in

Drama Greek di TV2

DRAMA BERSIRI INGGERIS : GREEK, SETIAP SELASA, JAM 11.00 MALAM MULAI 2 JUN 2009 DI TV2

Drama-drama berlatarkan persekitaran kolej sememangnya memiliki daya tarikan tersendiri terutama di kalangan remaja yang sedang melalui fasa kehidupan sama di luar sana. Suka duka bergelar pelajar kolej seolah dekat di hati mereka dan sekaligus mampu membuatkan mereka begitu teruja untuk tidak ketinggalan mengikutinya.

Justeru sesuai dengan tagline Dunia Ria, penonton TV2 turut dijanjikan dengan drama bersiri Inggeris, Greek yang mula bersiaran pada 02 Jun 2009, setiap hari Selasa,  jam 11.00 malam sepanjang satu jam siarannya di TV2 sesuai dengan citarasa penonton kalangan remaja yang membariskan pelakon-pelakon remaja dan plot cerita segar yang dilihat mampu menyumbang menjadi daya tarikan golongan tersebut untuk menontonnya.

Greek yang mengisahkan kehidupan golongan remaja penuntut kolej bertemakan kekeluargaan, percintaan dan kehidupan sosial ini dibintangi oleh pelakon-pelakon antaranya Clark Duke, Scott Micheal Foster, Spencer Grammer, Paul James, Jake McDorman, Jacob Zachar dan Azron Hill.

Greek bermula dengan watak lelaki dikenali Rusty Cartwright yang baru memasuki Universiti Cyprus-Rhodes. Dia amat kecewa dengan sikap kakaknya, Casey yang tidak menyenangi sikap Rusty yang suka masuk campur dalam hal kehidupannya. Namun teman lelaki kakaknya, Evan menawarkan Omega Chi kepada Rusty jika dia tidak mendedahkan rahsia hubungan sulit Evan dengan seorang perempuan, Rebecca Logan. Oleh itu, Rusty perlu pilih antara kehidupannya atau hubungannya dengan Casey. Namun apabila Casey mengetahui hubungan Evan dengan Rebecca Logan, dia mencabar Rebecca dalam satu pertandingan memburu antara mereka berdua.

Omega Chi dan Kappa Tau telah menganjurkan satu pesta dirumahnya. Casey yang bimbang Rusty akan melakukan satu kesilapan besar terus ke sana untuk menyelamatnya meskipun pada malam tersebut Casey sudah merancang untuk bersama-sama dengan Evan pada malam tersebut.

Dalam satu pertandingan hoki, Evan inginkan kepastian daripada Casey mengenai hubungan mereka berdua antara adiknya, Rusty ataupun bekas teman lelakinya, Kappas. Bagi menyatakan kesetiaannya, Casey berpakat untuk mensabotaj Kappas supaya menjadi mabuk dalam satu pertandingan dengan Omega Chis.

Sementara itu, Rusty teringin untuk menyertai pasukan universitinya, namun disebabkan tidak terpilih, Rusty meminta bantuan daripada Dale, dan Dale mencadangkan Rusty supaya menggunakan pendekatan saintifik. Namun, Cappie yang tiada pilihan lain terpaksa membenarkan Rusty menyertai pasukan tersebut.

Dalam satu pesta yang dianjurkan untuk Mt. Vesuvius, Kappa Taus telah membuat silap terhadap gunung berapi yang mereka sediakan. Rusty dengan sukarela mengaku telah membuat silap. Dengan bantuan Dale dan Jen K, Rusty telah mencuri bahan untuk membuat letusan gunung berapi tersebut. Evan pula telah membawa Casey untuk berjumpa dengan keluarganya untuk makan malam. Namun Rebecca yang turut hadir pada majlis makan malam itu telah menyebabkan Casey berasa seperti orang luar.

Bagaimanakah kesudahan drama bersiri inggeris ini? Jangan lupa untuk saksikan Greek yang akan memulakan siarannya pada 2 Jun, Selasa 11.00 malam di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Profile Nas-T

Waheeda Nekad Berhenti Menyanyi