Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Drama Duranni lakonan Raja Farah di Astro Ria



Sebuah drama telenovela, Duranni yang disiarkan di Astro Ria setiap Isnin hingga Khamis jam 9 malam menarik perhatian saya untuk mengikutinya. Apa yang menarik sangat dengan drama lakonan Raja Farah dan Mustapha Kamal ini? Ya, saya akui ada kelainan dari segi pengarahan dan visual drama ini di kaca TV. Apa tidaknya, drama ini menggunakan khidmat pengarah India bernama Dinesh Samby yang terkenal dengan gerakan kamera yang memang lazimnya kita dapat tonton dalam filem tamil dan drama sinetron dari Indonesia. Bukan mengenepikan bakat pengarah tempatan, tetapi sebelum ini pun Dinesh pernah mengarah drama Astana Idaman dan Aku Untukmu. Plot penceritaan ringkas, dialog yang tak banyak songeh dan berjela-jela membuatkan penonton senang memahami drama ini. Itu belum lagi disentuh dengan skrip yang begitu dramatik dan mengundang air mata dari penonton. Pelakon Maya dan Roy Azman diberi watak antagonis dalam drama ini. Duranni merupakan kisah sedih kehidupan dua beradik bernama Duranni dan Sybil yang melalui perjalanan hidup berbeza akibat terpisah sejak kecil. Kehidupan mereka menjadi keruh apabila dipertemukan kembali. Untuk 13 episod pertama, Raja Farah sebagai Duranni yang berusia 16 tahun. Durrani kecewa bukan sahaja kerana novelnya ditolak oleh pihak penerbitan tetapi juga apabila bapanya berkahwin lain dengan seorang wanita muda yang jahat. Raja Farah cuma dapat muncul pada 13 episod pertama sahaja. Kemudian, watak Durrani akan dipegang oleh orang lain untuk menggambarkan 3 latar masa yang berbeza.

[tags]Drama, Astro Ria, Durrani, Raja Farah, Mustapha Kamal, Dinesh Samby, India, Malaysia, Aku Untukmu, Astana Idaman, Maya, Roy Azman, watak antagonis, Transformers, box office, Sybil, Gegar U, Pengacara, hos, TV3, orang gaji, jenayah, kolar biru, keluarga penyayang, minda cergas, Saloon, tips rambut sihat, plot, cara menulis skrip, merdeka, Altantuya, Razak Baginda, berita bernama, news[/tags]

Raja Farah Astro Durrani

Tags: , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Raja Farah Mahu Berhenti Jadi Pelakon
  • Profile Raja Farah Pelakon Drama Gadis Dari Bintang
  • Filem Akuarium Cinta Arahan Osman Ali
  • Gambar Raja Farah @ Anugerah Juara Lagu 23
  • Pelakon Hairie Othman Bercerai & Gambar Seksi Raja Farah
  • ADV: Sinopsis Drama Sensasi Mingguan Lelaki Episod 13
  • Gambar Farah AF2 & Isma Yusoof Dalam Drama Popular
  • Gambar Busana Farah Asyikin di Festival Filem Malaysia 23
  • Gambar Farah Asyikin di Karpet Merah FFM23
  • ADV: Sinopsis Drama Sensasi Mingguan Lelaki Episod 16



  • 5 Komen untuk entri “Drama Duranni lakonan Raja Farah di Astro Ria”

    1. faidhi kata:

      ni gambar dari web rajafarah.com .. tp web tu takde ape2 pon .. sape la designer dier .. hurm. …. :(

    2. fara kata:

      ellow..comey r akak fara

    3. nurulema kata:

      hye……..roy azman……..dan semua pelakon duranni…..ur the best la…..love ya……….

    4. eiqa kata:

      boleh minx emel mustapha kamal

    5. abbyanna kata:

      hai…kpda sume yg terlibat dlm cter durrani..hope korg ingt sy agi..sypn pnah terlibat sme dlm cter durrani..tp just jd owg gler la..huhu..pepn conok dpat join..enjoy rr..

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK