in ,

Drama Di Langit Lazuardi

KETENTUAN TUHAN MENGUBAH SEGALANYA
Di Langit Lazuardi menemui penonton 29 Februari ini

TV9 (Saluran 119) menerusi slot Skrin di 9 akan menyiarkan sebuah lagi telefilem sayu, Di Langit Lazuardi, pada 29 Februari ini jam 8.30 malam. Telefilem penuh dengan iktibar dan pengajaran ini akan dibintangi oleh pelakon-pelakon berbakat besar iaitu Adi Putra, Rita Rudaini dan Nabila Huda.

Di Langit Lazuardi

Kisah “Di Langit Lazuardi” bermula apabila kereta yang dinaiki oleh Rauf dan keluarganya ditimpa kemalangan. Rauf dan tiga orang anaknya, Amir, Amirah dan Aina hanya mengalami kecederaan ringan, namun isterinya, Nisa berkeadaan koma dan seorang anaknya, Amar meninggal dunia di tempat kejadian. Rauf dan anak-anaknya terpaksa berhadapan dengan saat-saat genting kerana pihak hospital mencadangkan agar sistem sokongan pernafasan Nisa dihentikan. Sekalipun Nisa sedar dari koma, dia tetap akan mengalami kecacatan kekal dan mungkin juga tidak mampu untuk mengenali Rauf atau ahli keluarga yang lain. Walaupun begitu, Rauf masih tidak bersedia untuk melepaskan isterinnya pergi.

Sehari sebelum tragedi ini berlaku, Rauf telah meluluhkan hati Nisa apabila dia menyuarakan hasratnya untuk bernikah dengan Suraya, seorang gadis yang dijumpainya ketika masih bergelar suami kepada Nisa. Walaupun Nisa isteri yang cukup sempurna kepada Rauf tetapi sayangnya selepas bertahun-tahun hidup bersama orang yang sama dia berasa bosan dan mahu mencari sedikit keseronokan di dalam kehidupannya dan Suraya mampu memberikan keseronokan tersebut.

Semenjak Nisa berada di dalam wad, Rauf banyak bermunajat kepada yang Esa. Rauf mendoakan agar isterinya pulih seperti sedia kala sementara Suraya pula beristikharah akan keputusan yang paling baik untuk dipilihnya.

Apakah pilihan Rauf pada akhirnya? Adakah dia akan bersama dengan Suraya yang memang pada mulanya pilihan Rauf sebelum kemalangan tragis itu? Atau adakah kemalangan itu telah menyedarkan Rauf bahawa hanya Nisa adalah cinta hatinya yang sebenar? Saksikan kesudahan telefilem penuh syahdu ini pada 29 Februari (Rabu) jam 8.30 malam.

Di Langit Lazuardi

Di Langit Lazuardi

Di Langit Lazuardi

Di Langit Lazuardi

Di Langit Lazuardi

Di Langit Lazuardi

Di Langit Lazuardi

Di Langit Lazuardi

Di Langit Lazuardi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Karnival Muzik Belia

The Most Affordable Galaxy Note Plan Only With U