in ,

Drama GABUK Lakonan Khir Rahman

Drama “Gabuk” Tonjol Nilai Kekeluargaan Dalam Slot Panggung 1 pada 13 Februari ini, pukul 3.05 petang di TV1

Maksud tersirat di sebalik perkataan gabuk dijelmakan dalam drama terbaharu bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk “Gabuk” mengisi slot Panggung 1 pada 13 Februari ini, pukul 3.05 petang menerusi saluran TV1.

Menampilkan gandingan mantap pelakon berpengalaman seperti Khir Rahman, Fauziah Nawi, Abu Bakar Omar, Normah Damanhuri, selain turut dibantu oleh Zarina Zainoordin, Zain Hamid, Hairie Safwan, dan Ungku Hariz, drama “Gabuk” sarat dengan elemen ikatan kekeluargaan dan kasih sayang yang terlerai akibat terlalu mengejar dunia dan harta.

Khir Rahman watak Qalam

Kisahnya berkembang dengan watak utama Qatam seorang suami yang cuai tanggungiawab terhadap isteri dan ibunya. Dia meninggalkan mereka untuk membina kekayaan di ibukota, dan berjaya. Kejayaannya dikongsi bersama penduduk kampung melalui kerja-kerja amal yang dilakukan melalui orang perantaraannya Saif dan Bahrin.

Sepanjang peninggalannya, Qalam tidak pernah pulang menjengah isteri dan ibunya.

Qalam menghadapi krisis perniagaan dan diancam oleh Alrigo, rakan niaga dari luar negara yang diuruskan oleh Bahrin. Qalam terpaksa pulang ke kampung selepas lima tahun mengasingkan diri, untuk mendapatkan geran hartanah peninggalan warisan keluarga bagi menebus masalah kewangan yang dihadapi.

Qalam terpaksa mengakui kelemahannya membelakangi hak isteri, ibu dan kaum keluarga hanya semata-mata menurut kehendak hati yang kononnya dipaksa berkahwin dengan Huda dan mewarisi kekayaan keluarga yang dianggap tidak bermaruah.

Semasa ibunya masih hidup, Qalam pernah ditegur akan sikap gabuknya kerana gagal menunaikan tanggungjawab sebagai lelaki yang beramanah terhadap isteri dan keluarga.

Dapatkah Qalam mengembalikan keyakinan isterinya selepas ditinggalkan sekian lama? Siapakah dalang di sebalik krisis perniagaan yang dihadapi oleh Qalam? Semuanya dalam Gabuk.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

antara babak Gabuk

babak pergaduhan

Normah Damanhuri lakon watak ibu

Zarina Zainordin watak Huda

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Legend of the Fist: The Return of Chen Zhen di TV2

TV2 Siar Filem GHOST RIDER : SPIRIT OF VENGEANCE