Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Drama Dari Mata Arisa Lakonan Ashraf Muslim Ayu Raudhah



Dari Mata Arisa disiarkan 40 episod terbitan Bright Network Sdn Bhd ini bergerak seiring kisah Maliah dan Marina, bukan sahaja kembar tidak seiras malah perwatakan mereka juga berbeza. Kelahiran mereka ke dunia seolah-olah untuk menjalani satu penyiksaan yang panjang apabila Maliah diseksa oleh Marina.

Ashraf Muslim & Salina Salibi

Marina bukan sahaja telah “merampas” tunang Maliah tetapi juga, dengan tipu muslihat, telah membolot semua harta peninggalan orang tua mereka. Marina bertekad untuk tidak membenarkan kembarnya itu mengecap kebahgiaan walau sedikit pun. Kebencian Marina dan kesengsaraan Maliah berpanjangan hingga ke generasi berikutnya.

Namun cerita bermula dengan Arisa dan Ayana, anak kembar seiras Maliah, meraikan kejayaan mereka sebagai graduan bersama adik mereka Amal dan Zaril, teman lelaki Ayana, senior kembar tersebut di universiti dan kini sudah pun bekerja di Kuala Lumpur. Tidak seperti ibu dan mak su mereka, Arisa dan Ayana begitu akrab dan amat menyayangi antara satu sama lain.

Nabila Huda
 
Tanpa dirancang Zaril telah berkenalan dengan Azarina, sepupu Arisa/Ayana juga anak tunggal Marina dengan suaminya Azhar, bekas tunang Maliah. Apabila hal ini disampaikan ke pengetahuan Marina, dia lalu menyerang Ayana dan memberi amaran bahawa dia akan melakukan apa sahaja untuk memastikan Zaril menjadi milik Azarina.

Sementara itu satu lagi pergolakan cinta sedang berlaku diantara Akif dengan Shareen. Dua keluarga elit korporat di Kuala Lumpur sudah sehati untuk menyatukan putera dan puteri mereka Akif dan Shareen. Namun tiba-tiba Shereen berubah hati. Akif kecewa dan merasa dikhianati lalu memutuskan berhijarah ke Kuwait.

Marina pula mencuba sedaya upaya untuk mempengaruhi Zaril supaya meninggalkan Ayana dan menerima Azarina. Hinggalah ditakdirkan suatu hari Ayana kemalangan dan menyebabkan kematiannya. Kesempatan itu digunakan Marina membuat keluarga Zaril memujuknya mengahwini Azarina.

Kematian Ayana membawa kesan yang mendalam kepada Arisa. Untuk membendung kedukaannya Arisa manjauhi orang-orang yang boleh membuat dia mengimbau kenangannya terhadap Ayana, termasuk Zaril. Walau dalam kedukaan Arisa perlu ke Kuala Lumpur untuk memulakan kerja sebagai penolong pentadbir Mutiara Sdn Bhd. Apatahlagi Arisa perlu membantu keluarganya terutama untuk membiayai pengajian Amal yang sedang menjalani kursus matrikulasi seterusnya belajar dibidang perubatan.

Di Kuala Lumpur Arisa berkongsi rumah sewa dengan teman seuniversitinya, Not dan Lily. Suatu hari ketika sedang menunggu bas untuk pulang itulah, Eddy Sham, bos Lily dan Not yang sangat kacak, telah terpandang Arisa dan amat tertarik dengan gadis itu. Semenjak itu Eddy mula mengejar Arisa. Namun Arisa sedikit pun tidak mahu melayani Eddy hingga akhirnya untuk menghentikan Eddy daripada terus mengganggunya Arisa telah berbohong mengatakan yang dia sudah bertunang. Apabila Eddy bertanya siapa tunangannya Arisa menyebut nama rekaan yang terlintas di benaknya – Akif Zamani.

Selama lebih seminggu Arisa tidak diganggu Eddy tetapi suatu hari pemuda itu muncul untuk memberitahu Arisa Akif Zamani bukan orang yang baik. Ini memeranjatkan Arisa kerana Akif Zamani cuma rekaannya sahaja. Lebih terperanjat lagi gadis ini apabila kawan-kawan di pejabatnya heboh mengatakan yang mereka akan mendapat bos baru bernama Akif Zamani, adik kepada Yusran.

Memburukkan keadaan, hari pertama bos barunya masuk Arisa datang lewat sedikit. Bermula hari itu Arisa menjadi mangsa dera bosnya, Akif. Arisa bukan sahaja dibentak-bentak malah disuruh melakukan kerja-kerja di pejabat yang bukan tugasnya. Arisa mahu berterus terang dengan Eddy tentang Akif Zamani, tetapi belum sempat dia berbuat begitu mereka semua terserempak serentak dan rahsia “pertunangan” Arisa terbongkar apabila Eddy membuka mulut tentang pertunangannya kepada Akif.

Hal ini memeranjatkan Akif dan dia terus membawa Arisa ke tempat sunyi serta meminta penjelasan. Akif tidak percaya dengan cerita Arisa dan memanggilnya perempuan tidak tahu malu, membuat wanita itu menamparnya. Arisa menyuarakan ingin berhenti kerja kepada ibunya tetapi atas nasihat ibunya dan kesedaran pada tanggungjawabnya terhadap keluarga dia melupakan hasratnya itu dan mencekalkan diri menghadapi kesengsaraan bekerja dengan Akif.

Shareen pula kini ingin kembali menjalin hubungan dengan Akif. Tetapi Akif pula tidak punya perasaan lagi terhadap gadis itu dan masih berkawan. Melalui Eddy Shareen mendapat tahu yang Akif sudah bertunang, tetapi Shareen masih belum tahu siapakah “tunangan” Akif itu.

Akif sebenarnya telah jatuh cinta dengan Arisa dan tanpa pengetahuan Arisa telah memberitahu keluarganya yang dia telah memilih gadis itu sebagai calon isterinya. Pilihannya direstui keluarga dan mereka ingin menjemputnya ke rumah. Di rumah Akif Arisa terkejut mendengar tujuan sebenarnya. Dia menjadi marah kerana diperlakukan sesuka hati oleh Akif yang menganggap isteri adalah satu jawatan kerja, lalu pulang ke rumah. Namun Akif yakin gadis itu juga mencintainya.

Arisa telah diberi cuti selama seminggu dan dia pulang ke kampung. Ketika di kampung itulah baru Arisa sedar perasaannya terhadap Akif. Dia pulang ke Kuala Lumpur dengan tujuan meluahkan perasaannya kepada Akif. Namun sikap Akif yang dingin ditambah dengan kemesraannya terhadap Shareen membuatkan Arisa merasakan dirinya telah dipermainkan.

Peristiwa cemburu Akif terhadap Arisa yang berhubungan baik dengan Eddy ini diikuti dengan babak penjelasan diantara kedua-dua insan bercinta ini dan buat kali keduanya Akif melamar Arisa dan Arisa menerimanya.

Hubungan Arisa dan Akif kini berjalan lancar, namun Shareen tetap berusaha menggoda Akif dan menyakiti hati Arisa sehingga menimbulkan kesangsian di hati Arisa tentang keikhlasan Akif. Akhirnya cerita Shareen kehilangan Akif di tangan Arisa sampai ke pengetahuan Marina. Wanita ini berjanji melakukan apa sahaja unuk memisahkan kedua kekasih ini meskipun mereka sudah sah bertunang.
 
Keadaan menjadi lebih rumit setelah Muhammad, ayah Arisa meninggal dunia. Maliah berpindah ke Kuala Lumpur untuk tinggal bersama Arisa, Not dan Lily. Azhar pula, selepas kematian Muhammad, sering menjengah Maliah dan Arisa yang membuatkan kebencian terhadap keluarga Maliah memuncak.

Sedang keluarga Akif dan Arisa merancang perkahwinan mereka keadaan digemparkan dengan penangkapan khalwat Akif dan Shareen di rumah Shareen.

Zaril yang menyangka Azarina turut bersekongkol dengan Marina memarahi isterinya itu sehingga Azarina yang sebenarnya tidak tahu apa-apa mula mengenang hidupnya yang dahagakan kasih sayang lantaran dikawal oleh ibunya yang pentingkan diri.

Azarina lalu meninggalkan rumah menuju ke rumah mak Longnya – Maliah, dan sepupunya Arisa. Di sini Azarina menemui hidup baru dan dirinya yang sebenar setelah diterima dengan kasih sayang oleh mak Longnya, Arisa, malah Not dan Lily juga. Zaril yang menerima nota isterinya dilanda rasa bersalah.

Manakala Arisa pula telah terlalu lama dengan permainan tarik talinya dengan Akif sehingga hampir memakan diri sendiri sebelum dia disedarkan untuk menghentikan tindakan bodohnya itu. Mereka akhirnya berbaik semula dan terus dengan rancangan perkahwinan mereka apabila Arisa tiba-tiba hilang selepas keluar dari rumahnya suatu malam untuk membeli makanan.

Selama dua bulan dia dicari namun tidak bertemu walaupun laporan polis telah dibuat. Kehilangan Arisa memberi kesan yang mendalam kepada Akif. Namun Akif masih cuba memberi kekuatan kepada Maliah dan Amal.

Arisa akhirnya berjaya ditemui tetapi dalam keadaan hilang ingatan. Jangan lupa janji temu anda menyaksikan kesudahan Dari Mata Arisa, setiap Isnin mulai 3 November 2008, jam 9.00 malam di RTM1.

Tags: ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Sinopsis Drama Dari Mata Arisa
  • Fesyen Ashraf Muslim Serba Putih di ABPBH2010
  • Gambar Ashraf Muslim Pegang Watak Mak Nyah @ Teater Patung Kertas
  • Gambar Ashraf Muslim di Prebiu Media Filem Aku Masih Dara
  • Ucapan SMS Adilfitri dari Ashraf Muslim
  • Gambar Pelakon Ashraf Muslim Nikah di Mekah
  • Gambar Ashraf Muslim Jadi Bomoh Dalam Drama Niyang Rapik
  • Gambar Ashraf Muslim @ Sidang Media Drama Impian
  • Gambar Ashraf Muslim dan Sherry Ibrahim di Anugerah Skrin
  • Drama Festival: Jangan Lupa Lakonan Ashraf Muslim di NTV7



    • eja

      erm…budiey klu tak silap cerita ni adaptasi dari novel alaf 21 kan…tp lupa la tajuk n penulis novel tersebut…novel nie best…

    • @_fariha

      heheeh.. yaps eja..

      tepat sekali… same cam dlm novel alahaiii… lupe tajuk novel tu ape.. huhh… dah bace part arisa dan akif tu.. sejibik gilerrr…

    • anonymous

      hmmm…if i’m not wrong part arisa & akif macam dlm buku novel alaf 21, kau sayangku, tulisan bikash nur idris…..

    • http://www.myyoungmillionaire.com Honeybee

      so … ni kira crita cetak rompak @ adaptasi?

    • http://- nismo

      budiey,lawa lah ayu raudhah ni

    • ekyn

      wahh..adaptasi novel kau sayangku ler..nie yg tk sbr aku nk tgk nie..citer dia mmg besttt!!best sgt..

    • ika

      pada i cerita ni mmg menarik..thanks to tv1 sebab siarkan cerita ni…tp jgnlah siarkan cerita ni ari isnin jek..siarkanlah dari ari isnin hinnga jumaat….please…………..

    • ain

      wahh x saba nk tgu cte ni.. da la jln cte best tp nape yang jd akif 2 syed aiman,,, kan best kalu ashraf yang jd…

    • dira

      eja,
      a’ah mmg dari novel alaf21…
      tajuk “kau sygku”…
      cite ni mmg best r.
      tambah2 ayu raudhah,my favourite actress.
      go kak ayu…!!!

    • dira

      ain, yg ashraf tu watak dia da ok.
      tu r psl, x best la syed aiman jd akif.
      tak romantik mcm watak akif dlm novel

    • http://yahoo makino tsukushi

      semenjak masuk tahun baru, tv1 dah banyak tukar waktu siaran.. termasuklah program yang saya minati, iaitu dari mata arisa.. boleh tak sesiapa bagitau bilakah waktu dan hari yang telah diubah itu… SECEPAT MUNGKIN..

    • ana

      apsal citer niey tak maen malam jerw???x best r coz kami bdak2 skul x ley tgk…nape x buat ulangan pd wktu mlm???

    • ashme rirk said;

      ish..grm tol ngan arisa..accept je la si eddy 2..
      d ah ar kachak..nak si akif lak..dah ar x encem..wa3
      ptutnye ashraf ar yang jd akif 2 bru sesuai..kan?3

    • hanie

      cite kau sayangku memang best..
      saya suke tengok cite dari mata arisa…..
      tapi saye skolah..cam ne saye nak tengok..

    • nughul

      btul ah ana.. cite nie best..knape tak maen malam kan..ade ke tayang pukul 11.30 pagi..takde maknenye…???

    • yattiey

      cite ni best glerr,tp dlm novel rr,syed aiman xpndai nk bwk wtk r,amik r zed zaidi ke..

    • DMA fan

      kenape sume org x suke syed aiman??i like him..eventhough his act ade terkurang sket..but he’s good..keep it up!! dia kn pelakon baru..gv him more chances
      go syed aiman!!

    • http://www.myspace.com wiwit

      alamak bukan cite novel kau sayangku ke neh??
      alah syed jadi akif x best ah…

    • http://- Anna

      Best lah ceta ni,syed aiman ok what, haven’t read the novel though mesti best kn…

    • azah

      citer ni bes sngt..syed aiman tu ok pe..kre sume pndai bwk watak masing2
      lau ashraf yg bwk watak akif x sesuai la..mke die ssuai la bwk watak eddy ty..playboy..tp watak marina tu memang melampau..adik sndri pon nak wat musuh..huhu

    • aty_90

      best sgt2 cite niey…tp syg x dpt tgk coz saya ade class.kan best kalau
      cite niey ada mlm…………………..

    • syuyaa suke akif

      ello…hehehhe…btol3…
      minat gler ngn novel n drama nie….
      ok la syed aiman bwk watak akif…
      akif zamanni kn ego n keras kepala…
      seswai la 2…..
      cpt2…
      d latest epi is 24 epi….
      jom reramai skg cite 2…
      ayu raudhah besh arrr…..die comel ngat….

    • syuyaa suke akif

      pada adik2 yg xdpt tgk tgk la kt utube k…sume epi da….

    • are-da

      saye mtak siar mlm ar cite ni coz sye msh sklh.mnat 2 mmg ar tp x dpt tgk la plak.da

    • pyant

      crita ni best….
      Akif zamani memang sesuai dengan Syed Aiman..
      Boleh sesape crita bagaimana last episode…
      x sbr nk tahu…

    • http://BUDIEY.COM angelina

      suke gle cte dr mta arisa.tpi nak buat mcm mna,mslahnye keje x dpt tngok la…klau blh nk bli novel KAU SAYANGKU la..tpi ade ke stok?

    • akma

      bla……..bla…

    • akma

      blub……..blub……….blub……tlg aku lemas

    • http://www.friendster.com/akuyayaselamanya yaya

      hurm…
      ending dy,aku tau…tp nk tau ke?
      kang x bes lak tgok kang…
      bek tggu jer..

    • nani

      novel die de r cr,,
      tp msti abizz stok,,
      cite niyh besh gle,,
      tp x pat tgk nding r sbb de kat skewl..
      huhu

    • jiha

      best ra jalan cerita nie.pelakon pun mantop2….romantik tul arisa ngan akif..dari kerana mataaaaa

    • Fanatik arissa

      cite ni mmg best sgt. Nsb la RTM de upload cite ni…huhuhu klau tak mau nangis. Mklumlah or kije, waktu rehat jek dpt tgk internet. MMg nk kene sbr, sbb kkdg2 internet slow…so cite pn asik sgkut2 jek. Ayu raudhah n syed aiman mmg best gler. romantik tu….ayu lawa sgt n ade class. Superb…Cite die mmg realiti jd di kalangan manusia skrg. Ade cite kg2, duk umah sewa, kwn2, sedih, hepy…pucuk pgkal sume ade la. Tahniah pd RTM kerana menaikkan martabat drama melayu…& kpada pengarah, penulis skrip dan sume la yg terlibat…tahniah jugak…BESTTTTTTTT sgt

    • ceria

      wah bestnya cite 2..bgus la kak ayu raudhah..tng je dlm cite 2..

    • Fanatik arissa

      semenjak dr cite DMA ni la trus minat dgn ayu raudhah…minat sgt dgn lakonan die. Trus jd peminat setia!!!!

    • queena

      syok gler citer nih…!!
      tmbh2 asyrf muslim yg jd eddy…
      mmg kna larr…hope ulang balik citer ni kt tv..

    • purple

      sya minat giler ngan cta”dari mata arisa”best tau…..tp knapa ending cta tu,xbg arisa n akif baby….hehe

    • Aisyah

      Hi, saya dari singapore. Sedihnya, saya cuma dapat tengok kat youtube tapi youtube tunjuk short version. Kalau boleh saya teringin sangat nak tengok full version. Ader sesiapa yang tahu website mana saya boleh pergi untik tengok full version? Dan pada pendapat saya syed aiman cute giler. Dia memang sesuai dengan watak akif ni. Memanglah pada mulanya rambut nya mcm penyapu, tapi selepas tu kacak jugakkan? Saya betul betul nak sangat tengok full version. Tolong lah saya! :(

    • http://ekin_mache ekin_mache

      suka tengok citer nie..skang ditayangkan kol 11.05 pagi di RTM1 setiap isnin Hingga Khamis

    • http://nil qistina

      mmg best la cite ni,skarang kt tv1 mon-thur at 11am…=)

    • anie

      dari mata arisa memang best gilerr

    • sofia

      kami di negara seberang tidak ketingalan mengikuti cerita ini shabas jalan cerita serta dailog sangat baik kami penutun mengucapkan tahniah kpd pelakun drama ini Dari mata Arisa.

    • Aisyah

      Great just great! Saya tak boleh tengok DMA lagi kerana satellite di-adjust dan hanya orang malaysia sahaja boleh tengok. Saya orang Singapore tak boleh tengok semenjak ada fifa worldcup. >:(
      Youtube cuma kasih short version.

    • miss sue

      erm mmg best citer nie..br 2 kali tgk dah membuat hati tertarik dengan jalan cerita drama ini,walaupun sudah tertinggal separuh dari jalan cerita ini,tapi saya tetap rase yang drama ini amat menarik dan membuat rase terhibur sangat..pelakonnya pun amat berbakat terutama ayu raudhah dan Syed Aiman…erm tq tuk tv1..=)

    • nurul saadiah

      sy suka sgt tgk cite nie tp kalo romantik lagi cikit lg best…lbh2lg mase arisa kene akif zamani dekat tasik……….

    • nur sha

      camne nk download full version drama ni erk ??
      xpnah tgk smpy habis ,, sape yg tao website fuul version drama ini tolong bgtao ,, plizzzz ,,

    • lala

      this drama mmg best.. I like the story..Lakonan syed aiman sbg akif mmg best..Dia nmpak cool jer. I hope RTM will give more drama like this..all the best..

    • http://akuminatnovel.newscrewd.com zeti

      novel kau sayangku mmg best… sgt membuai jiwa sye.. terutame skali part arisa and akif 2

    • nuriz

      One of my personal best local drama series besides dua kali aku mencintaimu dan seharum kenanga as of todate. Shld have more this kind of dramas in RTM and Astro. Memang ada kualiti. Tahniah pada Meor Hashim Manap, very good directing, u done a good job. Jalan cerita dan skrip yg menarik, konsisten dan bijak dlm pemilihan pelakon2 buat penonton puas hati dan amat menjiwainya. Wish to see kalo boleh Intan Azura, Ayu Raudhah, Linda Hashim, Fatin Nur Atikah Malek dpt berganding dgn pelakon2 lelaki spt Syed Aiman, Ashraf Muslim, Jehan Miskin, Aqasha in coming dramas, tolong ya penerbit..hehe..



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK