in

Drama Down With Love Jerry Yan, Ella Chen

DOWN WITH Love
Hito Idol Theatre
Waktu Siaran / Masa : Setiap Sabtu, 6.30pm – 8.00pm
Tarikh Siaran : 6 Februari – 22 Mei 2010
Bahasa : Mandarin
Jumlah Episod: 15 x 90 minit
Pelakon: Jerry Yan, Ella Chen, Xiao Xian, Gu Bao Ming, Michael Zhang

Ianya terbaru dan menarik! Sebuah drama yang hangat diperkatakan di Taiwan disiarkan di 8TV! Cerita yang menyelitkan unsur-unsur romantik, kelakar, kasih sayang, kesedihan dan banyak juga teladan yang membuatkan penonton melekat di kaca TV.

“Lain dari yang lain. Penonton semua tidak akan mahu terlepas untuk menyaksikan sebuah drama komedi romantik yang mencuit hati ini. Jadi, pastikan anda semua menonton drama terbaru ini setiap hari Sabtu pada pukul 6.30petang sehingga pukul 8.00malam hanya di 8TV” kata Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim.

Drama ini berlatar belakangkan keindahan Taipei dan juga barisan pelakon yang hebat. Yu Ping, watak yang dilakonkan oleh Jerry Yan, seorang peguam yang sangat petah berkata-kata dan berjaya dalam karier. Yu ping terpaksa mengambil dua orang anak abangnya sebagai anak angkat kerana abangnya telah meninggal dunia akibat satu kemalangan jalan raya yang dahsyat.

Demi menjaga dua kanak-kanak ini, beliau berusaha untuk memastikan kedua-duanya dijaga dengan baik tetapi keadaan menjadi tidak kena apabila kesemua penjaga dua orang budak ini takut dan tidak tahan dengan kenakalan mereka malah kebanyakan mereka telah jatuh hati dengan Yu Ping. Disinilah hadirnya Ella Chen yang memegang watak Yang Guo seorang ‘tomboy’ yang sangat memerlukan pekerjaan. Beliau juga telah mengaku dirinya lesbian, akhirnya telah diambil bekerja sebagai penjaga dua orang budak yang nakal itu.

Mungkinkah Yang Guo masih pertahankan hatinya yang kental itu dan adakah cinta dan kasih sayang dapat melembutkan hati Yang Guo?

Drama komedi romantik ini membuktikan bahawa tiada jalan mudah untuk anda dari lari daripada cinta! Nantikan apa yang akan berlaku apabila bibit-bibit cinta telah wujud di antara mereka berdua. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama bersiri ini setiap Sabtu dari jam 6.30petang hanya di 8TV. Anda juga boleh menonton siaran 8TV menerusi saluran Astro 708.

Kini, anda juga boleh menonton rancangan kegemaran anda menerusi telefon bimbit di mobile.8tv.com.my. Selamat mononton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ADV: Dapatkan ebook Panduan Merawat Keputihan di rawatkeputihan.com

Evolusi JOM HEBOH Penganjuran Tahun Ke 8