Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Drama Hanya Satu di Slot Mustika On 2 di RTM

MUSTIKA ON 2: HANYA SATU, 8 OGOS 2008 (JUMAAT), JAM 10.00 PAGI DI RTM2 

Tiada kasih semurni kasih ibu… tiada sayang seikhlas hati bapa… bila kasih dan sayang bersatu maka wujudlah kebahagiaan yang diimpikan oleh setiap insan di alam yang fana ini. Kasih dan sayang kadangkala mencetus tanda tanya dan ia tetap menjadi idaman setiap manusia.

Slot Mustika On 2 akan menyajikan sebuah cereka yang menarik untuk tontonan seisi keluarga, “Hanya Satu”. “Hanya Satu” mengisahkan kecekalan seorang anak yatim piatu yang telah dibiarkan sejak kecil lagi untuk hidup sendirian di atas dunia yang penuh dengan dugaan serta pancaroba. 

Dalam keperitan hidup yang dilaluinya, Shahril masih lagi tidak melupakan budi ibu bapanya kerana mereka telah memberi peluang kepadanya untuk melihat keindahan alam ciptaan Tuhan yang Maha Kuasa. Shahril masih lagi menyimpan seribu satu harapan harapan untuk bertemu ibu dan bapa kandungnya walaupun tidak tahu mengapa dia ditinggalkan di rumah anak yatim sejak kecil lagi.  

Shahril dikurniakan kebijaksanaan dan juga mempunyai daya pemikiran yang tajam. Shahril juga berjaya menjejakkan ke menara gading. Berkat ilmu di dada, Shahril dan rakan-rakannya berpakat dan menubuhkan sebuah perniagaan berkaitan seni bina bangunan.

Penat lelahnya mereka akhirnya mula membuahkan hasil apabila seorang ahli perniagaan tersohor, William Chua telah memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada Shahril dan rakan-rakannya menyiapkan sebuah banglo mewah miliknya.

Hari silih berganti, hubungan yang terjalin di antara Shahril dan William Chua semakin akrab. Disebalik kekayaan yang dimiliki oleh William Chua tersimpan satu kisah silam yang amat perit tercoret di dalam relung sejarah kehidupannya.

Siapa yang sanggup berhadapan dengan satu realiti yang amat memeritkan apabila terpaksa berpisah dengan insan tersayang bagi memenuhi kehendak orang lain. Apa yang lebih menyayatkan hati ialah sewaktu mereka ingin berpisah mereka telah mendapat perkhabaran gembira yang mereka bakal memiliki cahaya mata sendiri.

Semuanya berlaku sewaktu dia masih menuntut di luar negara. Dia telah jatuh hati pada seorang gadis Melayu bernama Rohana. Demi kasih sayang yang suci lagi murni, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin dan William Chua pun memeluk agama Islam. Perpisahan berlaku apabila kedua-dua belah keluarga setegasnya tidak merestui perkahwinan mereka.

Sunggu perit rasanya apabila Rohana melahirkan anak tanpa kehadiran seorang insan bernama suami di sampingnya. Kesedihan yang banyak mengguris hatinya membuatkan dia lebih bersifat cekal. Dengan berat hati, Rohan terpaksa membuat keputusan untuk meninggalkan anaknya. Namun perkara itu menjadi rahsia di antara Rohana dan seorang wanita yang berjanji untuk merahsiakan segalanya.      

Hubungan Shahril dan William Chua makin hari, makin akrab. Mereka memiliki banyak persamaan seolah-olah ada pertalian. Suatu hari suatu kecelakaan jaran raya menimpa William Chua dan dia kehilangan banyak darah.Maka Shahril dan rakan-rakannya menderma darah bagi menyelamatkan nyawa William Chua.

Di suatu ketika Shahril merasakan bahawa seperti dia mempunyai pertalian hubungan darah dengan William Chua. Sahabat Shahril, Samad merupakan doktor yang merawat  William Chua. Lalu, dia meminta bantuan Samad membuat analisa dan juga ujian DNA di antara dirinya dengan William Chua.

Bagaimanakah keputusan ujian DNA tersebut ?Adakah Willliam Chua merupakan bapa kandung Shahril ?Tercapaikah impian Shahril bagi menjejaki ibu bapa kandungnya ?

Barisan pelakon yang menjayakan drama ini adalah Hasnul Rahmat, Rozie Rashid, Shajiri Damery, Intan Ladyana, Raisudin Hamzah dan Rozie Othman.

Pastikan anda tidak akan melepaskan peluang menonton drama “Lagunae” untuk mengetahui kesudahannya. “Lagunae” bakal ditayangkan pada 18 Julai bersamaan hari Jumaat, jam 10.00 pagi menerusi slot Mustika On 2 di RTM2, Saluran Famili Anda.

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • DRAMA MENCARI CAHAYA LAKONAN RATNA GOWRI, AMOS, SRI RANJANI, SIVAJI RAJAH
  • Drama SAKA Lakonan Juliana Ibrahim Nasir Bilal Khan di TV3
  • Slot Seram Puaka Niyang Rapik di TV3
  • Drama Kekasihku Seru di Slot Drama Seram TV3
  • Album Terbaru Siti Nurhaliza Hadiah Buat Hati Disember Ini!
  • Pelancaran Drama Intan Asmara Terbitan MIG Beat
  • Drama Ali Din Lakonan Fazren Rafi, Umie Nazira, Hans Isaac, Vanidah Imran
  • ALYSSA SOEBANDONO, RAYA KOHANDI, EENG SAPTAHADI DALAM DRAMA HIDAYAH RAMADAN
  • Gambar Ashraf Muslim Jadi Bomoh Dalam Drama Niyang Rapik
  • Drama Ihsan Sempena Maulidur Rasul di TV3



  • Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET