terhadap Arisa yang berhubungan baik dengan Eddy ini diikuti dengan babak penjelasan diantara kedua-dua insan bercinta ini dan buat kali keduanya Akif melamar Arisa dan Arisa menerimanya.

Hubungan Arisa dan Akif kini berjalan lancar, namun Shareen tetap berusaha menggoda Akif dan menyakiti hati Arisa sehingga menimbulkan kesangsian di hati Arisa tentang keikhlasan Akif. Akhirnya cerita Shareen kehilangan Akif di tangan Arisa sampai ke pengetahuan Marina. Wanita ini berjanji melakukan apa sahaja unuk memisahkan kedua kekasih ini meskipun mereka sudah sah bertunang.
 
Keadaan menjadi lebih rumit setelah Muhammad, ayah Arisa meninggal dunia. Maliah berpindah ke Kuala Lumpur untuk tinggal bersama Arisa, Not dan Lily. Azhar pula, selepas kematian Muhammad, sering menjengah Maliah dan Arisa yang membuatkan kebencian terhadap keluarga Maliah memuncak.

Sedang keluarga Akif dan Arisa merancang perkahwinan mereka keadaan digemparkan dengan penangkapan khalwat Akif dan Shareen di rumah Shareen.

Zaril yang menyangka Azarina turut bersekongkol dengan Marina memarahi isterinya itu sehingga Azarina yang sebenarnya tidak tahu apa-apa mula mengenang hidupnya yang dahagakan kasih sayang lantaran dikawal oleh ibunya yang pentingkan diri.

Azarina lalu meninggalkan rumah menuju ke rumah mak Longnya – Maliah, dan sepupunya Arisa. Di sini Azarina menemui hidup baru dan dirinya yang sebenar setelah diterima dengan kasih sayang oleh mak Longnya, Arisa, malah Not dan Lily juga. Zaril yang menerima nota isterinya dilanda rasa bersalah.

Manakala Arisa pula telah terlalu lama dengan permainan tarik talinya dengan Akif sehingga hampir memakan diri sendiri sebelum dia disedarkan untuk menghentikan tindakan bodohnya itu. Mereka akhirnya berbaik semula dan terus dengan rancangan perkahwinan mereka apabila Arisa tiba-tiba hilang selepas keluar dari rumahnya suatu malam untuk membeli makanan.

Selama dua bulan dia dicari namun tidak bertemu walaupun laporan polis telah dibuat. Kehilangan Arisa memberi kesan yang mendalam kepada Akif. Namun Akif masih cuba memberi kekuatan kepada Maliah dan Amal.

Arisa akhirnya berjaya ditemui tetapi dalam keadaan hilang ingatan. Jangan lupa janji temu anda menyaksikan kesudahan Dari Mata Arisa, setiap Isnin hingga Khamis, jam 11.30 pagi di TV2.

Tags: ,

Tags: ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Sinopsis Drama Dari Mata Arisa
  • Gossip: Ayu Raudhah Kahwin 2009?
  • FASHA SANDHA AYU RAUDHAH DALAM DRAMA SUTERA MAYA
  • Drama Dari Mata Arisa Lakonan Ashraf Muslim Ayu Raudhah
  • Drama Gemersik Kalbu Ganti Tentang Dhia
  • Zizan Nin dan Aida Radzwill Dalam Sanggar Cinta Raudhah
  • Drama Sekudus Doa Arisa Lakonan Esma Daniel, Sharifah Sofea
  • Slot Lagenda MATA AYER Lakonan Zamarul Hisham Ayu Raudhah
  • Bidadari Dari Raudhah Dan Niat Hawa
  • Majlis Pra-Tonton Program Ramadan Astro



  • 24 Komen untuk entri “Drama Hebat ‘Dari Mata Arisa’ Lakonan Ayu Raudhah Kembali Di TV2”

    1. single_roseband's kata:

      best tau cite tp knp mesti di siarkn waktu bkerja…???? warghhhh….. tlg la tv2 oi… tukar la waktu siaran ni….!! bace buku dgn tgk cite ni kt tv lain feeling nye… buku tu dh byk kali sy ulang, skang bile dh di dramakn, knp di siarkn plak pkul 11 pg…??? warghhh……. tolong tukar siaran….

    2. adiey kata:

      YER TUKAR SIARAN WAKTU MLM…..

    3. obefiend kata:

      i would put ayu first than her overated sister

      nier boobs and more suspension potential! i kid you not

    4. Riena kata:

      cerita ini amat menarik…kerana ia merupakan jalan cerita daripada sebuah novel………masalahnya sekarang ini…..sebagai seorang pelajar, saya merasakan waktu cerita ini disiarkan adalah tidak begitu menepati masa…….BOLEHKAH PIHAK TV2 TUKARKAN WAKTU SIARAN CERITA INI KEPADA WAKTU PETANG ATAU MALAM……kerana pada waktu itu ramai golongan yg dapat menonton….seperti yg dilakukan oleh pihak TV3…….iaitu cerita jelita yang disiarkan pada waktu petang…..jadi saya berharap usul kami semua dipertimbangkan……

    5. Kisma bt Keram kata:

      Kenapa tiada ada siaaran ulangan untuk siri drama dari kerana maata Arissa pada sebelah malam untuk peminat siaran ini yang bekerja sebelah paagi.

    6. eyena kata:

      aku pon suke sangat citer nie.Mase bace novelnyer punyerla best.Last2 kuar kat tv. Frust betoi biler RTM wat rombakan. Lame citer tu takde. Even skang tayang kol 11.30 aku still nengok kat ofis dengan tv hp aku.hahahahaha….x kire la.asal aku dpt nengok. bos aku pon wat bodo jer.kire ok la tue

    7. june kata:

      novel citer ni mmg best…syg timing larikkk…

    8. ain kata:

      citer ni best..tp kalo nk smbtn yg lebih kne r tkr timing..

    9. agentum kata:

      cite dari mata arisa ni memang best sangat3…nak sgt tahu camne ending cite ni…kalau happy ending bagusla..tapi kalau sad ending mmg tak puas hati la jawabnye…jangan jadi cam episod terakhir tangisan bulan madu sudah…tergantung ntah ape2..sad ending plak tu..sakit hati betol larr..

    10. ieda kata:

      Saya suka sangat la tgk drama ni…kdang 2 kelakar giler, kdang sedih & kdang geram gak…pape pun u do the best Ayu Raudhah…tapi kdang bila kerja sebelah pagi leceh kit xdapat tgk la…frust giler beb…pape pun nti wat ulangan disebelah malam k RTM….

    11. WATIE kata:

      CITA NI MMG BEST.KDANG AKU NK TGOK SGUP X PEGI KEJA,DALM SMGGU TU 2 TAU 3 ARI AKU PONTENG KEJA PUNYA NK TGOK CITA NI,KALO ARI AKU G KEJA MAK AKU LA MGSA KENA CITA BLIK DRAMA HARI YG AKU XDPAT TGOK 2.SO KPADA WARGA RTM ATAU YG BRKAITAN DNGN CITA NI TLG LA TKAR TIMING YG LBIH SESUAI.ULANG LA PD SBLAH MLM PULAK, SIANG KASI JE MAK AKU TAU SURI RUMH YG LAIN LAYAN.MLM PULAK TIME AKU TAU SPE2 YG KEJA WKTU PG DPT LYN CITA NIEEE….

    12. ikin kata: kata:

      saya harap sangat cite ni ada ulangan pada waktu malam atau tukar waktu siarannye…cite dalam novel die best jgak tp klau kat tv mesti lagi best..tp sedihnye tak dapat tgok.huhuhu

    13. nomie_ed kata:

      besh giler citer ni.. sy dan nengok skali je citer nieh.. x puas aty tol.. lauw tv2 siarkn waktu ptg agy besh… sy teringin ngat nk tengok…tp kne skowla..ayu raudhah,,u are da besh.. i like u very2 much… cute girlzzz

    14. mUsLimah kata:

      sayA dAh bcE n0vEl aLaf21 KAU SAYANGKU..
      sAya gAk tawU cEritA ni diAmbiL dari nOveL nie..
      n..
      sEbAb timE iNtrO adEw tuliS..
      sayE just naK miNtak mOga2 ceRita nie diuLAng lg tp..
      1episOd je..
      mean..fUll episOd..sbab ceritA nie best saNgat2 n n0veL die lg bEst n..
      sayE minat ALAF 21..

    15. hazna kata:

      best memang best , kalu last last citer ni arissa tak kawin ngan akif mesti jadik tak best,,, ape pong akif memang gentle , maksu arissa memang aku paling menyampah…..

    16. noniliz kata:

      cter ni mmg best glew..sekali tgk mmg ketagih gle..aku bpe kali tgk cter ni,x jemu2..gandingan ayu raudhah gan syed aiman amat secocok..kalu la ada anugerah pasangan ideal.konfem aku vote ayu raudhah n syed aiman..

    17. ikin kata: kata:

      best tul cite ni..nasib baik ada cite ni kat youtube klau tidak tak dpt la tgk cite ni smpai abis..apapun gandingan ayu dgan syed aiman memang best giler..saya harap byk la novel yg best2 dijadikan drama kat tv..apapun saya akan myokong novel karya alaf 21.. :)

    18. teyha kata:

      perrr……..citer nh best giler..mmg layamn feeling r.arissa n akif hav0c beb..harap in reality syed sehebat akif in solat n suka perempuan yang tutup aurat same to arissa..u toogorgeous n sweet sgt pakai baju kurung..

    19. man kata:

      knpe siar pagi?malm kan ada……

    20. diyana kata:

      salam..i love this ‘drama’!!!first time ngk pun da tau drama ni best

    21. amir kata:

      tak boleh ke drama nie buat versi dvd yea?lagi senang

    22. atyn kata:

      drama nie best la…tp, sayang..saya xsmpat nk tengok episod last..

    23. Sofia kata:

      watak Arisa memang tepat di berikan kpd Ayu Raudha lembut wajah nya adakala membuat penuntun merasa puas dan dapat menghayati dan ingin mengikuti jalan cerita seterus nya.Harap2 di luar pengembaraan orang nya begitu juga inshyAllah.

    24. jes kata:

      ayu raudhah memang cantk kalau bertudung sbb 2 sya ska tgk cite ni. tapi syg disiarkn waktu kerja,mcm ne nk tgk.

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK