Drama Emilemilda di TV3 Bulan Mei Ini

Masih menghitung hari untuk menonton drama Emilemilda yang akan menemui penonton bulan hadapan. Apa istimewanya drama ini sehingga ditunggu-tunggu oleh penonton drama TV? Jawapannya, hanya terjawab nanti.
Sinopsis drama arahan Shahrulezad ini saya dah tulis di entri ini. Namun, poster di atas adalah yang terbaru yang saya terima daripada Isma Yusoof yang juga turut menjadi pelakon dalam siri drama ini. Terima kasih Isma Yusoof.
Lari dari tajuk seketika, dalam minggu lalu, banyak peristiwa yang berlaku. Ada yang elok dan ada yang tidak elok. Ada yang enak dan ada yang tidak enak didengar. Saya harap segala masalah dan isu yang timbul akan segera diselesaikan dalam situasi yang aman.
Prinsip yang saya pegang selama saya menjadi penulis blog. Saya tidak mahu menjadi musuh kepada sesiapa. Saya tidak mahu berbalah dengan sesiapa. Walaupun saya rasa banyak kritikan saya juga menyentuh ramai individu tertentu terutama sekali tentang komentar tentang Akademi Fantasia. Kepada famili yang terasa hati dengan tulisan saya… saya minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Tidak ada niat saya untuk mengutuk mana-mana pelajar.
Saya tidak mahu dengan bidang menulis yang tidak dapat satu sen pun ini dan dalam soal remeh temeh, saya ditimpa masalah. Sensitiviti dan isu yang telah timbul buat saya ingin menarik diri daripada menulis tentang Akademi Fantasia. Mungkin kalau tiada komentar saya tentang AF, tidak menghalang anda untuk ke sini kerana saya masih lagi ingin berbicara tentang dunia filem dan perkembangan seni suara di Malaysia.
Salam kemaafan buat semua.
Technorati Tags: Drama, Akademi Fantasia, TV3, Emilemilda
Tags: Blog, Drama, Isma YusoofBaca artikel lain yang berkaitan:









April 16th, 2007 at 9:39 pm
mcm syok je cite ni. hopefully tak maen lewat2 n bertindih ngan waktu progrem len kat cenel len la… =/.. hope bang budiey sabar ye menulis. we cannot pleased everybody.. u knew that already.=) chaiyok bang budiey!
April 16th, 2007 at 10:19 pm
aaa, sedih la camni. Sy dah biasa baca komen bro tentang af. Kacau sgtla org main XXXXXX sgala nih… Takpe, janji tak tutup warung cukupler heh. Slamt maju jaya!
April 17th, 2007 at 1:02 am
Aduh…mcm best…tapi citer dia mcm tak logik sikit…ada ker nak suruh org kahwin dalam masa 6 jam?? Kalau iyapun nak suruh kawen cepat2x bagiklah masa sekurang2nya sebulan…heheh…komen pasal plot cerita plak…
anyways, harap2 adalah org yg baik hati uplod cerita nie dlm youtube..:D
April 17th, 2007 at 9:03 am
wah .. ader sharifah amani .. huhuhuhu
April 17th, 2007 at 10:17 am
haah, komen sket jalan cite ye?
April 17th, 2007 at 10:30 am
Eloklah kalau camtuh…at least ur being neutral…sebenarnyer the rest tu yg patut stop ckp pasal AF jugak…Ade benefit ke or dpt career advancement values ke bitching about AF ni in the first place??? (sbb dah 5 seasons dah i tgk u bloggers byk komen je lebih, tapi tak ke mana pon akhirnya, kurang achievement dan balik2 comment bende2 same every year, tak berkembang)…it’s good u start it first…harap2 yg lain mencontohi langkah u…
April 17th, 2007 at 12:44 pm
Bila cakap pasal realiti program aje, mesti ada yang sensitif atau melenting, padahal takde kena mengena pertalian darah pun. Hehehe…
Abang bang budiey, jgn lah patah semangat. Kita bukan mencari musuh pun. Kita hanya menyuarakan pendapat. Itu adalah hak kita untuk menyuarakan pendapat kita, sama seperti suara2 songsang dan sumbing itu. Itu juga adalah hak mereka.
Saya menyarankan agar abang budiey meneruskan apa jua yang ditulis kerana saya sentiasa di belakang anda.
Sekian terima kasih.
April 17th, 2007 at 12:49 pm
Kepada anonymous,
itu adalah hak orang yang menulis blog. tak menjadi masalah pun kerana menulis blog tak perlu bayar RM0.50.
walaupun kita semua sedia maklum, mengundi utk AF tidak mendatangkan sebarang kebaikan pun, malahan rugi beribu2 ringgit lagi.
So, pada saya, itu adalah hak masing2. Dan saya juga hormat pendirian anda untuk berselindung di sebalik nama anonymous. Itu adalah hak mutlak anda, jadi kita tidak sepatutnya mempersoalkan hak2 orang lain yang kita juga ada hak tapi kita tidak guna.
majulah rakyat untuk membeli mercedesz.
April 17th, 2007 at 1:15 pm
stuju ngan encik izham
April 17th, 2007 at 2:06 pm
Affanazami, drama Syarifah Amani ni akan ada di slot Samarinda. I ni dah trauma sebab dulu pernah kena lagi teruk. Sampai depa nak saman Budiey… drama ni i takleh komen apa2 lagi sbb tak tgk lagi pun.
Shoopymoo… warung tetap akan dibuka walaupun ada lalat yang menghurung. Lumrah dunia la kan, shoopy?
f41dh1, kita nak tgk citer pelik yg tak klise. Heheh harap drama ni boleh pecah rekod rating macam Seputeh Qasih…
Izham, gue sokong sama lu lah, beb! Benda ni subjektif la kan. Orang nak minat ke, tak nak minat ke, lantak la… tapi kalau ada yg tak suka kena XXXX baik jgn pergi audition…
April 17th, 2007 at 2:50 pm
mazen sokong izham. selama nie mazen suka baca blog nie sbb byk info yg dpt mazen tahu. tp paling mazen tunggu citer pasal siti jer. he he he… pasal af nie klu budiey tak tulis pun bukan m’jadi “kudis” utk dia. Budiey berhak utk menyuarakan apa yg dia nak. kita sebagai tetamu klu setuju sokong sahaja. klu tak setuju pergi buka blog lain la. habis citer.
bagi mazen la, klu tak der la penulis2 blog mcm budiey or pakcik mma atau sapa2 jer la- tak ceria dan tak hot la akademi fantasia tu… atleast bahasa yg budiey gunakan utk komen af nie masih beralas lg. cuba g bukak blog lain. mcm2 perkataan dorang guna. senang citer… klu takut di lambung ombak p buat rumah kat gunung kinabalu. he he he..
budiey, teruskan usaha anda. (cheewah…bukan main lg mazen…he he he)
April 17th, 2007 at 2:52 pm
izham… nak jgk beli mercedezz tu tapi mcm tak mampu jer. he he he
April 17th, 2007 at 2:53 pm
Mazen, thanks. nanti kita kasi UP banyak2 citer pasal Siti Nurhaliza kat sini.
April 17th, 2007 at 5:53 pm
korang semua jgn salah faham…bukan niat saya nak soh bloggers tu stop blogging…in fact, i am an avid blog reader, ramai blog orang yg saya baca, in fact it’s another medium of expression…tak dinafikan mungkin comments saye tadi ade silapnya dari segi susunan kata2…yg saya maksudkan ialah bloggers yg bahasa2 mereka mmg na’uzubillah kalau kita baca tu…mereka2 tu tak payahlah nak membuat pembidasan sedemikian rupa, walau seteruk mana pon budak2 AF tu dibidas, at least oppourtunities budak2 dah sah2 terbuka di byk tempat, and for bloggers yg membidas tu, ape faedah yg mereka terima?…it’s a pinful on going activity…tiap tahun membidas tapi x de lah pulak tgk tahun seterusnya dah dilantik menjadi CEO ke ape…masih lagi menjadi blogger yg suka mencerca, membidas, dan mengkritik tanpa adab yg mak bapak ajar…Kepada Budiey, saya ingin memohon maaf sekiranya comment saya tadi mungkin agak mengaibkan keperibadian Budiey…Saya memang tau Budiey x pernah guna bahasa2 kasar dlm blog…Mcm kata seorang hamba Allah tadi, saya cuma menggunakan HAK saya untuk bersuara…Pasal terkasar ke ape ke mmg tidak disengajakan…
April 17th, 2007 at 8:35 pm
Anonymous, rasanya anda perlu letak nama samaran anda instead of ‘anonymous’ …
Ekceli… Budiey tak rasa diaibkan. Cuma terasa sensitif sikit kot. Saya hanya mengambil langkah selamat sekarang ni, itu yg buat saya fikir banyak kali kalau nak kutuk atau buat komen. Semoga blog ini bebas daripada imej-imej yg buat byk pihak lain sakit hati. Kalau ada, itu bukan niat saya.
April 18th, 2007 at 9:44 am
Anonymous yang cekal dan berani,
Membidas dan kritik adalah asam garam dalam industri hiburan, begitu juga dengan media massa. Paparan peristiwa hanya di dalam rancangan berita sahaja. Peristiwa tanpa komentar.
Apakah kelainan yang budiey dapat tonjolkan tanpa komentar2 ataupun pojokan satira yang lahir dari budiey sendiri. Begitu juga dengan penulis2 blog yang lain. Masing-masing ingin memberikan kelainan dalam tulisan mereka walaupun intipatinya sama.
Saya setuju, habuk pun tak dapat tapi mereka masih memperolehi sesuatu yang anda mungkin tidak memperolehinya.
KEPUASAN melakukan sesuatu yang disukai.
Ramai manusia yang hidup mewah tetapi melakukan sesuatu yang tidak disukainya, atau langsung tak pernah mencapai puncak kepuasan.
Mungkin anda pun begitu.