in ,

Drama Hani Lakonan Ryzal, Siti Fathiyah, Rozita Che Wan

BUTA BUKAN PENGHALANG CINTA DAN CITA-CITA

Menyusuli “ASMARA”, nantikan kemunculan siri drama terbaru di slot Lestary, “HANI” lakonan Nur Fathia, Ryzal Jaafar, Siti Fathiyah, Rozita Che Wan, Esma Daniel, Nurul Elfira Loy, Zarynn Min, Airis Yasmin dan Ngasrizal Ngasri mulai 7 Disember 2010, setiap Selasa jam 9.00malam.

Drama 13 episod terbitan Layar Consult Sdn Bhd diarahkan oleh Heykal Hanifah berdasarkan penulisan skrip oleh Zabidi Mohamed mengisahkan cabaran hidup seorang remaja yang menjadi buta selepas menjalani pembedahan otak.

Hani.1

Ummu Hani (Nur Fathia) ialah seorang pelajar Tingkatan Lima yang riang dan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Hani menyimpan cita-cita untuk menyambung pelajaran di luar negara dan mahu menjadi seorang pensyarah.

Irfan (Ryzal Jaafar) pula seorang pelajar baru yang berpindah ke sekolah Hani selepas ayahnya, Dr. Adib ditugaskan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur. Irfan menjadi seorang yang pendiam dan gemar menyepikan diri selepas kematian abangnya akibat leukimia.

Kawan baik Hani, Aliah (Siti Fathiyah) dan Jalilah cuba mendampingi Irfan tetapi hanya mendapat layanan dingin. Hani mendapat tahu Irfan gemar membaca maka dia mula membaca novel kegemarannya bagi menarik perhatiannya.

Nur Fathia sebagai Ummu Hani

Sikap optimis Hani telah mempengaruhi Irfan, dia telah berubah menjadi seorang yang lebih aktif. Hubungan mereka juga menjadi rapat dan Hani mula menyimpan perasaan terhadap Irfan secara diam-diam. Hani yang selalu mengalami sakit kepala dan pening telah disahkan mempunyai ketumbuhan dalam otaknya sebelum menghadapi peperiksaaan SPM. Lebih menyedihkan, dia akan menjadi buta selepas menjalani pembedahan otak bagi menyelamatkan nyawanya.

Hani tidak dapat menerima hakikat bahawa dia akan menjadi buta pada usia 17 tahun. Baginya, berita tersebut umpama hukuman mati bagi mengejar cita-cita dan cintanya. Emosi Ummu Hani tertekan selepas menjadi orang buta. Mariam (Rozita Che Wan) dan Mokhtar (Esma Daniel) sekeluarga sering memberi motivasi dan kata-kata semangat kepada Ummu Hani.

Dr. Adib tidak mahu Irfan mengabaikan pelajarannya hanya kerana terlalu ambil berat terhadap Ummu Hani. Dr Adib dan Shafinaz merancang Aliah mendekati Irfan. Selepas keputusan SPM diumumkan, Irfan dan Aliah berjaya melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan di luar negara. Akhirnya, Irfan dan Aliah telah berkahwin dan kedua-duanya berjaya menjadi doktor.

Selepas tujuh tahun, Ummu Hani masih menunggu kepulangan Irfan kerana dia dirahsiakan tentang hubungan Irfan dan Aliah selama ini. Ummu Hani telah mendaftarkan diri di Pusat Latihan Orang Buta dan sedang membantu merealisasikan projek Quran Braille. Takdir telah menemukan Ummu Hani dengan cinta pertamanya, Irfan namun dapatkah Ummu Hani menerima hakikat bahawa kawan baiknya, Aliah telah menjadi suri hati Irfan?

Jangan lupa untuk menyaksikan siri drama “HANI” di slot Lestary mulai 7 Disember 2010, setiap hari Selasa jam 9.00malam.

Pelajar baru Irfan (Ryzal Jaafar) menjadi tumpuan di sekolah

Ummu Hani (Nur Fahtia)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Hunny Madu di 1st Anniversary Kempen Everyone Connects

Gambar Nita Hamzah di Party EH! 20 Yang Anggun 2010