in

Drama Glee Episode Hell-O

Episod baru drama bersiri popular Glee malam ini

BAGI peminat setia drama bersiri Glee, jangan lupa untuk menonton episod baru seterusnya pada 12 Mei ini hanya di Astro saluran 711. Episod yang diberi judul Hell-0 ini menampilkan enam lagu yang dinyanyikan semula oleh deretan pelakonnya.

Lagu yang itu ialah The Doors, Hello I Love You, Gives You Hell, Hello, Highway To Hell dan Hello, Goodbye. Menariknya kesemua lagu itu seperti biasa akan dijadikan single yang dimuatkan di dalam album Glee seterusnya.

Drama yang pantas mencipta populariti di Hollywood sejak disiarkan pertengahan tahun lalu itu disiarkan setiap hari Rabu jam 9 malam. Siaran ulangan pada Khamis jam 12 tengah hari dan 7 malam. Ia juga boleh ditonton setiap Sabtu, 7 malam dan Ahad, 1 tengah hari.

Malah kini ia juga turut diminati di negara kita. Drama berkonsepkan komedi dan muzikal ini menampilkan ramai pelakon baru yang berbakat besar seperti Lea Michele, Dianna Agron, Chris Colfer, Jessalyn Gilsi, Matthew Morrison dan Jane Lynch.

Ia mengisahkan kehidupan sekumpulan pelajar yang menyertai kumpulan koir iaitu Kelab Glee. Drama ini mula disiarkan di Amerika Syarikat pada 19 Mei tahun lalu. Menariknya, populariti drama ini bukan saja menarik perhatian ramai penonton remaja, tetapi turut meraih pengiktirafan anugerah.

Pada majlis People’s Choice Awards, drama ini menang anugerah Komedi TV Baru Pilihan. Drama ini juga tercalon menerusi empat kategori iaitu Aktres Persembahan Terbaik kategori muzikal dan komedi menerusi Lea, Aktres Pembantu Terbaik (Jane) dan Aktor Terbaik (Morrison) dan Drama Komedi Bersiri Terbaik pada Anugerah Golden Globe yang akan berlangsung pada 17 Januari lalu.

Glee dicipta oleh Ryan Murphy yang turut mengarahkan Nip/Tuck tidak lama dulu mendapat pujian dan kritikan membina daripada media di sana. Di Amerika Syarikat, Glee menjadi siri nombor satu ditonton masyarakat di sana yang berada dalam lingkungan umur 18 hingga 49 tahun. Malah, cerita berkenaan turut dikategorikan siri nombor satu ditonton di kalangan remaja perempuan di sana.

Drama bersiri popular ini pertama kali disiarkan di Asia Tenggara sejak 20 Januari lalu.

Budiey: Tahniah buat Amy Search. Sekarang dah naik pangkat jadi datuk selepas anak sulungnya, Nabila Huda telah melahirkan bayi perempuan bernama Kheisya Laila pada jam 4.20 petang semalam di Hospital Gleneagles. Mesti comelnya anak Nabila ni.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nak Tambah Pendapatan? Jadilah Pengedar SIY Sekarang!

Gambar Ramli Sarip di Konsert Tafsiran Alam: Wisdom of Nature