Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)



















[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Drama E-Toyol.com di TV9 Lakonan Fauzi Nawawi, Norliana Samsudin

Dari Alam Siber ke Alam Nyata…, Percayakah Anda Kewujudannya?

Toyol?!! Masih adakah lagi toyol di zaman moden ini? Siapa tak seram bila membayangkan toyol, lembaga kerdil yang menghisap ibu jari kaki orang di waktu malam ketika orang tidur sebagai makanannya dan mencuri wang dan barang berharga buat tuan yang menyerunya.

Kisah toyol telah sering kita dengar dan pernah menjadi perbualan sejak dahulu kala lagi dan telah diperdengarkan turun-temurun oleh ibu dan ayah kita sejak kecil. Namun, adakah makhluk ini benar-benar wujud? Bagaimanakah pula jika kisah seram toyol yang pada awalnya diada-adakan dan disebarkan melalui internet kini seolah-olah menjadi kenyataan?

Inilah kisah yang dipaparkan seterusnya menerusi slot Lagenda, “e-toyol.com” yang telah menemui penonton TV3 setiap Isnin hingga Khamis, jam 4.30 petang mulai 16 Jun 2009 yang lalu. Bersiaran sebanyak 20 episod siri “e-toyol.com” ini merupakan hasil buah tangan pengarah Abdul Azizi Awang Ghazali dan diterbitkan oleh MIG Beats Sdn. Bhd.

Siri ini membariskan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Muhd. Azhari Azizam (Erwan/Dogol), Fauzi Nawawi (Hamidi), Erry Putra (Adlan), Norliana Samsudin (Sharmila), Ahmad Ezzrin Loy (Haslam), Farhana (Atiqah), Iskandarsah (Bob), Ifa Raziah (Kalsum) dan Zack Idris (Tamrin). Apa yang menarik, siri ini juga turut menampilkan lakonan penyanyi Nurul Abd Wahab sebagai Mazlin serta Rafidah, pemenang pencarian gadis Pantene sebagai Ustazah Sarah.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Pn Nurul Aini Abu Bakar berkata, “Siri ‘e-toyol.com’ ini merupakan sebuah siri drama yang menggabungkan unsur seram dan komedi untuk hiburan seisi keluarga. Selain dari jalan ceritanya yang menarik dan mudah difahami siri ini juga banyak memaparkan adegan lucu dan mencuit hati. Saya percaya siri ini akan menjadi kegemaran seisi keluarga terutama kanak-kanak. Selain dari itu, siri ini juga memperlihatkan sikap sinikal segelintir penduduk bandar yang mudah melatah akan hal yang berbentuk mistik dan misteri. Memang tidak dinafikan, kepercayaan terhadap perkara-perkara seperti ini masih wujud walaupun di zaman yang serba moden ini. Namun, ini tidak bermakna manusia harus tunduk kepada perkara-perkara mistik sehingga boleh memesongkan aqidah,” katanya.

“Selain dari itu, siri ini juga memaparkan nilai-nilai pengajaran yang baik sebagai panduan kepada penonton. Contohnya, ia memaparkan implikasi atau impak dari khabar-khabar angin melalui internet, kesan dari bimbingan dan perhatian ibu bapa yang longgar terhadap anak-anak di masa kini, serta masalah anak-anak di sekolah termasuk buli, serta ketaksuban kepada kepercayaan karut dan hantu sehingga menjejaskan hal-hal lain,” tambahnya.

‘e-toyol.com’ mengisahkan seorang budak lelaki berkepala botak, pendek, bernama Erwan yang digelar ‘Dogol’ olah rakan-rakan sekolahnya. Sebagai kanak-kanak yang pendiam, Erwan sering dibuli oleh rakan-rakannya ketika di sekolah. Dia merupakan anak seorang pengusaha restoran dan kedua ibubapanya sering sibuk menguruskan perniagaan mereka.

Erwan, merupakan pelajar yang kurang cemerlang dalam pelajaran tetapi dia sangat mahir dalam hal komputer dan internet. Dalam diam, dia yang sentiasa menjadi bahan usikan ada menyimpan perasaan marah yang tidak terluah. Oleh itu, dia mula menyebarkan khabar angin dalam internet melalui laman web khas ciptaannya yang dinamakan laman seram yang memfokuskan tentang toyol. Dia kemudiannya menceritakan kepada pelanggan restoran tanpa pengetahuan ayah ibunya kononnya khabar angin adanya toyol itu adalah benar. Resam orang yang lebih suka percaya cerita dongeng dari khabar yang benar, memudahkan rancangan Erwan.

Sepanjang kisah berlaku, suasananya seakan seram tetapi situasi yang sebenar berlaku adalah lucu atau tidak disangka. Sehinggalah satu malam, toyol yang sebenar kepunyaan seorang lelaki bernama Tamrin memberontak dan berjaya melepaskan diri dari Tamrin lalu pergi mencari Erwan. Semenjak itu, pelbagai peristiwa seram dan lucu terjadi apabila Erwan mengistiharkan perang terhadap toyol tersebut. Bagaimanakah Erwan berhadapan dengan situasi itu dan berjayakah dia mengatasinya?

Untuk mengetahui lebih lanjut kisah seram yang mencuit hati ini, jangan lupa untuk menyaksikan “e-toyol.com” setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 4.30 petang di TV3 dan 8.30malam di TV9.

Tags: ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Fauzi Nawawi, Pelakon Orang Minyak Pergi Kelab Dangdut?
  • Drama bersiri Sari Maya Lakonan Fauzi Nawawi, Zizie Ezette, Liyana Jasmay
  • Gambar Anak Sulung Lisdawati & Fauzi Nawawi
  • Gambar Pasangan Sehati Berdansa Lisdawati & Fauzi Nawawi @ Karnival SBRia
  • Gambar Datin Seri Normala Samsudin
  • Video Lucah Ida Nerina & Fauzi di Rumah Tumpangan Sabul
  • Trivia: Beg Emas Lisa Surihani
  • Slot Seram Puaka Niyang Rapik di TV3
  • Pelancaran Drama BIO-NIK Lakonan Kamal Adli
  • Norliana Shamsudin, Pengarah Wanita Termuda Malaysia



  • 30 Komen untuk entri “Drama E-Toyol.com di TV9 Lakonan Fauzi Nawawi, Norliana Samsudin”

    1. amirul kata:

      sempoi cerita ni aq suka tengok pompuan yg berlakon tu

    2. azmi kata:

      askum saya minat dramah e-toyol ni cume mase yang di siarkan tak kene sebab tak boleh tagok berita,kalau boleh siarkan pada pukul 9pm lagi bagus
      cete e-toyol ni meng best lawal cinta masalah anak yang mak bapa perlu hadapi dan cete ni tak seram sesuai untuk ditonton oleh semua orang

      saya sentiasa sokong filim dan drama malaysia saya tak minat cete indon jadi kurangkan la siarkan cete indon dan bayakkan siar cete malaysia sebab ni nagara malaysia bukan indon,jagan nak cari untung je,maju la filim dan drama malaysia ,malaysia boleh

    3. cutest boy kata:

      sye tertinggal episod 6 lah.mcm mana nk tgk haa.tolongla siar dlm youtube..

    4. amirah kata:

      best la cite e-toyol kalau nak tau aku peminat setia tengok cite e-toyol tapi masa mula-mula tengok iklan nampak macam seram tpi sebnarnya tak seram pun …he…he..he

    5. nur farihah94 kata:

      hari ini saya bertemu

    6. fikri kata:

      saya tidak prcaya pada bnda-bnda tahyul ni.toyol ni memang wujud tapi kite sebagai org islam tidak boleh prcaya. korang ni jgnlh takut kite sebagai org islam tak boleh takut.kalau tk nk takut kite kenalah kuat solat ralin membaca doa rajin mengaji barulh toyol tu tk kacau kite lagi kalau kite tk solat toyol tu akn kacau kitelh

    7. Miqdam bin Ahmad Nazmi kata:

      Askum,kenapa toyol tu kluar mase time nak habis cite.kluarkanla babak toyol tu banyak sikit dan jadikanlah cite ni seram ……………………………

    8. nurul fatiha kata:

      saya rasa cerita nya kurang menarik.tetapi banyak pekara lucu…..sekian saja

    9. Muhd_Nazreen12 kata:

      saya tidak percaya sama toyol sebab saya nak ingin tahu lebih dalam baru saya ingin tahu

    10. Muhd_Nazreen12 kata:

      saya tak pernah nampak toyol sebab itu saya tak percaya

    11. kisah lucu kata:

      gambar tuyulnya bener-bener ijo. Apa itu tuyul color ijo?

    12. ken kata:

      knpe 20 episode je

    13. nazmi_stylo kata:

      apesal laman web tv3 xde citer nie ar?
      cite nie best siot.bdk2 yg berlakon dlm cite nie memang best

    14. mat kata:

      awaat toyol pyah sngt nk nmpak..ni cita toyol ka cita hntu raya……..huhuhuh

    15. cintan maut hokushin m kata:

      saya caya ada toyol kalau sapa sapa yg tak caya tu tak apa nanti saya akan hantarkan anda

    16. nabiehan manja kata:

      cite ni x menakutkkn lah-mmg x real lgsg-mcm cite ni khas tok budak2 jer eemmm buat lah sesuatu…………..

    17. nabiehan manja kata:

      cite ni x menakutkan lah-mcm khas cite ni utk budak2 jer……….-eemm buat lah sesuatu……….

    18. cahtz kata:

      hey!!
      sye suke sngt tngk budak pengawas tu.. sapa nme nye erk?.. a’a haslam..
      berdedikasi sngt lar.. pndai budak tu b’lakon…
      tu yg wat sye t’tarik dgn cite ni…
      huhu

    19. faizul kata:

      adakah toyol itu budak-budak atau orang dewasa

    20. y0wt kata:

      toyol btol ke tpu nye?

    21. acha_gurlz.. kata:

      ee,,x brape best ah,,coz last kali rupe2 nye die mimpi aje dee,,

    22. acha_gurlz.. kata:

      len kali buat lah yg lebeh seram,, nie x,,x seram langsong,,
      aku punye la tgk cite nie berie2 but the last menyaket kn ati jerk,,
      buang mase jerk,,

    23. FUKUYAMA Ryoko kata:

      cite n mmang klkr tpi mmbsnkn

    24. imah kata:

      nama saya siti fatimah umur saya 10 tahun saya bersekolah di sekolah rendah agama bersepadu segamat johor.saya suka menonton drama e-toyol .com kerana erwan yang hensem ;abang bob yang penakut dan yang lain-lain.sekian

    25. imah kata:

      saya suka dkt erry putra krna dia hensem ilove you erry putra

    26. amy kata:

      toyol ini wujud kerr?

    27. hafiz kata:

      macam na rupa toyol sebenarnya?

    28. tiniateen kata:

      saya suka erwan saya nak no tel nya saya suka tengok nya sebab dia comel…
      tlg bagi no tel nya okey….

    29. fatini kata:

      saye suka tengok e toyol.com sebab ade ayie….
      saye suka kan nya dia belakon sempoi
      comel lak 2….he he…

    30. fatini kata:

      erwan saye suka kat awk sebab awk ensem….
      jagan marahh..
      saye nak no tel awk…
      saye fatini yg yg kita pernah jumpa kat belakang rumah orang degan geng 2 yg lain…

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:




















    Hits & Statistic





    View Blog Stats





    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK




    Ucapan Dato' Siti Nurhaliza