in

Drama Duyong Aridinata

Slot Lagenda di TV3 bakal mengajak penonton-penonton setianya menyelami kisah cinta romantis antara ikan duyung dan seorang manusia. Uniknya, drama bersiri DUYONG ARIDINATA ini menampilkan Putera ikan duyung yang mahu mencari cinta sejati di bumi.

Membariskan pelakon – pelakon yang popular seperti Zachary F, Fasha Sandha, Hirzi, Natasha Hudson, Rozie Rashid, Tony Eusoff, Maria Farida, Zain Saidin, Jasmin Hamid dan Liya Banks, para penonton akan terpesona dengan keindahan dasar laut yang dipaparkan dalam drama bersiri tersebut.

Aridinata ialah Putera ikan duyung yang mahu memahami dunia manusia dan merasai erti cinta sejati. Dia telah berjumpa dengan dukun bagi menukarkan ekornya kepada sepasang kaki manusia.

Namun, Aridinata perlu memenuhi satu syarat. Dia hanya akan kekal menjadi manusia sekiranya ada wanita yang jatuh cinta kepadanya dalam tempoh tujuh bulan. Berjayakah Aridinata menemui cinta sejati dan adakah wanita tersebut akan melafazkan cintanya sebelum tamat tempohnya?

Pada jam 3 petang ini, Budiey akan menghadiri pelancaran drama ini. Jadi, jangan lupa untuk melayari blog ini dari masa ke semasa.

Fasha Sandha

Natasha Hudson

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aizat Cipta Lagu Erti Hari Ini Untuk Rakyat Palestin

Sandra Bullock Sah Bercerai