in ,

Drama Ego & Nasi Yong Lemak Taufu

Pelakon Eja Angkuh Dalam Drama Ego Dan Julie Woon Cintai Pemuda Melayu Dalam Nasi Yong Lemak Taufu di TVi

Ramadan ini menyaksikan saluran TVi menjanjikan slot khas untuk mereka ternanti-nantikan telemovie sarat pengajaran untuk semua. Nyata plot kisah yang diangkat dalam slot Wayang i ini realitinya berlaku dalam kehidupan seharian masyarakat kita.

Saksikan lakonan berkesan Eja, Fauzi Nawawi dan Eira Syazira dalam drama bertajuk Ego menemui penonton pada 11 Ogos 2012, jam 12.00 tengahari. Manakala keesokkan harinya, 12 Ogos 2012, jam 12.00 tengahari pula penonton diajak berhibur dengan drama Nasi Yong Lemak Taufu yang mengangkat plot utama berlatarkan kisah makanan berkaitan yang popular antara dua kaum di Malaysia.

babak dalam Nasi Lemak Yong Taufu

Ego mengisahkan Marina yang dilakonkan oleh Eja menjiwai watak wanita yang bongkak dan enggan berkongsi apa saja miliknya dengan orang lain. Rasa ego menebal di hatinya dalam apa jua situasi dan kepada sesiapa sahaja termasuk suami dan juga teman baiknya.

Keangkuhan Marina tiba di kemuncak apabila dia secara terang-terangan enggan membantu suaminya, Rafiq (Fauzi Nawawi) yang dalam kesusahan. Dugaan besar berlaku dalam diri Marina apabila dia kemudiannya terpaksa menelan kenyataan terpaksa bermadu dengan teman baiknya sendiri (Eira Syazira).

Menyusul kemudiannya telemovie Nasi Yong Lemak Taufu arahan Apache ini dibintangi oleh Amar Asyaff, Julie Woon, dibantu oleh Shiela Mambo, Chew Kin Wah, Faiz Raja Lawak, Wira Raja Lawak, Kaza dan Acong.

Weni dan Kaidir duduk bersebelahan di dalam bas ekspres dengan tidak sengaja tertukar beg bagasi ketika mereka tergesa-gesa turun dari bas. Ketika rakan- rakannya, Wan dan Man, datang menjemput Kaidir, mereka bertanya sama ada dia sempat bersahur. Kaidir menyatakan bahawa dia memakan Yong Tau Fu milik seorang gadis Cina.

Berkisah pada Weni pula, dia begitu terkejut apabila mendapati bekas makanannya ialah nasi lemak. Ayahnya Wong, begitu marah apabila Weni cuba untuk memakannya kerana Weni kehilangan ibunya akibat nasi lemak.

Kaidir pulang ke rumah dengan rasa bersalah kerana termakan Yong Tau Fu. Kak Yong, ibu Kaidir mengesan sesuatu yang tidak kena dengan anaknya. Kak Yong begitu terkenal dengan masakannya iaitu Nasi Lemak Daun Pisang.

Wong pula menghadapi masalah dalam perniagaan kedai kopitiamnya yang kekurangan pelanggan. Weni memahami masalah yang dihadapi oleh ayahnya dan cuba untuk membantu. Weni menghubungi Kaidir setelah mendapat maklumat yang dijumpai tempohari.

Setelah berkenalan mereka semakin rapat ,Weni menyatakan masalah kemerosotan perniagaan ayahnya yang berada di kawasan bermajoritikan orang Melayu. Kaidir memberi cadangan berdasarkan nasihat ibunya iaitu dia dan Weni harus bertukar-tukar ilmu masakan iaitu Yong Tau Fu dan Nasi Lemak dalam memikat hati Wong supaya bersedia menerima perubahan.

Pelbagai cabaran dan rintangan dihadapi oleh Kaidir dalam usaha memenangi hati Wong. Sambil dibantu oleh Pak Imam ,maka akhirnya Wong terbuka minda untuk berubah. Apakah yang dilakukan oleh bapa Weni yang pada awalnya menolak cadangan untuk bekerjasama dengan ibu Kaidir?

Tontoni dua drama menarik penuh menyayat hati ini hanya di TVi (Saluran 180 Astro).

Drama Nasi Lemak Yong Taufu

Sheila Mambo dan Julie Woon dalam Nasi Lemak Yong Taufu

babak romantik dalam Nasi lemak Yong Taufu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tiket Konsert BigBang di Malaysia Habis Dijual

Rakaman Program Pesona Aidilfitri Bersama Orkesta RTM