Home HOME | Tips Lifestyle | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)













[ Iklankan Produk & Website anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Drama Enigma Lakonan Farid Kamil & Fouziah Gous

Drama Ai D’Beijing lakonan Rozita Che Wan, Hans Isac dan Rusdi Ramly sudah tamat malam tadi. Mulai 28 Februari ini, penonton TV3 dapat menonton satu lagi siri drama terbaru, ENIGMA lakonan Farid Kamil dan Fouziah Gous. Juga dibantu oleh Faezah, Izaac, Ainul Aishah, Iqram Dinzly, Hafizuddin Fadzil, Raja Norbaizura dan Ahmad Tarmimi Siregar. Karya terbaru pengarah Prof. Madya A. Razak Mohaideen ini akan memaparkan kisah kehidupan manusia boleh berubah setelah diberi peluang kedua. Pengambaran Enigma dilakukan selepas pengarah ini selesai mengarah filem Duyung.

blogBelum apa-apa lagi, drama ini dikritik. Plotnya agak klise, streotaip dan pernah dipertontonkan sebelum ini. Namun, jawab pengarah prolifik itu, drama ini ada keistimewaannya tersendiri. Dengan kerjasama sepenuhnya daripada Tourism Australia dan AirAsia, penonton dibawa mengembara ke bumi kanggaroo itu. Hampir separuh daripada penggambaran drama itu dilakukan di Gold Coast dan Brisbane, Australia. Sebanyak 25 episod merupakan drama terbitan syarikat produksi Line Clear Notion Pictures Sdn. Bhd.

Fouziah Gous memang seronok berlakon Enigma sebab Faris sebenarnya idola Fouziah. Farid Kamil seorang pelakon profesional dan sering mendapat pujian daripada Razak. Bagi Fouziah, Farid Kamil seorang yang prihatin dan suka membantu di lokasi. Walaupun sebelum ini, mereka tak pernah borak, tapi Farid pandai menyesuaikan diri dan menjadikan Fouziah tak kekok berlakon.

Sinopsis Drama Enigma di TV3 Lakonan Farid Kamil
Enigma mengisahkan Adam lakonan (Farid Kamil) yang dibesarkan dalam keluarga berada sering menghabiskan masa bersama rakan-rakannya untuk bersosial. Segalanya berubah apabila dia terjebak dalam pergaduhan sehingga terjadi pembunuhan. Demi menyelamatkan diri daripada hukuman undang-undang, Adam nekad untuk melarikan diri ke Australia. Sekian lama di tempat orang, Adam akhirnya menghubungi teman lamanya, Mira (Fouziah) di Malaysia menceritakan mengenai kehidupan barunya di Australia.

Mira berjanji akan merahsiakan kedudukan Adam walaupun pada masa yang sama ibu pemuda itu Datin Sofea (Raja Nor Baizura) jatuh sakit. Selain Farid dan Fouziah, pelakon-pelakon lain yang membintangi Enigma ialah Faezah, Azad, Ainul Aishah, Iqram Dinzly, Hafizuddin Fadzil, Raja Nor Baizura dan Ahmad Tamimi Siregar. Sementara itu, Farid Kamil, 27, yang akan menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Seni Layar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengakui, karakternya sebagai Adam dalam Enigma agak mencabar. Ini adalah kerana, dalam drama bersiri ini dia perlu membawa watak Adam pada tiga jarak usia yang berbeza iaitu ketika Adam berusia 18, 24 dan 25 tahun.

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gossip Fasha Sandha Makan Hati & Bidadari Fouziah Ghouse
  • Teaser Filem Apa Kata Hati Lakonan Raja Farah
  • Gossip Fasha Sandha & Farid Kamal Merendek?
  • Pelakon Apa Kata Hati Farid Kamil Jurucakap A-LOOK Eyewear
  • Sinopsis Estet Lakonan Farid Kamil dan Jayashree
  • Irma Hasmie Masih Bergaduh Dengan Fasha Sandha?
  • Sinopsis Filem Apa Kata Hati Lakonan Awal Ashaari, Farid Kamil, Raja Farah
  • Sinopsis Filem Evolusi KL Drift Lakonan Fasha & Farid Kamil
  • Filem Anak Halal Lakonan Fasha Sandha & Maya Karin 13 Disember ini!
  • Kala Malam Bulan Mengambang Filem Neo Noir Pertama?



  • Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET